MARAN - Seekor ular sawa sepanjang hampir empat meter dengan berat dianggarkan kira-kira 100 kilogram (kg) ditemui kekenyangan selepas membaham dua ekor kambing di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Tajau, di sini Khamis lalu.
Reptilia itu membaham seekor kambing betina dewasa dan anaknya yang dianggarkan seberat 30kg dan 10kg.
Pemilik haiwan ternakan tersebut, Che Haiziz Che Mustapha, 37, berkata, kejadian itu disedarinya ketika tiba di kandang kambingnya pada kira-kira jam 10 pagi.
Katanya, ular sawa itu berjaya turun dari kandang kambing tetapi tidak boleh keluar dari kawasan berkenaan kerana badannya membesar dan tidak muat untuk melepasi pagar.
“Terkejut saya apabila melihat seekor ular sawa yang kekenyangan berada di tepi pagar dalam kawasan kandang kambing.
“Setelah diperhatikan dan meninjau keseluruhan kandang, saya dapati ular yang sudah kegemukan itu rupanya telah menelan dua ekor kambing iaitu seekor kambing betina dewasa dan anaknya.
“Saya dapat kenal pasti memandangkan kedua-dua ekor kambing ini saya tempatkan di sebuah bilik khas dalam kandang kerana ibu kambing kurang sihat,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di kandang kambing miliknya.
“Sebelum ini saya sendiri tak pernah nampak ular sawa di sini. Mungkin disebabkan cuaca hujan, ular sawa itu lapar dan mencari makan.
“Saya sudah ternak kambing selama dua tahun dan kini ternakan tinggal 59 ekor sahaja daripada 61 ekor,” katanya.
Che Haiziz berkata, reptilia terbabit dibawa keluar ke kawasan kampung dan diserahkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Sementara itu, Pengarah APM negeri, Zainal Yusoff mengesahkan anggotanya menerima panggilan pada jam 5.20 petang, Khamis lalu dan diminta membantu menangkap seekor ular sawa yang menceroboh kandang kambing.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: