Wednesday, February 1, 2017

G-Dragon Berparti Dengan Bella Hadid Di Paris




G-Dragon berparti dengan model terkenal Bella Hadid ketika berada di Paris.
PENYANYI G-Dragon yang dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini dilihat berparti sakan bersama model terkenal, Bella Hadid.
Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Big Bang itu memuat naik gambar bersama Bella bersama pereka barang kemas terkenal Jepun, Yoon Ambush di kelab Le Pompon, Paris.

Kedua-dua mereka dilihat seronok menghabiskan masa bersama pada parti yang diadakan bersempena pameran jenamanya PEACEMINUSONE.
G-Dragon turut memuat naik gambarnya bersama Bella (tengah) di Instagram miliknya.
Turut dilihat hadir ke parti berkenaan adalah pereka fesyen, Charaf Tajer selain beberapa model dan kenalannya di Paris.

Sumber memberitahu G-Dragon secara peribadi menjemput Bella menghadiri parti berkenaan.

Pada Julai tahun lalu, mereka berdua pernah digandingkan sebagai penghias muka depan majalah Vogue edisi China.

Selain mengadakan pameran jenamanya, G-Dragon turut menghadiri pertunjukan fesyen koleksi musim bunga/panas jenama Chanel dan Bella turut menghadiri acara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: