Monday, April 30, 2012

Trish jaga batasan

TANGGAPAN pertama yang singgah tatkala menatap wanita ini adalah manja, lembut, seksi dan menggoda.

Namun mengenali wanita berdarah kacukan, Afton Trich Rodrigues, 19, atau lebih mesra dengan panggilan Trish - ia bukanlah seperti yang dibayangkan.

Baru berjinak-jinak sebagai model dan pelakon, dia menolak sekiranya ada jurugambar yang memintanya beraksi tidak senonoh.

"Jika saya kata tidak, tidaklah jawapannya. Bukan itu caranya mahu menjadi seorang yang terkenal.

"Walaupun saya sangat minat dalam dunia model dan lakonan, itu bukan lesen untuk saya melakukan sesuatu di luar batasan," ujarnya tegas.

KelincahanDi sebalik kelincahan Trish beraksi di hadapan kamera, dia sebenarnya mencari rezeki demi keluarganya.

Jika ada yang beranggapan model sebagai dunia glamor, Trish sebaliknya menempuh kepayahan untuk sampai ke Kuala Lumpur.

"Keluarga saya orang susah sebab bapa saya sudah meninggal dunia. Saya datang ke sini tanpa bantuan sesiapa. Saya memberanikan diri dan berdikari. Mujur, ada kakak angkat yang mahu membantu saya mengembangkan kerjaya saya," ujarnya yang mahu menjadi pereka fesyen suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: