WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira 4.7 juta orang telah menandatangani petisyen dalam talian membantah bakal presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan menggesa badan pemilih menyekat jutawan hartanah itu dari Rumah Putih.
Petisyen yang digelar 'Badan pemilih: Jadikan Hillary Clinton presiden' itu, dimulakan bulan lalu oleh seorang pekerja sosial, Daniel Brezenoff.
Dalam satu kenyataan di laman web petisyen, Brezenoff menggesa pihak bertanggungjawab untuk melindungi Perlembagaan AS daripada dipimpin Trump.
Difahamkan, petisyen tersebut menjadi permintaan yang mendapat paling banyak tandatangan dalam sejarah lama web terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan, Hakim Persekutuan Mark Goldsmith mengarahkan kiraan semula undi presiden di Michigan dan memerintahkan kerajaan melengkapkan semua proses pada tarikh akhir 13 Disember depan lapor Agensi.