KAMPUNG RAJA - Seekor ular sawa sepanjang enam meter berjaya ditangkap sepasukan ahli Kelab Pemilik Reptilia Besut (BRO) selepas ular gergasi itu membunuh seekor kambing di Kampung Keluang, di sini, kelmarin.
Pengerusi BRO, Nik Zulhelmi Nik Mohamad berkata, dia bersama rakannya berjaya menangkap ular tersebut dibantu penduduk kampung kira-kira jam 5 petang berhampiran sebuah rumah di kampung tersebut.
Menurutnya, ular sawa batik seberat kira-kira 200 kilogram (kg) disedari membunuh seekor kambing baka boar oleh pemilik kambing berkenaan kira-kira jam 2 petang.
“Dua jam kemudian baru penduduk menghubungi saya, lalu saya bersama rakan bergegas ke situ. Setiba di sana kami dapati penduduk sedang mengawasi ular itu.
“Ular betina itu belum sempat memakan bangkai kambing yang dibunuhnya dan kami mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum berjaya menangkapnya,” katanya.
Nik Zulhelmi berkata, ular tersebut agak lemah ketika cuba ditangkap dipercayai mengalami kecederaan dibadan kerana dipukul penduduk memandangkan ular itu agak agresif pada peringkat awalnya.
Menurutnya, dia difahamkan ular itu cuba menyerang (mengigit) penduduk yang cuba menangkapnya menyebabkan penduduk terpaksa bertindak.
“Ular ini dianggarkan berusia 20 tahun dan keluar dari habitatnya untuk mencari makan di kawasan penempatan di tambah banyak kawasan belukar dinaiki air pada musim hujan ini.
“Kami membawa pulang ular itu untuk dirawat dengan kaedah meletakkan ia di dalam air. Alhamdulillah ular itu telah pulih dan agresif kembali semalam,” katanya.
Menurutnya, pengalamannya mendapati ular yang mengalami kecederaan akan sembuh selepas badannya dimasukkan ke dalam air.
Nik Zulhelmi berkata, ular tersebut akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Katanya lagi, usaha menangkap ular yang disering dilakukan BRO termasuk ular semalam hanya sekadar membantu agansi lain sekiranya pihaknya dihubungi oleh orang ramai.
“Kami bukan untuk mengambil peranan agensi penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau bomba tetapi sekadar membantu memandangkan di kalangan kami ada yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai reptilia tersebut termasuk spesies berbisa.
“Sepanjang tahun ini lebih 20 ekor ular pelbagai spesies telah ditangkap ahli kelab selepas ada pihak meminta bantuan,” katanya.
Nik Zulhelmi memberitahu, matlamat penubuhan kelabnya adalah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menyayangi reptilia termasuk ular berbisa atau tidak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: