PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel tidak menyangkal dakwaan dia kini mula bersikap memilih terhadap tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Aeril atau Suhairil Sunari, 29, berkata, pada tahap kariernya sekarang dia merasakan perlu berbuat demikian kerana ingin mencari kepuasan dalam berlakon agar penampilannya dapat meninggalkan kesan kepada penonton.
"Saya bersikap memilih bukan kerana sudah mula rasa diri bagus tetapi pada saya sampai satu tahap saya perlu berbuat demikian kerana mahu hasil kerja saya diingati penonton.
"Saya tidak mahu kemunculan saya dalam sesuatu projek mudah dilupakan yang pada akhirnya tidak membawa sebarang kepuasan," katanya."Saya bersikap memilih bukan kerana sudah mula rasa diri bagus tetapi pada saya sampai satu tahap saya perlu berbuat demikian kerana mahu hasil kerja saya diingati penonton.
Dalam pada itu, Aeril berkata, dia bersikap memilih bukan bererti dia sering mendapat projek yang tidak baik sebaliknya memberitahu ingin menerokai perkara baharu dalam kariernya.
"Sebenarnya industri penerbitan drama di Malaysia sangat membangun kerana memang banyak projek-projek diterbitkan oleh syarikat produksi untuk stesen televisyen yang semakin bertambah bilangannya.
"Tawaran atau skrip yang saya dapat semuanya bagus tetapi kebanyakan watak diberikan pernah saya bawa sebelum ini.
"Sebab itu saya mahu cari sesuatu yang lain dalam mengembangkan bakat lakonan saya," jelasnya.
Sementara itu, Aeril berkata, dia bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah malah memberitahu jadual penggambarannya padat sehingga pertengahan tahun ini.
Kata Aeril, tahun ini dia ingin memberi fokus kepada karier seni dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan masih murah dan saya anggap ini sebagai rezeki buat keluarga dan anak-anak saya.
"Apa yang saya lakukan pada hari ini adalah untuk mereka dan untuk pencapaian sendiri pula, saya ingin kukuhkan kedudukan dalam kerjaya," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: