KFC

Restoran makanan segera pilihan ramai, KFC menyasarkan pembukaan 15 cawangan baru melibatkan kos pelabu­ran sehingga RM40 juta sepanjang tahun ini, dengan 10 daripadanya adalah restoran berkonsepkan pandu lalu.

Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali berkata, selain pasaran tempatan, KFC juga optimis membuka 16 cawangan baru di India dengan pelaburan RM24 juta.

Menurutnya, daripada segi perolehan, Malaysia adalah penyumbang utama (65 peratus) diikuti Singapura, 30 peratus, manakala Brunei dan India masing-masing lima peratus pada tahun lalu.

Sejajar meningkatkan kualiti kerja, Jamaludin berkata, KFC berusaha meningkatkan system wide sales sebanyak 10 hingga 15 peratus pada suku kedua tahun ini serentak pelancaran kempen besar-besa­ran menggantikan cogan kata Finger Lickin Good kepada yang baru iaitu So Good

“Kempen fasa satu yang bertema­kan That’s Why It Taste So Good lebih tertumpu pada cita rasa unik ayam goreng, ia adalah salah satu inisiatif pemasaran besar-besaran bagi KFC dengan perbelan­jaan melebihi RM4 juta bagi pengiklanan dan promosi termasuk televisyen, radio, akhbar, iklan paparan luar dan secara atas talian,” katanya pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam.

Katanya, KFC menggunakan ra­muan 11 herba dengan rempah rahsia serta teknik memasak istimewa menggunakan tekanan menghasilkan ayam goreng dengan cita rasa unik.