Friday, October 29, 2010

Puteri Mardiana sedia tamatkan zaman janda



Tidak lama dahulu nama Puteri Mardiana Zainal Abidin, 29, pernah menjadi panas dengan berita perceraian dan sedikit kontroversi yang pernah mengaitkannya dengan orang kenamaan.

Namun cerita itu bagai hilang di bawa angin lalu dan kini wanita yang mesra disapa Nina ini mengakui pintu hatinya diketuk seseorang. Jejaka bertuah itu merupakan bekas teman sekolejnya yang sudah terpisah hampir 10 tahun.

Nina mengakui hubungan yang terjalin semenjak enam bulan lalu itu masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Ketika itu Nina sedang berjalan di hadapan restoran NZ Kafe berhampiran KLCC. Tiba-tiba Nina dengar nama di panggil. Bila si dia kenalkan diri barulah Nina ingat.

“Sebenarnya kami sama-sama pernah menyimpan perasaan antara satu sama lain ketika belajar dahulu. Namun semua itu berakhir begitu sahaja kerana masing-masing mempunyai pasangan.

“Namun kini bila balik kami tiada masalah untuk berkawan rapat,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Takut Bini Sayang Suami di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Menurut Nina, buat masa ini dia masih belum memikirkan untuk berumah tangga tetapi mengaku tidak serik untuk berumah tangga kembali.

“Ia soal jodoh, jika sudah tertulis Nina akan berkahwin lagi, siapa Nina untuk menolak. Tapi buat masa ini Nina tidak berani bercakap berlebih-lebih. Apa-apa boleh jadi, jika sudah sampai masanya untuk berkahwin, Nina tiada masalah untuk berkongsi berita gembira itu,” katanya.

Sementara itu wanita kelahiran Kuala Lumpur itu lebat didatangi tawaran demi tawaran. Menyaksikan lakonannya menerusi Santau, tidak sia-sia ibu kepada tiga cahaya mata, Alia Wirdani, 7, Amir Firman, 5, Airell Zuhair, 4, itu terjun ke bidang lakonan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: