Tuesday, October 30, 2012

Bella si puteri kayangan

ANTARA hadirin yang memeriahkan parti hari lahir Bella ialah Zendaya Coleman, Kailey Swanson, Bella Pendergast dan Dani Thorne.
ANTARA hadirin yang memeriahkan parti hari lahir Bella ialah Zendaya Coleman, Kailey Swanson, Bella Pendergast dan Dani Thorne.
KETIKA majlis penuh gilang-gemilang MTV's My Super Sweet 16 baru-baru ini, semua pihak mengakui ia berlangsung dengan penuh meriah.
Namun, kemunculan Bella ketika dia meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-15 didapati jauh lebih meriah.
   
  • Foto BELLA meraikan sebahagian peminatnya.
  • Foto BINTANG saluran televisyen Disney Channel tiba menaiki kereta kuda berbentuk buah labu.
Aktres muda itu bertukar menjadi puteri kayangan lengkap dengan kereta kuda, mahkota, gaun dan pasangannya.

Bella yang memiliki darah kacukan Cuba, diraikan dalam majlis amat meriah di Los Angeles anjuran saluran Hallmark bagi meraikan aktres berkenaan.Bella muncul dengan gaun merah jambu panjang dengan rantai serta ikat pinggang berkilau.

Di kepalanya, Bella menggunakan tiara berhias permata yang indah.

Sesuai dengan ciri utama dirinya sebelum ini, rambut panjang Bella yang ikal dibiar tanpa diikat.

Walaupun tarikh lahir sebenar Bella ialah 8 Oktober, sambutan yang agak lewat sedikit itu langsung tidak terjejas.

Dia tiba seperti puteri raja menaiki kereta kuda berbentuk seperti buah labu.
Saksi berkata, Bella tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya ketika dia bergambar - sama ada secara bersendirian atau bertemankan rakannya.

Dia kemudian diiringi masuk ke dewan.

Majlis itu dihadiri sebahagian kawan baiknya, termasuk Zendaya Coleman, Kailey Swanson dan Bella Pendergast.

Turut hadir, adik-beradiknya, Dani dan Remy.

Anjing kesayangan Bella yang dihadiahkan teman lelakinya, Tristan Klier, turut menjadi sebahagian daripada tetamu.

Ketika majlis berlangsung, Bella dilihat sempat menikmati detik indah bersama Klier ketika mereka menari diiringi alunan muzik perlahan.

Keesokan harinya, Bella mengucapkan penghargaan kepada semua pihak melalui Twitter: "Malam tadi memang indah. Terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga
dan anda semua yang memberikan ucapan."

Klier turut tidak mahu ketinggalan.

"Menikmati malam yang hebat. Ia memang majlis yang sangat istimewa," tulisnya di Twitter.

Awal bulan ini, Bella menghadiri majlis hari lahir yang lebih kasual di Restoran Katsuya di Hollywood bersama Klier serta Remy serta kawan mereka.

Melihat kepada penampilannya, Bella seperti gadis yang lebih dewasa berbanding usianya.

Jaktogo kot serba guna ekonomik

JAKTOGO boleh memuatkan pelbagai barang dengan berat sehingga 10 kilogam.
JAKTOGO boleh memuatkan pelbagai barang dengan berat sehingga 10 kilogam.
JIKA perlu, beg ciptaan Power boleh dijadikan pakaian.
JIKA perlu, beg ciptaan Power boleh dijadikan pakaian.
LONDON: Seorang jurutera menemui cara terbaik membawa barang yang banyak menaiki pesawat tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk bagasi.
John Power berkata, rekaannya itu dikenali sebagai Jaktogo kot berharga 56 (RM270) yang boleh menjadi beg pakaian. Produk itu pada asasnya adalah sehelai kot tetapi boleh ditukar menjadi beg supaya pemakainya boleh membawa lebih banyak barang ketika menaiki pesawat.

Kata Power, 57, kot itu mampu diisi pelbagai barang sehingga 10 kilogram sebagai bagasi tangan.
“Ia sesuai digunakan untuk penerbangan bajet rendah,” katanya. Menurut Power, Jaktogo juga dilengkapi banyak poket untuk diisi peranti terkini seperti iPad dan kamera, selain keperluan pengembara seperti buku, pakaian dan tuala.

“Jika di tempat bercuaca panas, Jaktogo boleh digunakan sebagai pakaian tanpa lengan,” katanya. Sesuai dengan dirinya yang sering pergi ke merata tempat, Power mendapat idea mencipta Jaktogo kerana bosan dengan pelbagai bayaran dikenakan syarikat penerbangan tambang murah. Ryanair, misalnya, mengenakan caj antara 15 hingga 50 (RM75 hingga RM250) bagi setiap beg dengan berat maksimum 15 kilogram yang ingin dimuatkan dalam kargo.

Caj itu meningkat sehingga 130 (RM650) jika beg itu tidak didaftarkan sebelum penumpang tiba di lapangan terbang.Syarikat penerbangan itu membenarkan penumpang membawa bagasi tangan seberat 10 kilogram dan hanya satu dibenarkan dibawa bagi setiap penumpang. Sesiapa yang ingin membawa bagasi tangan lebih daripada satu, mereka dikenakan caj tambahan 50 (RM250) Power - kini menetap di Antwerp, Belgium berkata, sejak syarikat penerbangan tambang murah mengenakan pelbagai syarat, dia mula mencari jalan menjimatkan masa menunggu bagasi di lapangan terbang. “Saya sering nampak penumpang terkandas di lapangan terbang hanya kerana sedikit lebihan berat bagasi atau mereka dipaksa mendaftarkan barangan mereka untuk dimuatkan dalam kargo kerana bagasi tangan melebihi had dibenarkan,” katanya. Kata Power, keadaan itu sangat tidak adil.

“Justeru, saya mencari jalan mengatasinya tanpa kelihatan bebal,” katanya.

Lisa Surihani Punyai Petua Elak Diri Tertekan

Lisa menjelaskan dia tidak akan membenarkan tekanan kerja mengawal dirinya.
PETALING JAYA: Pelakon jelita Lisa Surihani tidak membiarkan dirinya tertekan sepanjang tempoh latihan teater Tribute Tun Dr Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 9 hingga 19 November depan.
Lisa, 26, berkata, sebagai orang baru dalam dunia teater dia perlu bijak mengawal tekanan bagi memastikan watak yang dipegangnya dapat ditonjolkan dengan baik semasa pementasan itu nanti.
"Tidak dinafikan watak Tun (Siti Hasmah) semasa muda yang saya pegang bukan mudah untuk dilaksanakan dan ada kalanya ia membuatkan saya tertekan namun sebagai pelakon saya perlu mengawal perasaan itu dan menukarkannya kepada perkara positif.
"Saya sentiasa berpegang kepada prinsip apabila melakukan sesuatu kita mesti menanam rasa gembira dan seronok kerana ia dapat membantu untuk memberikan hasil yang terbaik dalam sesuatu watak diberikan," katanya kepada mStar Online.
Lisa ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk FreshLook di sini pada Isnin.
Selain Lisa, teater arahan Erma Fatima itu turut dibintangi oleh Eja sebagai Tun Dr Siti Hasmah sewaktu dewasa, Esma Daniel (watak Tun Dr Mahathir dewasa) dan Nazim Othman (watak Mahathir ketika muda) bersama kira-kira 25 pelakon lain.
Lisa bersama produk FreshLook yang menawarkan pelbagai pilihan kanta lekap berwarna.
Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia dan suaminya, Yusry Abdul Halim sedang giat mengamalkan pemakanan sihat dan memperbanyakkan sayuran, buah-buahan dalam diet pemakanan mereka.
Lisa memberitahu, amalan itu bukan disebabkan teruja untuk mendapatkan figura yang cantik tetapi lebih kepada kesedaran untuk menjaga kesihatan dari peringkat awal.
"Sebelum ini memang Lisa ada peningkatan berat badan yang agak ketara dan memang mengamalkan pemakanan sihat bagi mendapat kembali bentuk asal yang ideal.
"Namun pemilihan makanan yang betul sebenarnya lebih kepada untuk mengamalkan hidup sihat kerana ia memberikan banyak faedah pada masa akan datang," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta FreshLook iaitu kanta lekap berwarna, Lisa berkata, dia bersetuju menjadi duta produk itu kerana telah mencuba sendiri produk berkenaan yang nyata amat selesa digunakan.
Dia yang telah menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun memberitahu, FreshLook sangat mudah digunakan dan yang paling penting ia boleh memberikan perubahan unik dan menyeronokkan dari segi penampilan.
"Lisa memang mengalami masalah rabun jauh dengan kekuatan kanta 650 dan tidak pernah menggunakan kanta lekap berwarna kerana takut ia kelihatan palsu.
"Namun Lisa selesa dengan FreshLook kerana selain datang dengan kanta untuk orang yang rabun tetapi warnanya juga tampak semula jadi.
"Malah Yusry cukup suka jika Lisa mengenakan kanta berwarna biru kerana katanya nampak lebih cantik," jelasnya.

Lima lubang RM1 juta

PECAH...dinding kedai yang ditebuk penjenayah.
PECAH...dinding kedai yang ditebuk penjenayah.
KUALA LUMPUR: Tiga lubang ditebuk pada dinding sebagai laluan masuk manakala dua lubang lagi digerudi pada peti besi untuk membolehkan sekumpulan penjenayah melarikan barang kemas berjumlah RM1 juta dari sebuah kedai emas di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, semalam.
Ketika kejadian, kedai emas itu ditutup dan kehilangan barang kemas dalam rak kaca pameran disedari pekerja kedai berkenaan jam 7 malam kelmarin ketika dia datang untuk mengambil barangnya yang tertinggal.
  
  • Foto TINJAU...orang ramai melihat keadaan dari luar kedai.
  • Foto BERLUBANG...anggota polis (kanan) memeriksa lubang yang ditebuk penjenayah di kedai emas terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kebiasaannya kedai itu ditutup jam 8 malam setiap hari serta tidak beroperasi pada Ahad.

Menurutnya, suspek mungkin menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti besi yang tersimpan dalam bilik berkunci itu sebelum tebukan dilakukan berbentuk bulat. “Polis percaya jenayah itu dilakukan lebih daripada tiga orang berdasarkan jumlah lubang yang dibuat serta tindakan mereka menutup dinding cermin hadapan kedai itu dengan menggunakan kertas bagi mengelak perbuatan mereka dikesan orang ramai yang lalu lalang.

Mila Kunis Hamil Anak Ashton Kutcher?


Perut Kunis yang kelihatan buncit telah menghangatkan spekulasi bahawa dia sedang mengandung. Foto Daily Mail.
BARU beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta dengan aktor AShton Kutcher, Mila Kunis muncul di hadapan umum dengan perut yang "membonjol" sehingga menimbulkan spekulasi bahawa dia sedang mengandung.
Daily Mail melaporkan, perut buncit Kunis jelas kelihatan ketika pasangan itu bersiar-siar dan baju belang hitam putih tanpa lengan yang dikenakan oleh pelakon 70's Show itu jelas menampakkan perutnya yang agak besar daripada kebiasaan.
Kunis dan kekasihnya, Kutcher ketika bersiar-siar di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Kunis benar-benar mengandung dan jurucakap pelakon itu enggan mengulas mengenainya.
Sebelum ini, Mila pernah memberitahu kepada media keinginannya mempunyai cahaya mata sendiri dan kelibat Kunis yang seolah-olah tidak kisah untuk menutupi perutnya seperti mengesahkan khabar angin yang tersebar.

Wonder Girls terus menjadi kegilaan!


Wonder Girls
Wonder Girls
I want nobody, nobody but you...
I want nobody, nobody but you...


PASTI masih terngiang-ngiang di telinga kita, bait-bait lagu Nobody yang dinyanyikan oleh kumpulan dianggotai lima anak gadis berasal dari Korea Selatan ini.

Sejak diperdengarkan sekitar tahun 2010, lagu ini terus menjadi siulan anak muda, sama ada di negara mereka sendiri, mahu pun di Malaysia.

Mengimbas sejenak penubuhan kumpulan ini, ia mula ditubuhkan pada 2007, artis naungan JYP Entertainment ini pada awalnya dianggotai oleh Sunye, Yeeun, Sunmi, Hyuna dan Sohee. Kemudian, Sunmi dan Hyuna meninggalkan kumpulan tersebut dan digantikan oleh Yubin dan Lim, yang mana kekal sehingga hari ini.

Menariknya mengenai kumpulan yang dikenali sebagai Wonder Girls ini, nama kumpulan tersebut sebenarnya diilhamkan daripada ayat, the girls who can amaze the world.

Nyata pemilihan nama kumpulan ini bertepatan kerana anggotanya benar-benar mengagumkan sehingga berjaya menawan peminat di seluruh dunia. Bukan hanya kerana paras rupa sahaja, bahkan bakat serta kelincahan mereka juga sama hebat.

Sepanjang penglibatan dalam industri, Wonder Girls telah menghasilkan beberapa album seperti The Wonder Years (2007), The Wonder Years Trilogy (2008), Wonder World (2011), Wonder Party (2012), TBA (2012), Nobody For Everybody (2012) dan sebuah album kompilasi berjudul,  Wonder Best (2012).

Tembus pasaran antarabangsa

Tidak hanya tertumpu di negara sendiri, Wonder Girls turut meluaskan pasaran mereka di peringkat antarabangsa.

Bermula dengan mengadakan konsert jelajah di Bangkok, Thailand sekitar tahun 2009, mereka kemudiannya bergerak ke Amerika Syarikat.

Selepas itu, ibarat bulan jatuh ke riba, mereka ditawarkan bersama Jonas Brothers untuk menyertai konsert penyanyi tersohor Malaysia, Ziana Zain World Tour 2009 di Amerika Utara.

Kerana populariti mereka, lagu Nobody berjaya meletakkan Wonder Girls sebagai kumpulan pertama Korea yang memasuki carta Billboard Hot 100.

Menyedari Nobody mendapat sambutan daripada peminat antarabangsa, JYP Entertainment akhirnya membuat keputusan melancarkan lagu Nobody versi Inggeris.

Selain Nobody, syarikat itu turut mengeluarkan single bahasa Inggeris bagi Wonder Girls yang berjudul Tell Me.

Menariknya, kerana permintaan tinggi, sebuah album Inggeris Wonder Girls dilancarkan, yang mana mempunyai enam lagu Inggeris dan enam lagu Korea diterbitkan pada 2010.

Selepas kemunculan album itu di pasaran antarabangsa, Wonder Girls meneruskan misi mereka mengadakan lebih banyak konsert di Amerika Syarikat termasuklah di Kanada, Washington DC, Atlanta, New York , Chicago, Houston, Dallas, Los Angeles, Anaheim dan San Francisco.

Tawan peminat Malaysia

walaupun mempunyai golongan peminat yang besar di peringkat antarabangsa, namun Wonder Girls tidak pernah melupakan peminatnya di Malaysia. Atas alasan itu, kumpulan ini sering kali muncul mengadakan persembahan di sini.

Selain pernah membuat persembahan pertama mereka di Genting Highlands, Pahang, Wonder Girls juga tidak ketinggalan turut serta ketika The MTV World Stage Live in Malaysia 2010 yang diadakan di Sunway Lagoon.

Kemudian, mereka sekali lagi muncul bersama konsert mega di negara ini menerusi konsert Wonder Girls Wonder World Tour Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 13 Oktober lalu.

Menariknya, kelima-lima anggota kumpulan tersebut membuat kejutan dengan mengenakan baju kurung sewaktu membuat persembahan bagi menarik perhatian peminat-peminat mereka di sini.

Pastinya, tindakan mereka tidak dilupakan peminat di sini kerana sudi menghormati budaya masyarakat Malaysia.

Yang nyata, menerusi konsert tersebut, mereka sekali lagi menawan peminat di sini.

Dalam pada itu, mereka juga berjanji akan datang semula ke Malaysia untuk siri konsert seterusnya, satu hari nanti.


TRIVIA

-Merupakan grup Asia pertama yang berjaya masuk ke carta Billboard Hot 100.
-Terpilih sebagai wanita terseksi versi majalah FHM Singapura di kedudukan 38.
-Merupakan grup Korea pertama menggunakan YouTube sebagai media promosi.
-Terdapat 50 jenis kostum disediakan bagi persembahan lagu Nobody.
-Antara penyanyi yang menerima bayaran paling tinggi, iaitu lebih daripada RM60 ribu.

Cinta sejati tak kenal siapa


Bakri Setapa, 32, menaiki beca bersama isterinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Hab
Bakri Setapa, 32, menaiki beca bersama isterinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah Mohamad, 26, pada majlis perkahwinan mereka.
Bakri
Bakri Setapa memimpin tangan isterinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah Mohamad pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Pangkal Kala.
PASIR MAS - Perkenalan mereka bermula kerana tersilap nombor telefon, tertambat dengan suara sigadis, hati Bakri Setapa tidak berubah walaupun mengetahui kemudian pasangannya orang kurang upaya.

Bakri, 32, penoreh getah dari Dabong, Kuala Krai, tertambat hati untuk mengahwini Siti Habsiah Mohamad, 26, selepas kali pertama mendengar suara pasangannya semasa tersilap mendail nombor telefon.

Bakri, yang sempurna anggota badan, bersyukur kerana dapat mendirikan rumah tangga dengan Siti Habsiah yang cacat kedua-dua kaki sejak dilahirkan dan hanya mampu berjalan menggunakan lutut.

Kenduri kesyukuran meraikan kedua-dua mempelai itu berlangsung penuh meriah di rumah pengantin perempuan di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu di sini hari ini.

Pasangan yang diijab kabul semalam itu diarak menaiki kereta kuda diiringi pembawa pulut semangat dan bunga manggar dari rumah pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan sejauh kira-kira 300 meter.

Majlis kesyukuran pasangan itu ditaja penduduk kampung dengan kerjasama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Antara yang menepung tawar pasangan mempelai itu ialah Ibrahim dan Yang Dipertua Perkasa Kelantan Mohd Fauzi Mohamad yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri Tendong.

"Sememangnya cinta kami berputik hasil kesilapan saya mendail nombornya (Siti Habsiah) yang berlaku ketika saya ingin menghubungi seorang rakan. Kami terus berhubung selepas itu," kata Bakri ketika ditemui pemberita.

Bakri berkata beliau mengambil masa tiga bulan untuk berkenalan dengan Siti Habsiah sebelum menghantar rombongan meminang sebulan lalu.

Siti Habsiah kini bekerja sebagai pembantu tukang jahit di sebuah kedai selepas menjalani latihan asas menjahit melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat di sini pada 2007.
 
"Walaupun saya tahu dia (Siti Habsiah) cacat manakala saya cukup sifat, namun saya dapat menerima dia sebagai isteri dan ratu dalam rumah tangga yang didirikan ini," kata Bakri sambil menambah kata mereka bercita-cita membuka kedai jahit sebagai perancangan masa depan.

Ibu kepada Siti Habsiah, Siah Abdullah, 46, gembira dengan perkahwinan anak kedua daripada tujuh beradik itu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana jodohnya ada walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna seperti orang lain," katanya sambil memberitahu Siti Habsiah berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.