Saturday, February 4, 2012

Junhyung curah perasaan


JUNHYUNG muncul dengan lagu baru.


PENAMPILAN kumpulan Girls Generation sebagai tetamu dalam program bual bicara David Letterman Show dan rancangan Live With Kelly di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapat liputan meluas media.

Populariti yang diraih oleh Girls Generation itu rupa-rupanya seiring juga dengan gosip yang dilontarkan kepada ahli-ahlinya.

Di laman internet baru-baru, tersebar gambar Jessica Jung yang dikatakan melakukan pembedahan wajah iaitu di bahagian rahang.

Daripada beberapa keping gambar lama dan kini, dikenal pasti bahawa Jessica melakukan pembedahan untuk meninggikan sedikit rahang pipinya.

Jika pada awal kemunculan Jessica bersama Girls Generation, rahang wajah penyanyi itu kelihatan terjojol, sekarang tampak lebih runcing.

Sejak berita itu tersebar, banyak andaian dibuat. Ada yang menyokong penulis dan tidak kurang juga yang membela penyanyi kesayangan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: