NEW YORK: Pada usia 74 tahun, penyanyi yang mendapat gelaran Queen of Soul, Aretha Franklin mengumumkan persaraannya dari bidang nyanyian.
Aretha membuat pengumuman itu ketika muncul menerusi program di saluran WDIV 4 di Detroit baru-baru ini seperti dilaporkan USA Today.
Bagaimanapun kata Aretha, sebelum bersara dia akan muncul dengan album terakhir yang akan diterbitkan oleh penyanyi dan komposer terkenal Stevie Wonder.
"Ini adalah tahun terakhir saya dalam bidang seni tetapi sebelum itu saya akan rakamkan album terakhir," katanya.
Dalam pada itu, Aretha berkata, antara alasan utama dia ingin bersara kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan cucu-cucunya.
Selain itu kata penyanyi yang popular dengan lagu seperti Respect dan Think itu dia sudah berpuas hati dengan semua pencapaiannya sebagai penyanyi selama ini.
"Saya bersedia untuk bersara kerana saya sudah puas dengan apa juga saya lakukan dalam karier saya, tiada apa lagi yang ingin saya kejar.
"Tambahan pula saya ingin menghabiskan masa untuk diri sendiri selain bersama keluarga dan bermain dengan cucu," jelasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: