Sunday, July 31, 2011

Tuah orang jawa'

Mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik nama Abon bermaksud ‘daging dendeng’ dalam bahasa Indonesia. Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang buat pemilik nama sebenar, Shahrizan Ahmad, untuk terus mengguna nama itu. Bagi Abon, nama itu banyak membawa tuah dalam kehidupannya. Terkenal dengan identiti 'jawa', sehingga kini, 'otai lawak' ini masih laku, meskipun industri dipenuhi lambakan muka baru.

Walaupun industri berhadapan dengan lambakan muka-muka baru, situasi ini tidak menjadi penghalang bagi pelawak otai, Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad, 51, untuk meneruskan karier.

Malah, anak jati Alor Gajah, Melaka, ini, tidak gentar bersaing dengan muka-muka baru yang ada. Bagi Abon, kebanyakan mereka masih belum cukup berkualiti dan masih mencari-cari identiti sendiri.

“Kebanyakan mereka, hanya membuat persembahan ikut suka saja tanpa memikirkan impak yang bakal diterima selepas itu.

“Saya pernah memberi teguran berbentuk nasihat kepada salah seorang daripada mereka agar tidak terlalu selesa menghasilkan lawak yang hanya membuatkan orang ketawa tetapi tidak mempunyai mesej berguna.

“Sebagai pelawak, saya turut terpalit dan malu dengan lawak yang mereka hasilkan. Ada kalanya tidak sesuai untuk kanak-kanak, misalnya lawak double meaning yang selalu digunakan mereka untuk berlawak,” katanya yang terkenal dengan identiti jawa. Abon berkata, pelawak baru seharusnya menimba ilmu dan membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat persembahan agar ia tidak menimbulkan isu, seterusnya menjadi pertikaian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: