Friday, May 29, 2009

Dengarnya...: Akhirnya Azwaliza pun bertunang


JIKA tahun lalu, banyak artis yang memilih untuk menamatkan zaman bujang, tahun ini pun apa kurangnya. Banyak betul kad yang menyusul di meja Cik Normah hingga tak tahu majlis mana satu yang nak dihadiri. Maklumlah jadual kerja Cik Normah tak menentu, kadang-kala bila cuti hujung minggu malas pula nak keluar sebab nak luangkan waktu bersama keluarga.

Ahad ini, pelakon Darling Ngasri bakal menamatkan zaman bujangnya, minggu lalu Adlin dan Emelda dan sebelumnya Diana Rafar bersama Zamarul. Khabarnya seorang lagi selebriti juga bakal menamatkan zaman daranya dengan jejaka pilihan tak lama lagi. Bagaimanapun sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, selebriti yang juga pembaca berita TV3, Azwaliza Azman terlebih dulu mahu mengikat tali pertunangan.

Kata teman Cik Normah yang gebu ni, Azwaliza memilih orang seni juga sebagai teman hidup. Mereka khabarnya akan mengikat tali pertunangan pada November nanti. Baguslah buat apa nak tunggu lama-lama, kalau bajet dah cukup teruskan saja. Jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang pula.

Sebenarnya cerita Azwaliza nak berkahwin ini sudah lama Cik Normah dengar. Dah lama personaliti TV3 ini mencanangkan kisah perkahwinannya yang meletup-letup pada kawa-kawan, nah akhirnya termakbul juga hasrat Azwaliza atau Wawa untuk ke jenjang pelamin. Cik Normah doakan semoga bahagia ke akhir hayat ye...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: