Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta, manakala Fattah Amin dan Fazura drama Hero Seorang Cinderella.
PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat berkata promosi Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura yang berterusan menjadikan ia diperkatakan masyarakat berbanding drama lakonannya Ku Kirim Cinta.
Bagaimanapun, Ayda, 25, berkata, dia tidak berasa tertekan kerana drama lakonannya bersama aktor Redza Rosli turut mendapat perhatian dan trending di Twitter pada minggu pertama tayangan.
"Bagi saya peminat yang menonton drama Ku Kirim Cinta dan Hero Seorang Cinderella adalah ketegori yang berbeza. Biarpun kurang promosi tapi pihak TV3 menyedari slot Akasia sudah ada peminat tersendiri.
"Mereka tahu tanpa promo yang berlebihan ia boleh berjaya," ujarnya.
Ayda diminta mengulas tentang drama lakonannya dengan Redza Rosli itu terpaksa bersaing dengan drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura yang di siarkan di Astro Ria.
Drama Ku Kirim Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 petang di slot Akasia, TV3.
Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat ini berkata, sepanjang minggu pertama tayangan, dia menerima reaksi positif peminat.
"Alhamdulillah, saya banyak dapat respons positif daripada penonton, boleh dikatakan tiada ramai yang komen negatif semua baik-baik.
"Mungkin kerana drama ini bukan drama adaptasi yang mana orang boleh tahu jalan cerita menerusi novel dan membandingkan karakter dengan watak yang dibawa oleh pelakon.
Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, dia baharu sahaja selesai rakaman lagu untuk penyokong Sukan Sea 2017 berjudul Gemuruh Suara.
"Saya diminta untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara untuk Sukan Sea 2017 akan datang, ia baru selesai proses rakaman," ujarnya.


Berkonsepkan travelog Islamik, Mawi akan bermusafir dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi ke serata tempat di Malaysia.
Mawi sampai ke Kg Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak dan disambut Ketua Kampung tersebut. Mereka mengunjungi asnaf di situ dan menyampaikan sumbangan. Mawi berbuka puasa di rumah Tok Ketua. Sementara menanti waktu berbuka, mereka ke rumah pengusaha tekat di kampung tersebut.
Ketua Pegawai Pembangunan CWC, Datin Seri Nurlaila Idris berkata, Kopi Pak Belalang memandang medium ini sebagai sebuah platform menzahirkan keprihatinan pihak syarikat terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekeliling seperti penindasan etnik Rohingya.