PASIR MAS - Lebih 1,000 pengguna motosikal dari kawasan Mukim Pengkalan Batu dan Slow Machang di sini, menikmati minyak petrol percuma sumbangan oleh tokoh korporat, Ir Suharto Mat Nasir.
Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Anida Mohd Zain berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban pengguna motosikal di kawasan berkenaan.
“Setiap motosikal yang datang mengisi minyak di sini, diberikan petrol berjumlah RM5 secara percuma.
“Alhamdulillah, program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat apabila mereka sanggup beratur panjang untuk mengisi petrol percuma ini,” katanya.
Menurutnya, beliau yang mewakili penduduk setempat mengucapkan terima kasih kepada tokoh terbabit kerana sudi membantu meringankan beban menerusi sumbangan minyak petrol percuma.
Katanya, sumbangan itu amat besar ertinya buat pengguna motosikal khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
“Pada saya, bantuan ini tepat pada masanya apabila kebanyakan penduduk baru sahaja ditimpa musibah banjir,” katanya.
Anida berkata, ini merupakan kali pertama tokoh berkenaan memberikan sumbangan dalam bentuk minyak petrol.
Katanya, sebelum ini, tokoh berkenaan sering kali membantu penduduk menerusi sumbangan barangan keperluan.
Sementara itu, Mohd Afandi Shaari, 26, berkata, dia berharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.
Katanya, bantuan itu amat membantu meringankan beban terutama pengguna motosikal yang kebanyakannya hanyalah berpendapatan sederhana.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: