Monday, July 11, 2011

Gadis tertekan panjat bumbung


DUA anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang gadis dari atas bumbung di sebuah rumah di Machang, Kelantan semalam.


MACHANG – Seorang gadis yang dipercayai mengalami tekanan perasaan terpaksa dipujuk selama 10 hingga 15 minit supaya turun dari bumbung rumah di Jalan Bahagia dekat sini semalam.

Gadis berusia 21 tahun itu, dikesan berada di atas bumbung rumahnya pada pukul 11 pagi oleh orang ramai yang terkejut melihat mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 pagi dan tiba di tempat kejadian empat minit selepas panggilan.

Menurut beliau, operasi yang diketuai oleh Che Zamri Che Ya bersama enam anggota dan satu jentera mengambil masa 44 minit untuk membawa turun gadis itu yang tidak bertindak agresif.

1 comment:

  1. Salam. saya abang budak ni. ini bukan kes tertekan, tetapi kes kemasukan jin semasa budak tu belajar di mesir. belum habis studi, terpaksa di bawa balik atas nasihat JPA utk berubat. sebelum ni dia ok dan studi dia pun ok. kasihan famili terpaksa hadapi macam2 karenah jin yang merasuk dia. Doakan ramai2 supaya dia sembuh, Insya Allah. Terima kasih.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: