Sunday, October 2, 2016

Syamsul Mengidam Sushi Ketika Isteri Hamil Tiga Bulan



Puteri Sarah dan Syamsul tidak sabar untuk tunggu kelahiran anak pertamanya.
PETALING JAYA: Pelakon Puteri Sarah memberitahu dia tidak menjangka akhirnya doa untuk hamil dimakbulkan selepas dua tahun berumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 31, berkata, dia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika mengetahui berita kehamilannya tiga bulan lalu.

"Perasaan saya sudah tentu terlalu gembira dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan dengan kata-kata kerana akhirnya doa mendapatkan zuriat dimakbulkan Allah selepas selepas saya mengalami keguguran sebelum ini.
Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014.
"Apa-apa pun saya hanya berharap dan berdoa agar bayi kami selamat dilahirkan," ujarnya kepada mStar Online.

Sarah mengulas tentang berita kehamilannya yang kini memasuki tiga bulan diumumkan oleh suaminya Syamsul Yusof pada malam tayangan filem Munafik di Indonesia pada malam Rabu lalu.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan kesihatannya, Sarah berkata, buat masa sekarang dia belum mengalami sebarang alahan yang teruk sebaliknya Syamsul pula yang sering meminta makanan Jepun seperti sushi.

"Saya tidak ada alahan yang teruk setakat ini, hanya rasa loya-loya pada waktu malam sahaja, mungkin disebabkan bayi saya aktif pada malam.

"Yang saya pelik, Syamsul pula yang mengidam makan makanan Jepun. Setiap hari dia akan cari makanan sushi," ujarnya.

Sementara itu, Sarah yang mengusahakan butik pakaian muslimah di Bangsar memberitahu sudah menyerahkan urusan operasi kepada ibunya.

Katanya, perkara tersebut adalah mengikut nasihat suaminya yang mahu dia lebih banyak berehat.

"Saya serahkan tugas di butik kepada ibu dan seorang rakan yang saya percayai untuk memantau operesi butik.

"Sudah dua bulan juga tidak ke butik dan saya akan ke sana jika ada perkara penting dan memerlukan saya," ujarnya.

Pesanan Arwah Bapa Inspirasi Lagu Terbaharu Fazley Yaakob



Fazley bakal keluar single terbaharu berjudul Ketiadaan.
PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob memberitahu hatinya tersentuh ketika proses rakaman single terbaharu beliau berjudul Ketiadaan kerana teringatkan arwah bapa iaitu Datuk Yaakob Mohammad yang meninggal dunia pada 8 Februari lalu.
Fazley,39, berkata, lagu ciptaan Azlan Abu Hassan itu terlalu istimewa apabila dia yang juga penulis lirik turut menyelitkan beberapa pesanan arwah bapanya dalam lagu berkenaan.

"Ia merupakan single terbaru saya selepas lama tidak merakam lagu balada dan laguKetiadaan ini terlalu istimewa yang mengingatkan saya kepada arwah ayah.

"Saya mengambil pesanan-pesanan Allahyarham sebagai lirik lagu tersebut. Ketika proses rakaman hati saya sebak dan tersentuh, malah adik dan ibu saya menitiskan air mata apabila mendengar keseluruhan lagu itu," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fazley yang turut dikenali sebagai Chef Selebriti itu berkata, antara salah satu pesanan yang masih segar dalam ingatannya ialah meminta agar dia menjaga ibu mereka dengan baik.
Tambahnya, pesanan-pesanan yang dimuatkan dalam lirik lagu itu bukan sahaja untuk dia, malah sesuai kepada siapa yang mendengar dan mengalami kehilangan orang tersayang.
"Sebelum Allahyarham meninggal, ada kata-kata dia yang tidak boleh saya lupa iaitu jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Allah dan andai dia (ayah) pergi dahulu, doakan arwah sentiasa dan jaga ibu dengan baik.

"Secara jujurnya, saya masih rasa kehilangan dia biarpun sudah enam bulan arwah meninggalkan kami sekeluarga," ujarnya.

Tambah Fazley, dia juga merancang untuk membuat rakaman muzik video di tiga lakosi termasuk di kediaman peninggalan bapanya di Damansara.

Selian itu, penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, ini berkata, lagu berkenaan juga sebagai memenuhi permintaan peminat-peminatnya yang sering bertanya tentang lagu terbaharunya.

"Ramai peminat yang bertanya bila saya ingin keluar lagu balada dan saya rasa ini adalah masa yang paling baik. Saya harap pendengar berpuas hati dan dapat menerima lagu ini," ujarnya.

Lagu tersebut akan mula dilancarkan dan boleh didengari di radio mula akhir Oktober ini.

'Romansa' Tema Konsert Krisdayanti Di Malaysia Tahun Depan



Krisdayanti
JAKARTA: Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti berkata konsert solo Romansa Krisdayanti  yang bakal diadakan tahun depan di Malaysia merupakan batu loncatan untuk dia terus bergiat aktif agar diterima dalam industri muzik di negara itu.
Konsert di bawah pimpinan Aubrey Suwito itu dijangka berlangsung pada 24 hingga 26 Februari tahun depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Krisdayanti atau mesra dengan sapaan KD, 41, berkata, peluang itu adalah impian dan doa yang menjadi kenyataan selepas hampir dua tahun dia kurang aktif kerana komitmen keluarga.

"Sejak memasuki pasaran muzik Malaysia pada 1998 dan bermula dengan laguMenghitung Hari kerjaya saya mendapat sokongan yang besar daripada peminat di sana.

"Apabila ditawarkan untuk mengadakan konsert ini saya sangat teruja dan bersyukur kerana ia adalah penghargaan dan hadiah peribadi untuk saya selama hampir 20 tahun membina nama dan kerjaya di Malaysia," katanya kepada pemberita.

Krisdayanti ditemui pada sesi santai media Malaysia bersempena pengumuman konsert berkenaan di sini, petang Khamis.
Krisdayanti (dua dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam konsertnya.
Konsert anjuran syarikat Malaysia, Neo Global Sdn Bhd itu bakal menampilkan kira 27 lagu dalam masa dua jam.

Pada konsert itu, Krisdayanti berkata, dia akan menampilkan pelbagai gimik dan pengisian yang segar dan berbeza daripada mana-mana persembahannya selama ini.

Katanya, dia akan menampilkan konsep persembahan yang melambangkan keanggunan, kepahlawanan dan romantik bersesuaian dengan bulan kasih sayang pada Februari.

"Saya memilih tema Romansa Krisdayanti kerana ia adalah konsep wanita yang anggun dan keibuan, wanita yang hebat dan suasana romantis dan keindahan.

"Ia adalah sebuah konsert yang istimewa kerana buat pertama kali saya akan beraksi dalam konsert sendiri di Istana Budaya.

"Malah saya akan bekerjasama dengan semua karyawan muzik dari Malaysia sepenuhnya buat pertama kali dalam konsert, selain menampilkan beberapa penyanyi Malaysia nanti," katanya.

Katanya yang kali terakhir beraksi dalam konsert solo di Kuala Lumpur dua tahun lalu, harapannya agar konsert itu dapat menarik semua peminat di Malaysia kelak.

"Saya sangat berharap semua peminat termasuk golongan VVIP di Malaysia yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini akan datang menonton kerana ia sangat bermakna buat saya.

"Saya mahu lihat penonton terutama lelaki yang hadir bukan sekadar menemani pasangan mereka semata-mata tapi terhibur dan menikmati konsert itu kerana mereka mengenali dan mengikuti kerjaya saya," katanya.

Perhitungan terakhir: Juvana 3 lebih aksi, drama



Perhitungan terakhir: Juvana 3 lebih aksi, drama
Juvana 3
SELEPAS menemui penonton dalam dua filem terdahulu iaitu Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), kali ini rantaian filem yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana tampil dengan sekuel terbaharu, Juvana 3: Perhitungan Terakhir.
Dalam kesinambungan filem ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo, diarahkan Faisal Ishak dan diterbitkan bersama Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd serta Star Media Group Berhad.
Filem yang padat dengan drama dan aksi membabitkan golongan remaja terbabit dalam gejala sosial seperti gengster dan sindiket pelacuran ini masih lagi mengekalkan teraju utama seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz.
Turut sama membantu Hasnul Rahmat, Nad Zainal dan beberapa pelakon dari siri drama sebelum ini.
Secara keseluruhannya, pada pandangan penulis, jika anda tidak pernah menonton filem kedua, anda barangkali tidak akan dapat memahami perjalanan filem ketiga ini.
Ini kerana Juvana 3 merupakan kesinambungan sekuel terdahulu. Biarpun Faisal meletakkan beberapa babak imbas kembali pada awal filem, ia barangkali belum cukup memberi input kepada penonton.
Namun, bagi yang pernah menyaksikan sekuel sebelum ini, Juvana 3 adalah jawapan dan ubat kepada rasa tidak puas, persoalan yang tergantung di dalam filem sebelum ini.
Bukan itu sahaja, di dalam filem terakhir ini, Faisal memasukkan lebih aksi yang berkesan berbanding filem terdahulu.
Dari segi lakonan pula, rasanya tidak perlu penulis jelaskan lagi kerana jika anda benar-benar peminat Juvana, anda tahu kemampuan semua pelakon terlibat.
Dalam siri ketiga filem ini Botak, Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek memakan diri.
Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara.
Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara yang sudah pun bermula tayangan sejak 29 September lalu.

Fantasi Tim Burton



Fantasi Tim Burton
Fantasi Tim Burton
TIM Burton terkenal sebagai pengarah yang mempunyai kecenderungan untuk memilih cerita-cerita fantasi kanak-kanak unik dan menghiburkan untuk dipertontonkan. Antaranya Edward Scissorhands, Alice In Wonderland, The Nightmare Before Christmas, Charlie And The Chocolate Factory dan lain-lain.
Kali ini pengarah ni kembali dengan buah tangan terbaharu, Miss Peregrine’s Home For Peculiar Children. Sebuah kisah yang diadaptasikan daripada buku cerita kanak-kanak tulisan Ransom Riggs dari tajuk sama. Buku ini telah terjual lebih 3.1 juta naskhah di seluruh dunia.
Ia mengisahkan seorang kanak-kanak, Jake (Asa Butterfield) yang sering mendengar tentang kisah pengembaraan datuknya, Abe Portman (Terence Stamp) yang penuh misteri. Ketika usia meningkat remaja, dia tidak percaya cerita itu, namun segalanya berubah apabila datuknya itu didapati terbunuh dengan cara cukup misteri.
Jake merungkai misteri itu dan cuba membuktikan kebenaran cerita datuknya tentang kewujudan sebuah rumah yang menempatkan sekumpulan kanak-kanak unik yang mempunyai kebolehan istimewa. Mereka dijaga seorang wanita yang dikenali sebagai Miss Peregrine’s (Eva Green). Menerusi petunjuk ditinggalkan, Jake berjaya jejak rumah itu dengan melalui pengembaraan masa yang cukup menarik.
Idea dan konsep filem ini cukup menarik. Bayangkan bagaimana jika sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan istimewa ini berkumpul di satu tempat. Seorang mempunyai kebolehan terapung, seorang lagi mampu hidup dengan lebah dalam tubuhnya, ada berkebolehan mengeluarkan api dan sebagainya. Mereka diasing daripada dunia luar kerana kebolehan mereka berada di luar normal kanak-kanak biasa.
Sebuah kisah fantasi yang cukup menghiburkan. Apatah lagi dengan kesan visual menarik sehingga ia nampak begitu meyakinkan Apa pun, secara keseluruhannya, filem ini menghiburkan dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Pendekatan disalah erti



MH
PELAKON yang mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana, Izreen Azminda enggan lagi dikaitkan dengan cinta lokasi.
Katanya, situasi itu timbul akibat salah faham terhadap keserasian yang tercipta dengan pasangan pelakonnya.
"Saya hanya bekerja. Keserasian itu menyebabkan ada yang salah faham dengan hubungan tersebut.
"Padahal, ramai yang tidak tahu keadaan sebenar di sebalik tabir," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, pelakon berusia 31 tahun ini sering dikaitkan menjalin hubungan cinta lokasi dengan teman gandingannya dalam drama bersiri seperti Johan Asa’ari, Fahrin Ahmad, Amar Baharin dan Redza Rosli.
Jelasnya lagi, semua hubungan yang tercipta tidak lebih kepada mempromosikan drama lakonan mereka.
"Saya ini sejenis yang suka memuat naik gambar dalam laman sosial.
"Sebenarnya, fungsinya adalah untuk menaikkan rating atau mempromosikan drama lakonan kami. Itu sahaja.
"Itu juga kaedah yang digunakan oleh hero dan heroin sekarang ini," katanya.
Bahkan, pelakon drama bersiri Kak Marr ini mengakui fokus utamanya adalah terhadap kerjaya dan anaknya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 3 tahun.
"Saya selesa dengan keadaan ini. Saya tiada apa-apa komitmen. Saya lebih bebas melakukan apa-apa saja," katanya.
Dalam pada itu, Izreen membuat penampilan istimewa untuk produk kecantikan dan kesihatan, Eryns.
"Saya memang suka mencuba sesuatu produk baharu.
"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan hasilnya selepas diberi peluang menggunakannya selama beberapa bulan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Izreen bakal terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod, Kesetiaan di samping aktor, Keith Foo dan Amar Asyraf.
"Saya juga akan melibatkan diri dalam bidang perniagaan tidak lama lagi," katanya.

Dua tahun mencari diri



Johan Asa'ri
Johan
TAHUN lalu, figura ini berkelana ke India demi mengikuti pengajian agama selama empat bulan.
Pemergian itu juga bagi memenuhi hasrat arwah ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang mahu dia terus mendalami ilmu agama.
Biarpun sudah lama pulang dari India, akui pemilik nama sebenar Johan Ariff As’ari, 29, dia masih lagi dalam proses mencari diri dan belajar apa itu erti kedewasaan.
"Saya sedar dahulu saya banyak kesilapan, saya tak matang, jadi selama saya mula memperlahankan karier dan menghilangkan diri, saya anggap ia sebagai proses kedewasaan.
"Kita kenal diri kita dan kita perlu perlu cari diri kita yang sebenar dan terus muhasabah diri untuk memperbaiki kekurangan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Umum mengetahui sebelum berlakon, Johan pernah belajar di Pondok Pesantren As-Syuhada Kabupaten Muara Sebunga Kecamatan Tanah Sepenggal, Jambi selama setahun untuk mendalami al-Quran dan hadis.
Habis sahaja pengajian, dia mendapat tawaran belajar di Kolej Universiti Islam Melaka.
Johan berkata, biarpun dia merupakan bekas pelajar sekolah pondok dan pernah berkelana mencari ilmu agama, namun dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sarat dengan ilmu agama.
Tegas Johan, masih banyak perlu dipelajari, difahami dan apa yang penting, niat mencari ilmu itu tidak pernah padam.
"Sejujurnya, saya merasakan ilmu saya masih nipis, kefahaman saya masih kurang.
"Sebab itu saya masih mahu belajar. Mungkin kerana menjadi kebiasaan, jika saya kurang faham atau bermasalah, saya akan kembali kepada ALLAH SWT," jelasnya.
Biarpun masih aktif di dalam dunia seni, Johan berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai hipokrit.
"Saya faham, ada orang yang sudah mendalami agama, mereka ada pegangan dan prinsip mereka yang tersendiri.
"Bagi saya hipokrit seseorang itu bila dia bawa watak baik di dalam skrip, tetapi di luar dia tidak sama dengan itu. Orang sebegini hipokrit dengan ALLAH SWT.
"Tapi untuk saya, saya mahu seimbangkan dunia dan akhirat. Saya tak sekat minda saya dan tidak mahu menerima ilmu yang lain.
"Bila di dunia, lakonan itu juga adalah ilmu. Sebab itulah saya terima watak antagonis kerana watak itu bukan fantasi dan sengaja diwujudkan.
"Secara realiti dalam kehidupan kita, memang ada orang baik dan tidak. Tapi bukan semua orang kurang baik, akan jadi tidak baik sepanjang hidupnya," jelasnya.
Botak beri pengajaran
Tambah Johan, sejak awal pembabitannya di dalam industri seni pun, dia sudah dikenali dengan watak antagonis sebagai Botak.
Namun dalam masa yang sama, Botak juga telah menunjukkan erti kedewasaan dan perubahan, sehinggalah naskhah terakhir Juvana iaitu, Juvana 3: Perhitungan Terakhir yang sudah pun bermula tayangannya semalam.
"Bila saya bawakan watak Botak, saya sampaikan penceritaan itu kepada diri saya dahulu. Baharulah penonton.
"Kerana untuk menzahirkan watak tersebut, bukan dari saya sahaja, tetapi daripada penulis skrip, pengarah dan watak lain yang berkaitan dengan Botak.
"Semua memainkan peranan penting.
"Kalau kita lihat Botak, macam orang benci, macam mana sikapnya dahulu, tiada siapa jangka pengakhirannya, dia mampu berubah dan mendekati ALLAH SWT," katanya yang bersedia bawa watak antagonis pada masa hadapan.