JEDDAH - ARAB SAUDI. Sekumpulan belia lelaki di Arab Saudi memulakan kempen untuk menuntut hak mereka bersantai dan berehat di restoran tempatan dan kafe di hujung minggu, tanpa menghadapi protokol tanda "hanya untuk keluarga sahaja".
Memetik laporan Arab News, Mohamad Bahareth,33, bersama 20 ahli-ahli Majlis Belia Makkah, menggesa sekatan terhadap belia lelaki berkunjung di tempat awam ditarik balik.
"Pihak restoran yang dibuka hanya untuk golongan berkeluarga perlu mendapatkan kenyataan daripada pihak perbandaran untuk membuktikan (mereka dibenarkan untuk berbuat demikian)," kata Bahareth, yang juga merupakan pengasas "benarkan belia masuk" lapor Arab News.
Kumpulan itu berharap kempen ini akan membantu melonggarkan sekatan terhadap golongan belia lelaki yang ingin menghabiskan masa malam di restoran dengan kawan-kawan pada hujung minggu.
Untuk rekod, lebih separuh daripada penduduk Arab adalah di bawah umur 25 tahun.