Thursday, May 28, 2009

Jasmin Hamid: Dari mata turun ke hati

Jasmin Hamid semakin cantik sejak kembali solo

AKTRES Jasmin Hamid dilihat semakin cantik dan langsing sejak kembali solo sekarang.

Apabila dikomen tentang penampilannya itu, Jasmin hanya tersenyum namun dia enggan menjawab soalan berbaur peribadi tatkala disoal tentang statusnya sekarang.

Jasmin juga tidak lepas disoal tentang pemakaian celak di matanya yang tampak tebal. Bukan pertama kali pelakon versatil ini mengenakan celak tebal tetapi turut dilihat mengenakan solekan seperti itu dalam drama Spa Q.

Jelasnya, dia bercelak tebal atas arahan pengarah dan sesuai dengan wataknya sebagai Puan Khathijah yang berangan hendak menjadi Datin.

"Saya memakai celak tebal kerana pengarah yang minta dan sesuai dengan watak.

"Lagipun jika kita bercelak tebal, orang akan lebih menumpukan kepada mata kita.

"Orang kata, ibarat dari mata turun ke hati," ujar Jasmin dalam nada gurau.

Sesuai dengan drama bergenre komedi ringan ini, Jasmin digandingkan dengan dua pelakon Shamsul Ghau Ghau dalam drama Datin Wan Abe.

Jasmin membintangi drama Datin Wan Abe yang sedang ditayangkan di TV3

Dengan karektor yang spontan dan bersahaja, mereka melakonkan watak sebagai suami isteri iaitu Puan khathijah dan Encik Bakar yang mempunyai sepasang cahaya mata lakonan Wan Elyas (Faiz) dan Zaris (Fazi).

"Saya melakonkan watak Kat yang terlalu dominan sehingga suaminya, Bakar dan anak-anaknya terpaksa berahsia dalam apa jua yang mereka lakukan terutama yang mendapat tentangan Kat. Bakar cuma bekerja sebagai kerani pejabat namun dihebohkan kepada orang ramai suaminya bekerja sebagai pegawai.

"Kat terlalu mengejar glamor hingga sanggup menghabiskan duit ke spa semata-mata untuk berkenalan dengan datin-datin dan bergaul seperti wanita kelas atasan yang menjadi impiannya," kata Jasmin.

Bercerita lanjut mengenai drama arahan Emi Suffian Sabhe ini, Kat juga berniat mencari jodoh untuk Fazi dan Faiz dari kalangan anak-anak orang kenamaan.

Namun, mereka tidak berminat dengan usul yang ditawarkan sehinggalah perkara yang melucukan terjadi apabila pembantu rumah mereka, Wati (Maya) turut terlibat.

Kat suka bergaya tidak kena tempatnya dan bangga diri apabila bercerita tentang pencapaian anak-anaknya kepada jiran tetangga walhal perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sehinggakan jiran-jiran sengaja mengelakkan diri untuk bertemu dengannya kerana bosan untuk melayan telatahnya yang kemaruk menjadi Datin.

Saksikan Datin Wan Abe, setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.

1 comment:

  1. ala bukan apa...dia buat pembedahan plastik ke atau botox kat mata dia di HUKM...kawan aku bagitau sendiri...ye la..kaloi dia tak mekap..org akan bandingkan pulak muka dia dulu ngan sekarang..kan jelas terang...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: