Monday, July 11, 2011

Peniaga mahu saman Ambiga, dakwa rugi RM100 juta


MOHD. RIDZUAN (dua dari kiri) bertanya khabar seorang peniaga di sekitar Arked Masjid Jamek selepas sidang akhbar di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga.

“Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga.

“Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: