PELAKON Drew Barrymore memberitahu dia masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Will Kopelman musnah pada tahun lalu.
Drew, 41, berkata, dia juga belum bersedia untuk mencari pengganti lelaki berkenaan kerana ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri dan anak-anaknya.
"Saya tidak ada sesiapa buat masa dan masih terlalu awal untuk bercakap tentang pengganti kerana saya sendiri masih dalam keadaan terkejut.
"Dalam soal ini saya perlukan masa dan paling penting ketika ini adalah fokus kepada diri sendiri dan anak-anak," katanya seperti dilaporkan People.
Drew dan Will berkahwin pada 2012 dan mengumumkan perpisahan mereka pada April tahun lalu manakala proses perceraian mereka selesai pada Ogos 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Olive, 4 dan Frankie, 2 tahun.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: