Friday, December 26, 2008

Misteri Nusantara kembali


PENGACARA Misteri Nusantara, Zainal Ariffin Ismail.


ANGAN biarkan hidup anda diselubungi misteri." Tagline popular menerusi rancangan Misteri Nusantara itu sudah cukup membuktikan kehadiran rancangan tersebut meninggalkan impak yang cukup besar.

Mula bersiaran pada tahun 2003 dengan mencatatkan rating sebanyak 3.11 juta penonton, kini rancangan popular itu kembali dengan musim baru yang sudah pun ditayangkan sejak 19 Disember lalu di TV3 setiap hari Jumaat bermula pukul 9.30 malam.

Untuk musim terbaru ini, Misteri Nusantara cuba merungkai kisah misteri yang berlegar sekitar Malaysia dan Indonesia yang pastinya akan menjawab segala persoalan yang berlegar di fikiran penonton.

Antara kisah aneh dan misteri yang ditampilkan dalam Misteri Nusantara terbaru ini adalah kisah tentang pelbagai santau dan cara penyembuhannya yang terdapat di Malaysia dan juga Indonesia seperti santet tanah seberang, santau angin, santau grik dan santau Iban.

Bukan itu sahaja, kisah misteri yang berlaku di sebuah banglo lama yang terletak di utara semenanjung yang didiami ribuan tebuan yang dikatakan merupakan satu jelmaan makhluk halus.

Lebih menarik lagi, Misteri Nusantara juga memaparkan kisah misteri di sebalik pembinaan Penjara Pudu yang berbentuk X dan menyerupai penjara Kandy Bogambia di Afrika. Bukan itu sahaja, turut diselitkan kisah misteri yang tersimpan rapi dalam penjara tertua ini sejak ditinggalkan beberapa tahun lalu.

Begitu juga dengan perkara aneh yang terjadi di sebuah masjid di pinggir Kota Jakarta yang dikenali sebagai Masjid Pintu Seribu. Bagi sesiapa yang belum pernah memasuki masjid berkenaan, sememangnya dilarang masuk tanpa juru pandu kerana dikhuatiri akan tersesat memandangkan ia mempunyai banyak pintu.

Bukan itu sahaja, dikatakan di dalam masjid ini juga terdapat sebuah kolam misteri yang kononnya tidak pernah kering meskipun airnya diguna ribuan orang.

Untuk mengetahui lebih banyak kisah misteri yang tidak pernah terjangkau oleh akal kita, jangan lupa untuk menyaksikan Misteri Nusantara yang pastinya akan menyelubungi setiap malam Jumaat anda

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: