Tuesday, April 10, 2012

Saya tidak kontroversi - Rihanna

RIHANNA dakwa tidak pernah berniat mencetuskan kontroversi.
RIHANNA dakwa tidak pernah berniat mencetuskan kontroversi.

BEBERAPA video Rihanna perlu menjalani tapisan kerana dianggap terlalu menjolok mata.

Bagaimanapun, di sebalik pakaian terdedah dan kurang sopan ketika beraksi di pentas, penyanyi itu menegaskan dia bukan mahu mencetuskan kontroversi.

  • Foto

    KLIP video Rihanna “We Found Love” diharamkan di beberapa negara.

  • Foto

    BERSEDIA...Rihanna memakai topi tentera laut untuk mempamerkan potongan rambut pendeknya.

  • Foto

    BERAKSI dalam filem pertamanya, Battleship.

Video terbarunya ‘We Found Love” menarik perhatian kerana pendedahan isu dadah dan keganasan.

Dan walaupun penyanyi berusia 24 tahun itu menekankan dia tidak bermaksud untuk menjadi perhatian, dia mengakui kadangkala dia terlalu terikut perasaan.


Dia memberitahu radio Times: “Apabila saya membuat video muzik, ia adalah kerja seni. Ia memerlukan empat minit untuk membuat visual supaya penonton memahami mesej lagu disampaikan.Saya tak pernah melakukan sebarang perkara untuk diharamkan, tidak pernah melakukannya untuk mencetuskan kontroversi. Ia biasanya untuk keikhlasan dan pada waktu tertentu, mungkin sesetengah orang berasa saya sedikit keterlaluan.”


Rihanna yang sudah pun menguasai dunia muzik, kini menceburi industri perfileman apabila melakonkan watak pembantu dalam filem aksi terbaru, ‘Battleship.’

Mengingat kembali mengenai awal pembabitannya dalam dunia lakonan, Rihanna berkata: “Saya hanya tahu saya ada pertemuan dengan seseorang dan dia kemudian mula bercakap dan menunjukkan saya banyak gambar makhluk asing.

“Hinggalah ke akhir perbicaraan baru saya sedar dia adalah pengarah filem itu (Peter Berg).”

Rihanna mengakui dia mempunyai sedikit ilmu mengenai senjata.

Dia menjelaskan: “Saya menyertai kadet ketika berusia 11 tahun.”

Bidang muziknya mungkin tergendala seketika ketika dia menggilap nama sebagai aktres tetapi Rihanna belum mahu melupakan persembahan di pentas.

Dia mengesahkan akan melakukan konsert jelajah dunia tahun depan.

Penyanyi ‘You Da One’ itu tidak menunjukkan tanda akan memperlahankan karier muziknya walaupun tidak lama dulu dia menyingkatkan konsertnya berjudul Loud.

Rihanna memberitahu Capital FM: “Kami akan mengadakan konsert tahun depan.”

Jelitawan itu menjelaskan konsert itu adalah lebih besar dan lebih memberi impak berbanding dengan sebelum ini.

Rihanna berkata: “Tahun ini kami merancang untuk menjadikan ia lebih besar berbanding yang terdahulu dan lebih memberi kesan, mungkin sesuatu yang berbeza, jadi peminat saya pasti seronok mengenainya.”

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai konsert itu, dia berkata: “Terlalu awal untuk bercakap mengenainya!”

Minggu lalu dia berada di Jepun untuk mempromosikan kariernya dalam bidang filem menerusi Battleship.

Penyanyi itu memegang watak pegawai tegas bernama Cora Raikes.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: