Friday, May 29, 2009

Dua maut, lima tertimbus


BEBERAPA anggota penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian bangunan runtuh di Seksyen 14/20, Petaling Jaya semalam. Gambar kecil, bangunan pasar raya sebelum runtuh.


PETALING JAYA – Sebuah bangunan pasar raya yang kosong dan dalam proses untuk dirobohkan di Seksyen 14 di sini runtuh semalam menyebabkan dua terkorban, dua cedera parah manakala lima lagi hilang dipercayai tertimbus.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 petang itu, terdapat sembilan pekerja warga asing berada dalam bangunan berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Membeli-Belah Jaya.


BEGINILAH keadaan bangunan pasar raya Jaya yang runtuh di Seksyen 14/20, Petaling Jaya, Selangor semalam.


Ekoran kejadian yang mengejutkan itu, pihak berkuasa kini mengisytiharkan kawasan kejadian sebagai kawasan bencana.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebahagian bangunan lima tingkat yang dipercayai berusia lebih 20 tahun itu runtuh dipercayai akibat kelemahan pada struktur bangunan.

“Beberapa bahagian bangunan itu yang masih berdiri berada dalam keadaan tidak stabil dan boleh runtuh pada bila-bila masa,” jelasnya.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan dua pekerja yang cedera parah sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Korban pertama dikenali sebagai Maskor, 28, dari Indonesia dijumpai hancur pada pukul 6.50 petang dan mayat kedua yang tiada pengenalan diri berjaya dikeluarkan pada pukul 10.30 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: