Tuesday, August 31, 2010

PM Sepanyol bawa Piala Dunia ke China


JOSE LUIS RODRIGUES ZAPATERO (kiri) bergambar bersama Piala Dunia dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Ekspo Dunia, Zhou Hanmin (kanan) di Shanghai semalam.


SHANGHAI - Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero telah memukau 70 juta pelawat China di Ekspo Dunia dengan membawa trofi Piala Dunia yang dimenangi skuad bola sepaknya ke Shanghai untuk dipamerkan.

Trofi Piala Dunia itu menjadi khazanah terkini yang dipamerkan di Ekspo Dunia di sini bersama dengan arca Denmark's Little Mermaid, lukisan-lukisan hasil karya pelukis Perancis dan sebuah arca Rodin serta beberapa karya Caravaggio.

"Kami sangat berbesar hati untuk membawa Piala Dunia ke China. Ia merupakan sesuatu yang sangat dibanggakan," kata Zapatero yang tiba di sini pada Ahad lalu dan dijadualkan bertemu Perdana Menteri China, Wen Jiabao.

Sepanyol memenangi Piala Dunia itu untuk pertama kali pada bulan lalu selepas menewaskan Belanda 1-0 di Johannerburg, Afrika Selatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: