Saturday, October 30, 2010

Sejauh mana keberanian karyawan kita?

Tema Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke-23 baru-baru, berhasrat mengangkat filem Malaysia ke persada dunia. Jika dilihat ia bukan omongan kosong tetapi merupakan pemangkin semangat untuk industri perfileman bergerak ke hadapan.

Bukan sahaja menguasai negara Asia tetapi menakluki dunia adalah sasaran utama. Tidak hanya hasrat FFM untuk menakluki dunia diragui, malah banyak juga pihak yang menggeleng kepala apabila senarai pemenang FFM kali ini seperti ada yang tidak kena. Tinggalkan sahaja keraguan itu kerana yang menang sudah terima habuannya dan yang kalah pula harus terus bersemangat untuk memberi saingan pada FFM akan datang.

Apakah sebenarnya formula untuk mempertingkatkan lagi mutu setiap karya filem tempatan agar ia boleh diterima tanpa banyak rungutan. Apa pula ramuannya untuk menjulang filem tempatan ini di mata dunia? Cukupkah sekadar bergantung pada penulisan skrip sahaja atau kegigihan pengarah untuk mewarnai skrip yang diberikan. Atau isi skrip itu sendiri, di mana pelakon-pelakon yang diberi tanggungjawab untuk merealisasikan kehendak cerita?

Namun, yang menjadi persoalan, sejauh mana karyawan-karyawan Malaysia ini berani menyahut cabaran membawa filem Malaysia ke persada dunia? Menghasilkan karya yang agak klise adalah langkah selamat untuk mengaut keuntungan. Ada juga karyawan kita yang bercita-cita tinggi, tetapi terhenti dek kerana masalah kewangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: