TOKYO - JEPUN. Gelanggang luncur ais sebuah taman tema di Jepun terpaksa ditutup selepas menerima kritikan ekoran mengunakan hidupan laut yang dibekukan sebagai perhiasan lantai gelangang berkenaan.
Space World di bandar Kitakyushu, barat daya Jepun menggunakan kira-kira 5,000 hidupan laut hidup  yang dibekukan termasuk ikan, ketam kerang dan lain-lain sebagai perhiasan pada lantai gelanggang ais bagi memberi peluang merasai seperti meluncur merentasi laut.
Bagaimanapun, tindakan taman tema berkenaan mendapat kritikan awal selepas dipaparkan dalam satu laporan stesen televisyan tempatan mingg lalu.
Pengurus Space World, Tohima Takeda memberitahu CNN, pihaknya mendapat kritikan di media sosial selepas tarikan terbaharu di taman tema berkenaan disiarkan di televisyen tempatan.
"Kami terkejut dengan reaksi yang diterima walaupun gelangang luncur ais berkenaan menerima kunjungan ramai sejak dibuka dia minggu lalu.
"Kami memohon maaf dan mengambil keputusan untuk menutup gelanggang itu," katanya dipetik CNN.
Menurut Takeda lagi, pihak pengurusan akan mengeluarkan kesemua hidupan laut berkenaan dan akan menggunakan sebagai baja.
Katanya, hidupan berkenaan dibeli di pasar ikan tempatan dan telah mati sebelum dibekukan.