Thursday, December 31, 2009

Video Fasha Mengaku Jahat Dan Bercinta Dengan Bekas Suami Nora Danish!

Gambar Manohara dan Kekasih Hati!


Wow! Romantiknya Manohara dan kekasih hati dia ni. Lama tak dengarcerita pasal Manohara ni ye? Mak dia pun senyap je dah. Tengah kerjakeras nak bayar saman ke ape? Bagi kami, isu Manohara ni yangsebenarnya menghancurkan hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Dariluka kecil dan sekarang dah pun berdarah semula malah lebih parah.
Jom la layan gambar-gambar romantik mereka ni. Yang terjadibiarkanlah terjadi. Bising-bising pun perkara dah jadi kan? So haraplepas ni yang salah sila laksanakan hukuman untuk diri sendiri dan yangtak bersalah, semoga happily ever after. Wallahualam.




Ekslusif : Gambar Pernikahan Anak Lelaki Anwar Ibrahim



Malam tadi MD Ihsan satu satu nya anak lelaki tunggal dalam keluarga Anwar Brahim selamat diijabkabulkan dengan pasangan nya Shaheeda di Damansara. Majlis yang sederhana dan hanya keluarga terdekat sahaja yang di jemput ini dibuat atas permintaan Ihsan sendiri. Dengan sekali lafaz sahaja Ihsan SAH menjadi suami kepada isterinya Shaheeda.

Gomo mengucapkan semoga pernikahanIhsan dan Isterinya berbahagia sehingga ke anak cucu.

Pernikahan antara Ihsan dan Shaheeda ini juga secara tidak langsung telah menjalinkan satu hubungan persaudaraan di antara Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari. Keluarga Shaheeda isteri Ihsan merupakan saudara kepada keluarga sebelah Bapa Saiful Bukhari. Saiful juga ada menceritakan sedikit sebanyak bagaimana dia bersaudara dgn tertuduh melalui Facebooknya. Menurut beliau:
"Alhamdulillah, sahabat saya, Ihsan Anwar(anak pd tertuduh) selamat di ijab kabulkan dgn sekali lafaz sbtr tadi. Beliau bertunang seminggu selepas saya. Semoga berkekalan hingga ke akhirat.. p/s: menurut pak cik saya, "bersaudara jauh" lah kami melalui pernikahan ini."

Zizie Ezzette Honeymoon London & Pakai BMW Baru!

image KUALA LUMPUR - Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari ini.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 31, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Disember lalu setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod Suraya terbitan Zeel Production.

Dari Filipina, Zizie yang memegang watak Suraya dalam drama yang disiarkan di TV3 melalui slot Samarinda itu, meneruskan penerbangan ke Eropah.

Menurut sumber, selain bulan madu ke Eropah, Zizie juga menerima sebuah kereta mewah BMW Sport berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi) sebagai hadiah perkahwinan.

Sumber tersebut memberitahu, Zizie melangsungkan pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu apabila mengambil cuti dua hari daripada penggambaran pada 16 Disember lalu.

"Kami memang tidak diberitahu di mana pernikahan itu berlangsung dan bila. Tetapi Zizie ada memberitahu pihak produksi dia telah bernikah.



image "Sekembalinya bercuti dua hari itu, kami melihat Zizie memandu BMW Sport yang berharga RM280,000 ke lokasi," kata sumber berkenaan.

Selain berbulan madu ke Eropah dan kereta mewah sebagai hadiah perkahwinan, Zizie juga kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd.

Walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Zizie dikatakan akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Difahamkan sekembalinya dari berbulan madu, Zizie akan memasuki set penggambaran telemovie Azan terbitan Zeel Production.

Penggambaran itu dijangka mengambil masa 10 hari.

Azan yang akan ditayangkan di TV2 tahun depan akan diarahkan oleh Along Kamaluddin dengan lokasinya sekitar Kuala Lumpur.

Serina Berseri Bagaikan Puteri Di Majlis Merisik Dan Bertunang

Wajah Serina berseri-seri di pelamin majlis bertunangnya.

SERI wajah pengantin anak Chef Wan, Serina Redzuawan jelas terpancar di saat-saat akhir sebelum bergelar pengantin esok hari.

Dengan gaya lemah-lembut dan penuh sopan-santun, tidak sangka aktres jelita yang didandan bak puteri itu adalah Serina yang terkenal dengan gaya lasak dan selambanya.

Keayuan anak gadis tunggal chef selebriti itu dengan baju kebaya moden tona merah jambu muda rekaan Ashley membuatkan ramai mata yang tertumpu kepadanya saat dipanggil dalam majlis merisik dan bertunang yang telah disempurnakan pada tengahari tadi di The Royale Chulan.

Pelamin indah yang dihias dengan beberapa buah pasu bunga orkid berwarna putih, krim dan merah jambu lebih menampakkan kelainan dalam majlis yang bertemakan ‘taman orkid mini Serina’ itu.

Ibu Gavin, Christine O'luanaigh menyarungkan cincin kepada Serina sambil diperhatikan oleh Chef Wan dan bekas isterinya.

Menurut perunding majlis itu, Kem Salleh dari Kapas Couture, kira-kira 100 pasu orkid berwarna putih, krim dan merah jambu yang ditempah dari Johor dan Belanda.

Dalam majlis merisik yang penuh istiadat Melayu itu, Serina dengan sekelip mata saja sudah bergelar tunangan jejaka Irish berasal dari London, England, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

Majlis merisik itu diserikan dengan sesi berbalas pantun yang menceriakan lagi majlis itu.

Bakal pengantin perempuan diwakili oleh datuknya, Ismail Mohd Nor manakala pasangannya diwakili oleh Rahim Hashim.

Antara perkara yang mencuit hati, apabila datuk kepada Serina iaitu Ismail Mohd Nor membuka mulut.

“Zaman sekarang, kita kena tanya, tengok dan teliti dahulu apa yang patut kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari,” ujar Ismail yang dalam riak bersahaja meminta kebenaran untuk melihat cincin pertunangan Serina yang diberikan oleh Gavin.

Dalam nada bergurau, Ismail berkata, “Saya nak tengok cincin dahulu sama ada berlian atau tidak..”

Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, akhirnya pihak pengantin perempuan menetapkan wang hantaran sebanyak RM30,000, sebentuk cincin serba satu.

Selesai sudah kedua-dua majlis yang turut mendapat liputan dari Asian Food Channel (AFC) itu, kedua-dua belah pihak bertukar dulang-dulang hantaran sebagai tanda Serina dan Gavin telah selamat bertunang.

Liputan lima resepsi perkahwinan Serina termasuk majlis berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan persandingan akan disiarkan menerusi rancangan The Making of Chef Wan’s Daughters Wedding di AFC pada Februari depan.

Serina menerima lima dulang hantaran berupa kek cawan, persalinan sutera Thai, tepak sirih, cincin solitaire jenama Tiffany & Co., set wangian dan membalas Gavin dengan tujuh hantaran iaitu kek, tepak sirih, persalinan songket, set wangian, bunga rampai dan halwa betik.

Seramai hampir 200 tetamu yang hadir dalam majlis itu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan rakan-rakan terdekat Chef Wan seperti Chef Florence Tan, Chef Zaidah dan Chef Liza.

Kira-kira 10 orang ahli keluarga Gavin yang terdiri dari ibu dan bapa Gavin iaitu Brian O'luanaigh dan Christine O'luanaigh diterbangkan dari London, England untuk menyaksikan majlis merisik dan bertunang mengikut adat budaya Melayu.

Chef Wan berkata dia juga sempat menjemput 50 orang rakannya dari Paris, Islamabad, London, Sweden dan Amerika Syarikat.

Chef Wan berkata, dia sepatutnya menjemput 200 tetamu namun disebabkan terikat dengan penggambaran bersama AFC, jadi dia tidak sempat menghubungi semua tetamu termasuk saudara-maranya.

Sementara itu, Chef Wan mengesahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan merupakan antara VIP yang dijemput untuk majlis persandingan Serina dan Gavin pada 2 Januari ini.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput semua orang. Jadi, saya berharap sesiapa yang tidak dijemput dalam majlis perkahwinan Serina di Kuala Lumpur dapat hadir semasa majlis persandingan Serina di Sungai Koyan, Pahang pada hujung Januari ini atau awal Februari depan.

Selain Kem dari Kapas Couture, tiga perunding perkahwinan Serina termasuk Datuk Faridah Hashim, Datuk Linda Rahim dan Mahathir dari Butik Pengantin Nasha, Ipoh.

Duhai Si Pari Pari dongeng komedi



GAYATRI (kiri) dan Azmi bersama pelakon filem Duhai Si Pari Pari.

Filem yang dihasilkan pengarah baru ditayangkan di seluruh negara hari ini

DUHAI Si Pari Pari barangkali bukan filem untuk penonton dewasa. Mungkin penonton kanak-kanak menggemarinya kerana elemen komedi yang diselitkan pengarahnya Azmi Md Hatta dalam filem yang mula ditayangkan di panggung seluruh negara bermula hari ini.

Bercirikan kisah dongeng, sentuhan pertama Azmi sebagai seorang pengarah filem cereka dilihat kurang berjaya. Walaupun memiliki pengalaman mengarahkan telefilem, drama bersiri dan dokumentari namun ia belum cukup menjamin kemampuan Azmi apabila mengarahkan karya dalam bentuk layar lebar dengan tempoh tayangan yang panjang.

Namun, tidak adil menilai Azmi dari buah tangan sulungnya ini, kerana sebagai pengarah muda dia harus diberi peluang kerana percubaan pertama sering kali diumpamakan sebagai sebuah eksperimen.

Mujur pelakon yang diberikan watak dalam Duhai Si Pari Pari iaitu Que Haidar, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Remy Ishak dan Harun Salim Bachik masing-masing menghayati watak diberikan dengan baik. Mereka inilah yang menghidupkan filem yang terasa agak perlahan pergerakannya itu.

Walaupun komedi bukan ‘makanan’ Que, namun dia masih berjaya membawakan watak Syadon yang lurus bendul biarpun ada ketikanya kebodohan dan mimik muka pelik yang ditonjolkan dalam filem itu menimbulkan rasa meluat. Que cuba lari dari membawakan watak yang sama, watak antagonis atau lelaki yang memberontak. Biarpun mengakui malu membawakan watak Syadon di awal penggambaran, dia sedaya upaya mengenepikan rasa itu kerana mahu menjadi anak seni sebenar.

Liyana Jasmay dan Que Haidar.

“Pertama kali dapat tawaran ini terus terang saya menerimanya kerana wang. Kedua kerana saya mengenali krew yang terbabit dan juga kerana kepercayaan saya terhadap Tayangan Unggul. Saya tidak pernah terbayang diberikan watak sebegini, beberapa kali juga saya bertanya kepada diri sendiri bolehkah saya membawa watak komedi.

“Bagaimanapun akhirnya saya terfikir, sebagai pelakon saya kena serba boleh. Saya menerima tawaran ini pun kerana mahu menguji diri, mana arah lagi yang saya boleh pergi setelah sering kali diberikan karakter penuh emosi dalam filem yang terdahulu.

“Saya tak nafikan mula-mula dapat skrip, saya rasakan watak Syadon sangat susah. Dengan bantuan senior saya ketika menuntut di Akademi Seni Kebangsaan (ASK), saya berjaya juga menghayati watak Syadon.

“Selain itu, saya turut memerhati krew belakang tabir seperti sikap juru kamera dan penjaga wardrobe yang kemudian saya gunakan untuk membawakan watak Syadon. Seminggu pertama memang saya mengaku malu melihat diri sendiri, apakah penerimaan peminat terhadap persembahan saya tetapi lama-kelamaan saya semakin dapat menerima hakikat itu,” katanya.

Sentuhan sulung pengalaman buat Azmi

AZMI mempunyai alasan sendiri memilih kisah dongeng sebagai pertaruhan pertamanya. Alasannya kisah yang mempunyai sedikit versi Aladin dan beberapa cerita dongeng lain itu mesra kepada peminat filem tempatan. Sokongan yang diberikan Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai memberi kekuatan kepadanya untuk menghasilkan Duhai Si Pari Pari.

“Filem ini banyak mengajar saya mengenai dunia pengarahan, bagaimana mengawal artis dan banyak lagi. Apabila diberi peluang ini, barulah saya tahu mengarah filem dan drama amat berbeza kerana filem membabitkan ‘set-up’ yang besar. Bagaimanapun dengan komitmen yang ditunjukkan barisan pelakon dan tenaga kerja yang lain, sedikit sebanyak membantu meringankan kerja saya.

“Saya mengaku pada mulanya saya sendiri tidak mempunyai keyakinan mengarahkan Duhai Si Pari-Pari, tetapi Gaya banyak meniupkan semangat dan kerana dia filem ini dapat direalisasikan.

“Saya tahu ini adalah sentuhan sulung, jadi saya berharap masyarakat akan terima filem ini sebagai satu hiburan,” katanya.

Sementara itu, Gayatri pula berkata, Tayangan Unggul menerbitkan sebuah filem berunsur dongeng kerana syarikatnya tidak pernah menghasilkan filem bergenre sedemikian setelah banyak menerbitkan filem membabitkan isu sosial dan berat. Gayatri juga berkata, mungkin golongan dewasa agak sukar menerima filem ini tetapi katanya kanak-kanak akan menyukai dengan adanya watak Liyana sebagai pari-pari.

“Filem ini lebih menjurus kepada remaja, saya yakin filem komedi seperti ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Lagipun ini filem ringan, jalan ceritanya juga menarik yang memudahkan penonton memahaminya,” katanya.

Bukan saja Que yang malu dengan watak Syadon, Nabila Huda yang membawakan watak Mala seorang wanita kaki kikis juga malu melihat wajahnya dalam filem berkenaan. Seperti Que, Nabila juga berjaya membawakan watak Mala, seorang wanita penggoda yang jahat. Watak berkenaan ditangani dengan baik oleh Nabila, malah lakonan-lakonannya jarang mengecewakan cuma nasib Nabila untuk menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik masih belum lagi berpihak kepadanya.

Sinopsis

SYADON merasakan kehidupan sempurna dengan kehadiran Mala . Pada satu hari, Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut seorang penjahat bernama Budi. Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya tanpa mengetahui mereka sebenarnya berpakat menipunya.

Syadon dipukul oleh Budi di lorong gelap. Setelah tersedar, Mala dan keretanya hilang. Di depan matanya hanya ada sebuah teko keemasan, lalu dia membawa teko itu pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis bernama Pari tidur di sebelahnya. Pari menerangkan yang dia sedang mencari kekasih.

Bapa Pari pula kurang bersetuju dengan pilihan hati anaknya kerana Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita tetapi dia berkeras mahukan Syadon. Bapa Pari kemudian memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya itu.

Tak perlu nak sombong


Nur Izzati

Nur Izzati, calon ABPBH2009 tak malu mengaku pernah asah bakat di kenduri kahwin dan konsert 'fun fair'

BIARPUN bakat nyanyiannya mula diasah dari majlis perkahwinan, namun bagi bakat dalam dunia seni suara, Nur Izzati Mohd Rashid, 16 boleh berbangga apabila nama kecilnya turut tersenarai pada pencalonan awal di dalam penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009).

Siapa menyangka, jika bukan kerana usaha giatnya menimba pengalaman sejak berusia enam tahun, lagu miliknya sendiri berjudul Bukan Sombong tidak akan berjaya dihasilkan sekali gus melayakkan dia untuk di calonkan di dalam ABPBH2009.

“Bersyukur saya kepada tuhan kerana bukan mudah melepasi beberapa tangga untuk membolehkan saya menghasilkan single pertama. Sebaik single siap dan mula dimainkan di radio, sekali lagi perkhabaran gembira diterima sebaik menyelak akhbar ini, nama saya turut di calonkan di dalam ABPBH2009.

“Memang saya tidak menyangka sangat dapat duduk bersama barisan nama-nama yang besar dalam dunia seni ini biarpun hanya untuk pencalonan awal, Kalau mengikut logiknya adalah terlalu jauh untuk saya tersenarai dalam top5, namun itu bukan terlalu penting sangat bagi saya buat masa ini.

“Bagi saya biarlah menimba lebih banyak ilmu lagi dalam bidang muzik ini sebelum mengharap sesuatu penghargaan yang besar untuk diri saya,” katanya berterima kasih kepada penganjur ABPBH2009 kerana mengesan namanya di dalam industri seni ini.

Nur Izzati atau mahu dikenali sebagai Zzati adalah bakat generasi baru yang bertuah disebabkan pengalaman yang ditimba bukannya dari mana-mana program realiti yang dianggap sebagai jalan pintas untuk bergelar penyanyi, tetapi bagaikan merangkak mengikut tangga seperti mana yang turut dilalui oleh kebanyakan penyanyi yang sudah dianggap lagenda hari ini.

“Saya bertuah kerana dapat merasai pengalaman yang berbeza ketika mula-mula menceburi bidang ini. Tidak malu saya katakan yang saya bermula di majlis rumah orang kahwin. Dari situ saya mengumpul keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, ayah membuka laluan kepada saya dengan tujuan untuk memberi pendedahan sebagai penyanyi. Kebetulan ayah saya kenal dengan pengusaha pesta ria (fun fair), jadi dari situ juga saya banyak belajar memberanikan diri dan mengeluarkan segala bakat seni yang saya ada.

“Bagi saya menyanyi di fun fair adalah satu tanggungjawab besar kerana kebanyakan pengunjung yang menyaksikan persembahan kita dikenakan bayaran. Saya harus memberi persembahan yang terbaik melebihi kadar bayaran yang mereka buat.

“Memang berbeza jika kita menyanyi di hadapan penonton yang masuk secara percuma seperti yang banyak dilakukan hari ini. Walaupun kita masih diberikan token, namun kepuasannya tetap kepada persembahan yang berbayar seperti di fun fair,” katanya yang hadir di Balai Berita ditemani bapa, Rashid Chekman, 43 selaku pengurus merangkap juru solek Zzati.

Pertandingan Metro Idol anjuran akhbar Harian Metro di Karnival Jomheboh, Kuantan, Pahang tahun lalu menjadi `pembuka laluan' buat Zzati bergelar penyanyi hari ini. Dia yang muncul sebagai juara, akui bertuah mendapat sokongan daripada bapanya yang turut bertanggungjawab menyediakan jadual belajar dan kerjayanya.

“Segala jadual disusun oleh ayah, baik waktu belajar mahupun tawaran menyanyi di serata negara. Tidak bererti saya dikongkong oleh ayah tetapi ia adalah tanggungjawab ayah terhadap anaknya. Sudah tentu saya pun tidak mahu abaikan pelajaran walaupun mahu berjaya dalam nyanyian.

“Tambahan pula saya masih bersekolah dan tidak manis kalau terlalu bebas tanpa ditemani ahli keluarga ketika membuat persembahan di mana-mana.

“Dari kecil, saya memang suka pegang mikrofon, ini kerana ayah saya mempunyai beberapa studio jamming yang dibukanya sejak dia muda lagi. Ayah juga menamakan studionya dengan nama Zzati Studio sempena nama saya dan single saya turut dilabel di bawah naungan syarikat keluarga, Zzati Musical Entertainment,” katanya yang ingin mengurangkan sikit aktiviti nyanyian tahun 2010 kerana ingin menumpukan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Sementara itu, Zzati turut menyediakan laman sesawang khas untuk peminatnya yang ingin mengetahui perkembang seninya. Mereka boleh melayari laman www.myspace.com/zzati atau www.2crank.com/NurIzzati atau boleh menghubungi 017-9777191 (pengurusan).

Info Zzati

Nama: Nur Izzati Mohd Rashid

Asal: Bandar Jengka, Pahang

Tarikh Lahir: 3 September 1993

Umur: 16 tahun

Single: Bukan Sombong

Adik-Beradik: Anak sulong daripada dua beradik

Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Jengka II, Pahang

Pengalaman: Juara Pertandingan Karaoke Metro Idol di Padang MPK 2, Kuantan, 2008

: Juara Pertandingan Karaoke System Comunication Multimedia Malaysia (SKMM), 2007