|
|
KOTA BHARU - Sukimi Lube Sdn. Bhd. (Sukimi Lube), pengeluar minyak pelincir Bumiputera optimis untuk mengembangkan sayap perniagaannya ke luar negara dengan memilih Vietnam, Laos dan Indonesia sebagai pilihan awalnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahazli Muhammad berkata, buat masa sekarang syarikat memberi tumpuan kepada pasaran domestik khususnya di negeri-negeri Pantai Timur, Wilayah Utara dan Tengah di samping agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta yang terbaru Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Untuk masa depan, kita akan beri tumpuan terhadap beberapa negara ASEAN yang mempunyai potensi besar dalam mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Mahazli, bagi mencapai misi berkenaan, rangkaian kilang baru juga akan dibina bagi menampung pengeluaran yang kini mencecah tiga juta liter setahun di Shah Alam, Selangor iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lepas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: