PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli terus bertegas tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktres Emma Maembong seperti mana tersebarnya gosip mereka sejak kebelakangan ini.
Kamal, 29, berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap soal percintaan kerana Emma sendiri sedang menyelesaikan kemelut dengan Zizan Razak selain dia enggan menambahkan masalah sedia ada.
"Hubungan saya dengan Emma hanya sekadar kawan biasa dan kami tidak bercinta seperti mana didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
"Dengan situasi Emma sekarang ini bukan masa sesuai untuk bercakap soal itu tambahan pula saya tidak mahu menambahkan lagi masalah yang sedang dihadapinya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.
Terdahulu, Kamal dikatakan telah membawa Emma berjumpa dengan keluarganya dan mereka dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta selepas wanita itu mengesahkan hubungannya dengan Zizan putus.

Dalam pada itu, jelas Kamal, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan dia tidak pernah membawa Emma berjumpa keluarganya.
Jelas Kamal, dia sendiri tidak pasti bagaimana cerita berkenaan boleh tersebar dan tidak faham mengapa dia menjadi sasaran gosip biarpun pernah menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Emma.
"Cerita saya bawa balik Emma jumpa keluarga sama sekali tidak benar dan saya sendiri tidak tahu bagaimana khabar angin itu boleh timbul.
"Rasanya cukuplah cerita mengatakan kami mempunyai hubungan kerana ia tidak benar," jelasnya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Emma berhubung perkara itu gagal selepas wanita berkenaan tidak menjawab panggilan dibuat.
Terima kasih telah berbagi
ReplyDelete