|
|
Bertuahnya aktres dan penyanyi popular Hong Kong, Charlene Choi apabila dia dapat digandingkan dengan teman lelakinya, Ronald Cheng dalam sebuah filem baru, Happy Family 2010. Filem itu akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Charlene ketika menghadiri Simposium Pelaburan Hong Kong minggu ini bagaimanapun mengiyakan perkhabaran dia akan berlakon di samping Ronald.
Beritahu Charlene, dia tidak kisah untuk bekerjasama dengan teman lelaki sendiri dalam sesebuah produksi.
“Saya bersikap profesional dalam soal ini malah tidak menjadi sebarang masalah besar apabila digandingkan dengan Ronald.
“Itu semua bergantung kepada pengarah yang membuat keputusan. Paling penting skrip filem ini bersesuaian dengan saya juga,” katanya.
Bukan itu sahaja, Charlene sejak awal-awal lagi sudah diberitahu bahawa dia dan Ronald akan melakonkan beberapa babak romantis bersama Ronald. Lantaran itu, timbul persoalan apakah dia bersedia melakukannya dalam filem berkenaan?
Jawab Charlene, dia menganggap babak itu sebagai sebahagian cabaran yang perlu ditempuhi dalam usaha bergelar seorang pelakon versatil.
Dalam pada itu timbul cerita kononnya Charlene meminta bayaran tinggi untuk satu babak bercumbu dengan Ronald. Dengarnya bayaran itu mencecah RM400,000 untuk kucupan dalam waktu sesaat.
“Tidak salah meletakkan bayaran yang setimpal dengan usaha saya menjayakan watak-watak yang tersedia dalam skrip filem ini,” akui Charlene ringkas.
Pihak media turut mendedahkan bahawa Charlene dan Ronald akan mendapat ganjaran lebih lumayan jika mereka sanggup melakonkan watak pasangan bercinta dalam filem tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: