Tuesday, December 30, 2008

Berita Cerai Gemparkan Peminat


MELIHAT senario artis bercerai sepanjang 2008 cukup menakutkan. Dihitung secara keseluruhan hampir 18 artis tidak kira pelakon, penyanyi mahupun pengacara televisyen disahkan berpisah dengan pasangan masing-masing atau permohonan mereka masih dibicarakan di mahkamah syariah.

Lebih menyedihkan perkahwinan pasangan artis ini ada antaranya tidak sampai setahun pun usianya. Hal ini menimbulkan persoalan apakah benar hidup bersama orang popular tidak akan menjanjikan kebahagiaan atau perceraian mereka ini menjadi gambaran kepada masalah semakin meruncing dalam institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat tempatan sekarang?

Untuk menyenaraikan satu persatu perceraian artis yang berlaku dalam ruangan ini sepanjang 2008 mungkin tidak mencukupi kerana jumlah mereka terbabit terlalu ramai.

Untuk itu Rap menyenaraikan 10 perceraian artis mengikut susunan berdasarkan peristiwa yang dianggap mampu memberikan pengajaran kepada semua. Malah ada kes perceraian membabitkan artis ini agak pelik dan tidak kurang kontroversinya, terutama membabitkan punca ia berlaku.

Pastinya sepanjang 2008, perceraian antara dua pelakon popular Mohamed Norhakim Zaidon, 32, atau

Norman Hakim dan Arbaiyah Abdul Manan, 30, atau Abby Abadi paling menjadi perhatian kerana ia berlaku penuh drama dan puncanya pula agak mengaibkan.

Segalanya bermula apabila Norman ditangkap basah bersama pelakon muda, Memey Suhaiza, 20, yang juga anak saudara dramatis Darling Ngasri.

Bagaimanapun, kes itu belum dibicarakan di mahkamah.

Dalam diam masalah rumah tangga Norman dan Abby sebenarnya sudah berlanjutan sebelum ini apabila pelakon utama filem dan drama Pasrah itu dilaporkan tidak pulang ke rumah hampir lapan bulan. Malah sewaktu Abby melahirkan anak ketiga mereka, Norman tiada di sisi.

Norman turut dikatakan sudah lama menjalinkan hubungan dengan Memey tanpa pengetahuan Abby dan beberapa hari selepas mereka ditangkap basah, Abby mohon cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Ia disahkan 18 Disember lalu selepas Norman melafazkan cerai terhadap Abby di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammed.

Adik Selebriti Bercium Sakan

TAK SABAR rasanya bila menanti 2009. Maklumlah, jika dah sampai tahun baru, macam-macamlah azam yang Marilyn inginkan.

Dan mana-mana impian tahun ini yang tidak sempat dicapai, Marilyn tolaklah ke tahun seterusnya.

Sebenarnya, Marilyn bukanlah nak mengomel berjela-jela perihal pembukaan tirai 2009, sebaliknya Marilyn sekadar nak meluahkan rasa terkejut badak apabila menerima e-mel daripada teman baik Marilyn yang sedang belajar di luar negara.

Mati-mati ingatkan dia hantar gosip-gosip selebriti yang ada di negara yang sedang dia belajar, rupa-rupanya dia menghantar

satu gambar yang boleh membuatkan Marilyn terkesima seketika.

Marilyn diberi foto seorang gadis Melayu yang bercium mulut dengan teman lelakinya. Tertanya-tanyalah juga siapa empunya diri itu.

Belek punya belek, rupa-rupanya gadis itu merupakan adik kepada selebriti popular yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Aduh, macam mana boleh jadi begini adik oi. Dah tahu kakak awak tu dikenali ramai, maka janganlah hendak buat perkara yang boleh memalukan diri dan keluarga.

Jangan ingat awak tu berada nun jauh di negara orang, awak boleh buat sesuka hati tanpa mempedulikan batasan sebagai muslim dan melupakan nilai-nilai ketimuran.

Hmm.. Tapi tak sangka juga teman Marilyn di luar negara turut mengikuti perkembangan gosip-gosip terkini artis tempatan.




Marilyn: Terasa mahu membuat sedikit perubahan diri sempena tahun baru.

Nak Jadi Orang Baru




KISAH hangat tentang selebriti tinggi lampai Linda Onn nampaknya masih lagi belum reda. Ada sahaja kisah mengenai dirinya yang tercalit di dada-dada akhbar, tidak kira cerita manis mahupun pahit.

Baru sahaja bernafas di 'rumah' baru pada 15 Disember lalu di Sinar FM, datang pula ura-ura yang mengatakan Linda Onn mungkin akan 'terbang' ke stesen radio pesaing Hot FM.

Benar, tidak mustahil jika suatu hari nanti deejay ini mahu beralih arah memandangkan jiwanya lebih pada muzik-muzik terkini.

Apalagi bila menceritakan tentang deejay yang sering bertukar-tukar arah, ia mungkin suatu perkara yang normal.

Bertanyakan hal ini kepada Linda, dia tidak mengiya atau menafikan. Dia lantas mengakui telah menerima tawaran daripada beberapa stesen radio.

"Benar, Hot FM pernah melamar saya. Tapi itu dahulu. Bukan Hot FM saja, ada lagi beberapa stesen radio yang juga menawarkan saya menjadi deejay mereka.

"Semua tawaran itu saya tolak kerana begitu sayangkan Era. Maklumlah, dah 10 tahun saya bersama Era. Jatuh dan bangun Era, saya ada di situ.

"Tapi buat masa ini, tiada sebarang tawaran yang saya terima," tuturnya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular (ABP) 2009 baru-baru ini.

Bagaimanapun, jika kali ini peluangnya lebih kepada stesen radio lain, Linda mungkin tidak akan menolak. Baginya, rezeki berada di mana-mana dan untuk mendapat rezeki yang lebih, tidak salah jika wanita ini cuba untuk beralih arah sekali lagi.

"Rezeki ada di mana-mana. Jika peluang saya lebih besar di stesen-stesen radio yang melamar saya, kenapa tidak? Insya-Allah, kalau rezeki saya di situ, di situlah ia," ujar wanita yang berusia 31 tahun ini.

Sedih tinggalkan Era

Memang benar, Linda berasa agak sedih bila meninggalkan radio Era dalam sekelip mata. Manakan tidak, mahu mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar Era pun tidak kesampaian.




Namun, itu tidak bermakna Linda membenci Sinar FM. Secalit pun tidak. Cuma dia gusar, andai dirinya tidak mampu untuk menarik perhatian pendengar Sinar FM.

"Saya tak menidakkan kewibawaan Sinar FM, cuma saya bimbang diri saya tidak berwibawa untuk menaikkan Sinar FM. Apa yang saya harapkan sekarang ini agar peminat-peminat Sinar FM dapat menerima kehadiran saya.

"Berkenaan dengan kesedihan saya meninggalkan Era, siapa tidak sedih kalau sejak tahun 1997 saya sudah bersama dengan radio itu?

"Bila mana-mana deejay yang akan meninggalkan Era, mereka pasti akan diberikan slot untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar-pendengar setia mereka.

"Tapi, saya langsung tidak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal pada peminat-peminat," jelasnya.

Agak mengejutkan, ketika Linda mula beralih ke Sinar FM, dia tidak menyangka sama sekali ada segelintir peminatnya juga beralih arah dengan mendengar Sinar FM pula.

"Berita itu sangat menggembirakan saya. Pada masa yang sama, saya terharu kerana peminat sanggup berubah mendengar stesen radio lain semata-mata mahu mendengar saya berceloteh. Itu satu penghargaan buat diri saya.

"Sekarang saya ambil perkara ini sebagai satu benda yang positif. Saya masih jadi diri saya ketika di konti. Bila saya sedang bersiaran dan bercakap dengan pendengar, saya lupa seketika di mana saya berada," katanya yang mengelolakan slot Sinar Petang dari pukul dua hingga enam petang.


"LINDA tidak sangka ada lagi dugaan yang lebih besar selepas insiden enggan muncul di karpet merah Anugerah Academy di Hollywood. "


Selain itu, dengan tekad mahu menimba ilmu tentang lagu-lagu retro, menurut Linda, ibunya sendiri kini bertindak sebagai 'guru' muzik retro buat dirinya. Malah, rakan-rakannya yang gemar lagu-lagu retro juga membantu Linda dalam menambahkan ilmu pengetahuannya mengenai genre muzik berkenaan.

Justeru, adakah Linda sebenarnya sudah sedia berhijrah dari segi fizikal dan mental ketika mula-mula bersiaran di Sinar FM?

"Hari pertama, tidak. Saya kabur. Sampai tersasul-sasul saya bercakap. Hari kedua, pendengar mula menelefon saya, sedikit sebanyak mereka menaikkan semangat saya untuk bekerja. Hari ketiga, saya dah mula selesa sedikit.

"Biasalah, bila beralih secara drastik, rasa kejutan tu ada. Saya jadi diri sendiri dan macam biasa kita kena profesional. Saya rasa, sebulan dua nanti, saya boleh sesuaikan diri.

"Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi saya sedang berusaha untuk mengenali Sinar FM untuk mencintai radio ini. Cuma saya masih tak pasti lagi hala tuju saya," akuinya.

Buang keruh 2008

Tahun 2008, bagi Linda, memberikan pelbagai cabaran dan dugaan besar kepadanya. Seolah-olah ada sahaja yang tidak kena dengannya.

Apalagi bila kontroversi tentang putusnya hubungan cinta antaranya dengan aktor Fahrin Ahmad. Sejak putus cinta, semua pihak mencarinya untuk mendapat kesahihan berita ditambah pula sebelum ini Linda hanya mengaku mereka sekadar 'teman tapi mesra'.


"HUBUNGAN 'putus cinta' antaranya dengan Fahrin kecoh diperkatakan pada 2008. "


Selepas putus cinta, mereka dipertemukan dalam program realiti TV Sehati Berdansa dan timbul pula isu bila hampir semua orang di studio rakaman menyaksikan 'drama' Fahrin menengking Linda.

Paling menyedihkan wanita ini apabila tanpa sebarang perancangan, dirinya terus ditukarkan dari radio kesayangannya, Era, dan dimasukkan pula ke Sinar FM.

"Terus terang saya bagi tahu, saya tak kuat untuk mengharungi semua ini. Saya sering menangis bersendirian dan kadangkala rasa bagai nak gila.

"Sampaikan pada satu tahap saya tak tahu nak buat apa-apa. Saya runsing. Cuma satu saja, mak dan ayah serta teman-teman rapat saya yang menjadi pakar psikologi saya.

"Merekalah yang memberi nasihat. Kadang-kadang saya juga minta nasihat daripada Profesor Datuk Dr. Fadzilah Kamsah," ujarnya.

Tambah Linda, dirinya seolah-olah tahu masalah demi masalah akan berlaku kepadanya sejak isu enggan muncul pada acara karpet merah Anugerah Academy di Hollywood pada 26 Februari tahun lalu disebabkan tidak mahu memakai pakaian rekaan Radzwan Radziwil atas alasan ia agak terdedah.

"Waktu itu, memang saya rasa isu ini adalah satu dugaan paling besar yang pernah saya hadapi. Tapi sebenarnya tidak.

"Saya tak sangka ada lagi yang lebih besar menanti saya. Tahun 2009, saya harapkan sinar baru dari segala sudut, sama ada peribadi mahupun kerjaya.

"Apa yang sakit pada tahun 2008, saya tak mahu pandang. kalau ada media yang tanya perkara-perkara yang pernah berlaku pada tahun ini, saya tidak akan jawab lagi. Cukuplah. Saya nak jadi orang baru dan mahukan hidup baru," katanya.

Monday, December 29, 2008

Kontroversi Meletup

Bak bahang di Gurun Sahara! Begitulah yang boleh diibaratkan perjalanan dunia hiburan sepanjang tahun 2008 ini. Panas, gelora, suka dan duka bergerak seiring. Tahun 2008 menyaksikan macam- macam kes yang tidak diduga berlaku.

Kalau pada tahun lalu mulut celupar Rosnah Mat Aris yang memberi kenyataan sensitif mengenai Rasulullah dianggap paling kontroversi, tetapi tahun ini peristiwa tangkap khalwat Norman Hakim dengan Memey Suhaiza antara peristiwa begitu menggemparkan.

Ia termasuk juga kejadian tuntutan cerai Erema keatas Seri Bayu serta 'drama' apabila Syamsul Yusof didakwa menumbuk kekasihnya Diana Danielle.

l Norman ditangkap khalwat

Pada pagi 30 Oktober lalu, Norman atau namanya Mohamad Norhakim Zaidon, 32, ditangkap berkhalwat dengan pelakon baru Memey Suhaiza Suhaimi, 20.

Mereka ditangkap di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor.

Gara-gara kes itu, Abby Abadi, 31, membuat tuntutan fasakh keatas Norman pada 3 November tetapi permohonan tidak dapat diproses kerana Abby tidak mengemukakan dokumen lengkap.

Kerana naik angin dengan perbuatan Norman itu, Abby telah menyerangnya ketika penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. "Serangan" itu turut disertai wartawan hiburan tempatan.

Suami isteri itu akhirnya berpisah apabila Norman menceraikan Abby dengan talak satu pada 19 Disember lalu. Ini merupakan talak kedua kerana sebelum ini mereka pernah bercerai pada 5 Mei 2006 tetapi rujuk semula pada 11 Mei tahun yang sama.

Bagaimanapun ketika kes mereka masih panas, Abby dikatakan berkawan dengan Zulkifli Ariffin seorang pelakon baru tetapi Abby menafikan lelaki itu kekasihnya.

l Beego - Intan hanya bahagia empat bulan

Perkahwinan pelakon Beego atau Mohamad Aszerul Nizam, 28, dengan Intan Shahira Mohd. Shahru, 27, menimbulkan kontroversi apabila pelakon itu memfailkan tuntutan nusyuz (derhaka) terhadap isterinya pada 22 Februari lalu.

Mereka berkahwin pada 28 Disember tahun lalu tapi hanya bahagia selama empat bulan sahaja.

Intan ketika memberi keterangan di mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mendakwa terpaksa membuat pinjaman bank RM30,000 sebagai wang hantaran dirinya selain membiayai perbelanjaan pihak lelaki.

l Nora Danish bercerai ketika mengandung

Agak sedih apabila rumah tangga pelakon Nora Danish, 26, yang dikatakan goyang akibat gangguan pihak ketiga tidak dapat diselamatkan. Nora terpaksa membuat keputusan untuk berpisah dengan Rizal Ashram Ramli, anak bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menerima lafaz cerai Rizal yang dibuatnya melalui SMS kepada Nora berbunyi "I ceraikan you." Mereka bernikah pada 20 Jun 2006.

l Bahana Faizal buka baju

Tahun 2008 dibuka dengan insiden memalukan apabila Faizal Tahir tergamak membuka baju ketika membuat persembahan pada 13 Januari semasa konsert ulang tahun keempat stesen 8TV. Gara- gara bahana insiden itu, 8TV tidak dibenarkan membuat siaran langsung berbentuk hiburan selama tiga bulan. Faizal pula dihukum dengan melakukan kerja-kerja amal

l Jodoh Noraniza tak panjang

Penyanyi Noraniza Idris yang bercerai dengan Fareez pada Mei 2006 mengesahkan berkahwin dengan seorang usahawan dari utara pada Februari lalu dalam satu majlis tertutup.

Tapi sayang tup-tup Noraniza mengesahkan jodohnya dengan lelaki tersebut tidak panjang apabila mereka terpaksa berpisah pada September lalu. Fareez pula selamat mendirikan rumah tangga dengan Mazlin Abdul Samad,24, Jumaat lalu.

l Aziz Satar merajuk

Pelakon Datuk Aziz Sattar meletakkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Artis Veteran di dalam Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) kerana tidak berpuas hati dengan Presidennya, Freddie Fernandez yang dianggap gagal menerajui persatuan tersebut.

Perletakan jawatan itu dikatakan kerana Pak Aziz kecil hati apabila Karyawan didakwa mengungkit menaja majlis kahwin pelakon veteran tersebut dengan Hashimah Delan. Pak Aziz turut membuat laporan polis kononnya Karyawan telah menyeleweng dana persatuan sebanyak RM200,000.

Dalam masa sama Pak Aziz turut terkilan apabila penyanyi Azizul Khamis dikatakan mengeluarkan perkataan nyanyuk kepadanya. Rupanya ia sekadar salah faham dan mereka sudah bermaafmaafan selepas insiden itu.

l Rita Rudiani nikah di Thailand

Kecoh apabila pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, disahkan bernikah dengan pemain pertahanan skud kebangsaan, Aidil Zafuan Radzak, 21, di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu. Mereka bernikah sorok-sorok iaitu tanpa pengetahuan keluarga.

Pengesahan itu dibuat oleh bapa Aidil, Abdul Radzak Salleh,59, yang terkejut dengan berita tersebut. Rita yang sedang mengandung hampir dua bulan akhirnya membuat kenyataan semalam mengapa mereka menyembunyikan perkahwinan itu.

l Rosnah nikah orang muda

Pelakon sensasi, Rosnah Mat Aris, 53, membuat satu lagi berita gempar apabila bernikah dengan Tajul Efendie Isa, 27, pada 13 November lalu.

Yang menjadi kecoh kes ini apabila Rosnah pada mulanya tidak mengaku berkahwin tetapi membuat kenyataan sebaliknya didalam sebuah akhbar tabloid tidak lama kemudian

Mereka bernikah di Masjid Seri Gombak, Kuala Lumpur.

l Tiada cinta Erema - Seri Bayu

Penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema, 25, sudah tidak mampu lagi untuk menjaga suaminya penulis lirik, Seri Bayu atau Jamaluddin Sulik, 43, yang menghidap penyakit saraf. Erema memohon cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 1 Disember lalu tetapi kes terpaksa disebut semula pada 12 Januari depan bagi membolehkan kedua mereka melantik peguam.

Seri Bayu mendakwa dia yang tidak boleh bergerak itu sering dipukul Erema sebaliknya wanita tersebut menafikan melakukan perbuatan sedemikian. Mereka bernikah pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.

l Syamsul didakwa tumbuk Diana

Cinta yang tidak kesampaian selepas tiga tahun berkawan. Pengarah Syamsul Yusof, 24, dan Diana Danielle Danny Beeson, 17, putus cinta juga akhirnya.

Puncanya mereka dikatakan bergaduh pada malam 26 November lalu akibat cemburu. Kerana tidak tahan sabar, Syamsul didakwa menolak kekasihnya itu sehingga jatuh di muka pintu. Diana mendakwa dia ditumbuk Syamsul sebanyak lima kali mengakibatkan bengkak sebelah kiri kepalanya.

l Fahrin tengking Linda

Kalau sebelum ini Linda mencipta kontroversi kerana menarik diri menjadi pengacara acara karpet merah Academy Award di Los Angeles tetapi tahun ini lain pula kesnya apabila Fahrin dikatakan menengking Linda.

Kejadian berlaku pada November lalu semasa raptai rancangan Sehati Berdansa. Linda didakwa mengeluarkan perkataan yang tidak digemari Fahrin menyebabkan pelakon lelaki itu terpaksa meninggi suara terhadapnya.

Akibat banyak sangat kisah sensasi Linda, penyampai radio Era itu dikatakan terpaksa ditukar ke stesen Sinar FM pada 15 Disember lalu.

l Shah Rukh Khan dapat Datuk

Walau apa juga kritikan, kerajaan Melaka tetap dengan pendirian untuk mengurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan. Pingat itu disampaikan pada 6 Disember lalu.

Pengurniaan darjah itu menimbulkan tidak puas hati beberapa persatuan artis yang menyifatkan pelakon itu tidak layak mendapat gelaran sedemikian.

l TV3 kena halau

Kecoh kes pernikahan Mawi dan Ekin yang bernikah pada 20 Disember lalu apabila krew TV3 tidak dibenarkan membuat liputan majlis itu yang diadakan di masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Ia disebabkan Astro sudah mendapat hak eksklusif majlis tersebut. Bagaimanapun media cetak tidak dihalang daripada membuat liputan majlis berkenaan.

l Muallaf kena gam

Filem Muallaf arahan Yasmin Ahmad tidak diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana unsur agama yang terdapat dalamnya.

Bagaimanapun fielm itu mendapat sambutan ketika tayangannya di Singapura pada 29 November lalu. Filem tersebut dikatakan menyinggung perasaan umat Islam apabila Yasmin dikatakan mahu menyamaratakan semua agama demi kelangsungan hidup.

2008 Jadi Musim Artis Bercerai Berai


MINGGU ini adalah minggu yang cukup mengejutkan Kak Pora apabila bukan satu tetapi dua pasangan membabitkan selebriti popular melalui episod rumah tangga yang traumatik sehingga menggegarkan industri seni tanah air. Ramai peminat tersentak dan ada yang berasa tidak menyangka. Ramai juga yang geleng kepala.

Apa lagi yang dapat Kak Pora katakan, agama tidak mungkin akan menghalalkan perceraian jika tidak kerana keperluan umatnya. Yang pasti kahwin cerai bukan perkara main-main. Kalau tidak takkan pengarah filem popular, Aziz M Osman sampai jadi fobia hendak berkahwin apabila berasa dirinya tertipu selepas isterinya, Nor Radhiah dikatakan masih dalam edah ketika beliau mengahwini wanita itu pada Ogos lalu.

Belum reda trauma Kak Pora habis dengan kes Aziz, meletup pula kes tangkap khalwat aktor Norman Hakim dengan pelakon Suhaiza Suhaimi atau Memey. Tidak mengapa Abby, Kak Pora faham perasaan dan luka seorang isteri diperlakukan begini. Kak Pora sendiri pernah melalui episod hitam itu. Percayalah ia amat menyakitkan. Biarpun bergelar janda macam Kak Pora tetapi kita akan dapat semula kekuatan selagi kita berserah pada Allah.

Cerita cerai artis pada tahun ini memang mengundang perhatian mesyuarat malah bukan saja peminat mereka tetapi orang politik, mak cik jual nasi lemak hingga kepada ahli korporat juga masih ada masa untuk bercakap soal kes cerai artis.

Bagi Kak Pora tahun ini macam jadi musim artis bercerai berai pula. Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini banyak pula kisah cerai artis menjadi bahan media massa dan menjadi bualan masyarakat. Kalau lihat semula sejak Januari lalu hingga bulan ini, ada lebih 10 kes cerai artis. Mana tidaknya, entah bila nikah tiba-tiba buat pengumuman sudah diceraikan talak satu. Demikian babak perceraian penyanyi bersuara lantang, Azharina, 23, dengan bekas suaminya Datuk Sukri, 50, pada Februari lalu.

Peminat dunia hiburan terus dikejutkan dengan beberapa siri kisah perceraian yang cukup menyedihkan. Kisah perpisahan secara damai antara Farah Asyikin dan suaminya juga tidak ketinggalan menjadi berita hangat kerana mereka cuma setahun saja bergelar suami isteri. Versi yang tidak berapa damai antara Beego dan isterinya, Intan Shahira serta pergolakan rumah tangga Datin Norish Karman dan Datuk Hashimuddin juga menjadi cerita panas pada tahun ini.

Berita penyanyi era 1980-an, Siti Fairuz yang menuntut cerai taklik pada Julai lalu juga mengejutkan peminatnya. Penyanyi, Anis Suraya pula dilaporkan bercerai secara sah pada Oktober lalu.

Turut mendapat perhatian, perceraian pelakon cantik Nora Danish dengan suaminya, Rizal Ashram Tan Sri Ramli, di mana talak dilepaskan ketika Nora sedang hamil anak hasil perkongsian hidup mereka yang singkat. Kak Pora faham soal perkahwinan dan perceraian manusia hanya boleh rancang tetapi takdir menentukan tetapi ingatlah apabila berlaku perceraian tentunya ada sebab musabab yang berpunca daripada diri kita sendiri.

Pendek kata, sebelum 2008 berakhir, bersedia saja kerana ada beberapa lagi kes perceraian yang belum selesai dibicarakan iaitu antaranya Beego dan Intan Shahira serta pelakon, Emma Akma Yunus. Khabarnya, penyanyi Atilia juga sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Aditya: Bukan Sekadar Serangga Perosak!

KETIKA industri hiburan Malaysia kecoh dengan cerita tentang artis yang berbogel dan beraksi mengghairahkan tersebar sehingga ke pelusuk kawasan melalui Internet yang dikenali tidak berbatas, tiada banyak tindakan susulan oleh pihak berwajib termasuk persatuan yang menaungi artis.

Tidak perlu bercakap tentang role model kerana ada sesetengah artis tidak suka status itu dilabelkan kepada mereka walaupun secara tradisinya, role model dan mereka yang menjadi perhatian masyarakat adalah sinonim. Biarpun mereka tidak suka tetapi masyarakat tetap dengan melihat label teladan terhadap golongan artis.

Aditya di sini bukan berniat menghukum sesiapa tetapi pandangan seperti ini dirasakan perlu ditampilkan selalu memandangkan kemodenan dunia hari ini bagaikan tidak mempeduli sangat perangai-perangai terlampau seseorang artis atau selebriti yang menjadi tumpuan mata masyarakat.

Keterlampauan aksi tidak masuk akal golongan artis semakin menjadi-jadi. Antara mereka yang tidak segan silu mengakui yang mereka terlibat di dalam aktiviti yang amat bercanggah dengan moral manusia dan agama Islam itu. Lebih memalukan ia dilakukan oleh artis yang berstatus Islam.

Malangnya tiada tindakan atau setidak-tidaknya teguran sehingga mereka sedar dilakukan. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali kita dikejutkan dengan kes-kes terlampau ini. Masih ingat kes yang membabitkan salah seorang anggota kumpulan rap popular dengan seorang anggota kumpulan vokal wanita?

Biarpun kes itu sudah ‘tenggelam’ tetapi masyarakat masih membabitkan sejarah itu setiap kali bercakap isu yang berkaitan.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah dibuat tetapi sekarang ada artis yang terang-terangan mengatakan kesilapan mereka. Inilah moral yang harus kita bangkitkan di dalam persoalan dunia hari ini kerana mereka seolah-olah mengakui kesilapan hanya pada dada media. Sedangkan mereka tetap dengan kerenah terlampau itu sebab ‘dunia sudah moden’.

Selalu juga orang kata yang industri kita sudah jadi macam Hollywood. Bukan kerana kehebatan lakonan atau persembahan anak seni kita yang setanding dengan kewibawaan bakat mereka tetapi perbandingan dan persamaan itu dilakukan berdasarkan cara artis kita menampilkan diri. Kadang-kadang mengalahkah artis di sana yang kita tahu berduit.

Bagaimanapun dalam soal perbandingan ini, Aditya sebenarnya lebih menjurus kepada topik perangai artis kita yang tidak senonoh dan memalukan industri keseluruhan. Dek kerana nila setitik dua ini, rosak susu setangki.

Bukan orang tidak bercakap tentang hal ini, malah berbuih tetapi segolongan artis ini gagah dengan pendirian masing-masing kerana itu cara hidup mereka – berpeleseran di kelab-kelab hiburan, arak bagaikan air mineral, soal teruna dara tidak dipedulikan dan tidak segan silu untuk merakam aksi lucah mereka yang kemudiannya dengan bangga ditayangkan kepada rakan-rakan yang selepas itu kita tahu natijah buruk yang mampu disalah laku daripada kemajuan teknologi semasa.

Aditya tidak rasa, sesetengah artis ini insaf dan bertaubat dengan apa yang didedahkan media dan para penggodam Internet. Bukan ‘judgmental’ tetapi hakikatnya itulah yang kita nampak berlaku di kalangan mereka.

Contoh terdekat, biarpun terang-terangan gambar tidak manis mereka dilihat dunia, keinsafan mereka seketika saja. Tidak lama kemudian, hal yang sama berlaku lagi.

Itukah cara insaf mereka? Mereka insaf di depan media, ‘memujuk’ dan meraih simpati masyarakat percaya itu adalah kesilapan lampau mereka dan mereka sudah insaf. Namun sebenarnya, itu hanya lakonan kerana mereka sudah terbiasa hidup liar yang telah lama menjadi habitat penghidupan mereka.

Bukannya kita mahu melihat mereka terus memakai tudung, menutup litup (kalau terjadi betul melalui hidayah Allah, alangkah bagusnya) tetapi sekurang-kurangnya mereka menampakkan keinsafan itu. Silap, kerana mereka tetap dengan cara hidup mereka. Kalau ibu bapa mereka tidak kisah, siapa kita yang mahu menegur?

Sebenarnya kita tidak perlukan sangat memikirkan hal dan kehidupan mereka tetapi sebagai pemerhati dunia seni, mahu atau tidak, kita perlu juga ambil tahu. Lainlah kalau mereka bukan orang di dalam dunia seni, kes mereka boleh kira perdengarkan dalam gelanggang lain – mungkin politik, sosial atau ekonomi.

Sayangnya kita kena ambil berat sebab mereka kini memegang status artis. Biarpun baru atau lama, mereka sebenarnya perosak nama dunia hiburan yang selama ini kita tahu sudah lama tercemar dengan pelbagai kekotoran tangan manusia.

Pengertian Hijrah Artis

AWAL Muharam yang juga dikenali sebagai Maal Hijrah bukanlah sesuatu yang asing di kalangan umat Islam sejagat termasuklah golongan artis.

Mengambil sempena sejarah agung peristiwa perpindahan rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, peristiwa tersebut masih lagi diraikan sehingga ke hari ini.

Dalam kita bergembira menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, pastinya ada sahaja azam yang berlegar benak fikiran dalam memastikan sahsiah diri di masa akan datang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Ikuti pelbagai pendapat tentang pengertian Awal Muharam yang diterapkan dalam kehidupan beberapa artis terkenal tanah air.

Wan Nor Azlin (Pelakon)

“Bagi saya sendiri, sudah tentu mengharapkan sinar yang terbaik pada tahun baru ini nanti. Apa pun yang berlaku tahun lalu saya tidak boleh lemah, saya anggap ia sebagai ujian dari Tuhan dan saya perlu teruskan juga demi anak-anak.

“Penghijrahan dalam diri saya bukan sekadar menutup aurat dan memakai tudung sahaja. Bagi saya, hijrah perlu perubahan daripada segala aspek termasuklah hati, pemikiran dan kehidupan.

“Bagi saya, tiada gunanya bertudung jika hati kotor dan tidak bersih. Begitulah juga dengan pemikiran dan kehidupan.


Wan Nor Azlin


“Azam saya pada tahun baru Hijrah ini, saya nak ubah segala-galanya. Bukan sahaja zahir tetapi juga batin.

“Kita bukan sentiasa muda, suatu hari nanti kita akan pergi juga menemui Tuhan. Semakin bertambah usia maka diharap semakin matanglah kehidupan kita.

“Harap-harap tahun hadapan ada lebih banyak lagi peluang untuk saya bergiat aktif dalam lakonan. Apa yang berlaku pada masa lalu saya tidak mahu kenang lagi dan saya betul-betul minta maaf pada semua.

“Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya baik media massa, keluarga terutama ayah dan adik-beradik, peminat serta rakan-rakan artis yang telah banyak membantu saya”.

Ina Naim (Penyanyi)

“Hijrah mengambil sempena peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dalam usaha menyebarkan ajaran Islam yang begitu mendapat tentangan ketika itu.

“Hijrah juga bermaksud perubahan dalam diri seseorang daripada kurang baik kepada yang lebih baik.

“Begitu juga dengan diri saya sendiri, saya mahu berhijrah daripada segi kerohanian dan peribadi dalam menjaga kerukunan rumah tangga bersama suami dan anak saya dengan baik.

“Insya-Allah, saya mahu tingkatkan juga amalan saya seperti beribadah dan kesempurnaan dalam solat.

“Daripada segi penghayatan, memanglah sekarang kita tengok Awal Muharam kurang mendapat perhatian di kalangan umat Islam terutamanya golongan muda.

“Bagi saya, penghayatan Maal Hijrah itu sendiri perlulah sampai ke jiwa. Malah, mengingati kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW serta melakukan pelbagai amalan adalah lebih baik jika ia dihayati dengan penuh keinsafan.”

Isman (Anggota Hijjaz)

“Awal Muharam yang juga dikenali sebagai Maal Hijrah disambut oleh seluruh umat Islam pada setiap 1 Muharam dalam kalender Islam.

“Ia diraikan bagi memperingati peristiwa hijrah oleh Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah di mana ketika itu pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh baginda dalam menyebarkan ajaran Islam.

“Penghijrahan bukan sahaja dari segi tempat, malah boleh juga daripada segi perangai atau sikap dan juga kehidupan.

“Dalam konteks kehidupan, ia menterjemahkan perubahan yang perlu dilakukan daripada yang tidak baik kearah yang baik. Dan jika kehidupan sudah baik, maka perubahan perlulah kepada yang lebih baik.

“Sekarang ini kalau kita tengok di negara kita sambutan tahun baru lebih banyak tertumpu kepada tahun baru Masihi. Sedangkan sebagai sebuah negara Islam, penumpuan kepada tahun baru Hijrah perlu diberi keutamaan.

“Harap-harap pada tahun akan datang sambutan untuk tahun baru Hijrah akan diberi keutamaan berbanding sambutan tahun baru Masihi”.

Sempena Maal Hijrah, warga kerja Hijjaz meraikan tahun baru pada 31 Disember ini bermula pukul 8 malam bertempat di Teratak Hijjaz Country Resort, Bukit Dugang Desa Putra, Sg. Merab, Bangi.

Erma Fatima (Pengarah dan pelakon)

“Kalau diikutkan Awal Muharam adalah sambutan tahun baru bagi masyarakat Islam yang disambut setiap 1 Muharam dalam kalender Islam pada setiap tahun. Seperti sambutan tahun baru, kebanyakan umat Islam membuat pelbagai azam dan perancangan.

“Umum tentu sudah tahu bahawa Awal Muharam disambut sempena mengingati peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW. dari Mekah ke Madinah.

“Untuk itu, kita juga perlu lakukan perkara yang sama. Maksud saya bukanlah perpindahan tetapi dalam konteks memperbaiki diri.

“Seperti saya sendiri, sedari kecil lagi ibu saya sudah ingatkan supaya sentiasa memperbaiki diri. Jadi saya sudah terbiasa dan selalu mencuba tingkatkan amalan saya dalam kehidupan mahupun kerohanian.”

Heliza Masih mencari cinta


HELIZA ingin berjaya dalam bidang seni dan pelajaran


TIDAK dinafikan sesiapa sahaja yang memandang gadis jelita bertudung ini pastinya akan jatuh hati. Berperwatakan lembut, ceria dalam diam dan sedikit nakal, pastinya membuatkan si pria di luar sana akan mudah jatuh ke dalam sarang cinta gadis ini.

Tidak seperti selebriti yang lain, yang lebih gemar menyembunyikan kisah cinta mereka atau enggan berbicara mengenainya, gadis kurus tinggi lampai ini pula agak berbeza.

Lebih suka berterus terang serta bersikap terbuka, Heliza dalam pertemuan lewat petang di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, menjelaskan sehingga kini hatinya masih belum dimiliki.

Mendengarkan luahannya itu membuatkan penulis tertanya-tanya betulkah gadis secantik ini masih belum ketemu cinta?

Mungkinkah sikapnya yang terlalu memilih atau merasakan tiada yang sepadan membuatkan situasi tersebut menjerut ruang kehidupannya.

Terdiam dan terus ketawa besar Heliza apabila saya mempertikaikan kenyataannya itu.

Jelas Heliza: “Saya tak tipu memang saya masih belum ada kekasih hati. Jangan ingat semua orang yang cantik itu ada kekasih tau. Walaupun masih solo, saya tak rasa itu satu masalah kerana saya lebih suka berkawan daripada berkasih. Itu lebih menyeronokkan.”

Seakan tidak percaya dakwaannya, penulis terus mendapatkan kepastikan apakah tiada sesiapa di luar sana cuba untuk memancing cinta gadis yang popular selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia ini.

Setidak-tidaknya, pasti akan ada jejaka di kampus pengajian Heliza iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau jejaka di luar yang tercuit hati memandang gadis berusia 22 tahun ini.

Luah Heliza: “Percaya tak, tak ada yang mengurat saya. Itu yang saya pelik, mungkin juga kalau di universiti itu ramai yang seakan-akan lebih menghormati saya.

“Usik pun tak, kalau jumpa pun sekadar tegur biasa saja. Nampaklah mereka macam segan sedikit.”

Meskipun gadis-gadis lain seusianya lebih sibuk mengejar cinta, namun bagi peminat figura, Datuk Siti Nurhaliza ini, semua itu tidak penting kerana dia ingin memastikan segulung ijazah dalam genggamannya.

“Cinta boleh datang dan pergi dengan senang saja tapi pelajaran itu yang penting. Saya sekarang pun semakin risau kerana kerja sambil belajar membuatkan saya hilang fokus.

“Tapi saya cuba juga memastikan saya akan dapat menamatkan pengajian saya dengan keputusan yang baik,” kata gadis yang dicungkil bakatnya dari program realiti televisyen popular Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5).

Tambah Heliza, cinta juga pasti mampu dimilikinya suatu hari nanti jika dia sabar menanti dan sehubungan itu dia tidak perlu tergesa-gesa mengejarnya

AJL 23 tanpa Mawi

Satu perkara yang amat menggembirakan hati gadis yang mempunyai hobi gemar menangkap gambar ini ialah lagu duetnya bersama pengantin baru, Mawi, Doa Dalam Lagu berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Dalam kegembiraan pertama kali merasai nikmat tersebut, terang Heliza dia baru sahaja mendapat perkhabaran bahawa rakan duetnya itu tidak dapat turut serta bersamanya.

Kata Heliza, Mawi tidak dapat berkongsi pentas bersama kerana masih lagi bercuti selepas melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Mengakui sedikit terkilan namun dia memahami situasi Mawi.

“Memang saya sangat gembira sebab terpilih ke AJL 23 serta mengharapkan agar dapat mendendangkan lagu itu bersama Mawi. Tapi dia masih lagi dalam tempoh bercuti, jadi saya menghormati keputusannya. Saya tak kisah siapa penggantinya tapi saya harap biarlah orang yang saya kenal dan rapat agar dapat mencari keserasian kelak,” katanya lagi.

Akui Heliza, sedaya upaya dia akan cuba memberikan sebuah persembahan yang terbaik di AJL 23, agar persembahan itu akan nanti akan menjadi memori indah dalam diari kehidupannya kelak.

Seronok berlakon

Gadis berbintang Aquarius ini juga kini semakin jatuh cinta dengan sayap baru seni yang mula dicubanya.

Semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila dia ditawarkan membintangi filem arahan Ahmad Idham iaitu Syurga Cinta.

Membawakan watak Ustazah Syuhadah, kata pemenang tempat keempat AF5 ini, tidaklah sesukar mana. Cuma sewaktu mahu membawakan adegan bercinta bersama pasangannya, pelakon Awal Ashaari itu agak sukar.

“Saya tak pernah bercinta jadi apabila nak buat adegan itu agak sukarlah. Saya tak reti bab-bab romantik ini sehinggakan saya kena marah dengan pengarah. Romantik-romantik ini memang susah saya nak buat tapi kalau yang ganas-ganas okey saja,” katanya sambil menguntum senyuman.

Sambutan Maal Hijrah

Berbicara tentang sambutan kalendar baru Islam, Maal Hijrah pula kata Heliza, “Dulu masa sekolah seronok, bila sambutan Maal Hijrah. Saya akan terlibat dengan perarakan, nasyid dan pelbagai lagi. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Pasti kita akan menanti sambutan itu untuk beramai-ramai menyambutnya dengan rakan-rakan.”

Ditanya kepadanya tentang azam tahun baru ini, jelas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains, dia mengharapkan agar tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

“Saya berharap agar tahun ini saya dapat seimbangkan antara pelajaran dan kerjaya seni saya. Serta dapat menjadi anak dan masyarakat yang berguna,” katanya mengakhiri perbualan kami.

Ape Sudah Jadi....Dengarnya Syarikat Produksi Bagi Makan Ubi Kayu Rebus

CIK Normah ada kala sedih mengenang nasib anak seni. Mereka bersungguh-sungguh bekerja, ikhlas menabur jasa dan bakti untuk menaikkan seni tapi malangnya, ada pihak yang mengambil kesempatan dan memandang rendah kehadiran mereka.


Yang Cik Normah katakan ini mengenai syarikat produksi yang melayan pelakon dan krew seperti manusia yang tak ada hati dan perasaan.

Dulu pernah sekali Cik Normah dengar mengenai syarikat produksi yang tak sensitif dengan kebajikan krew dan pelakon. Sudahlah kena shooting siang malam di luar daerah, dilonggokkan pula mereka dalam satu rumah habis. Macam mana artis tak mengamuk? Syarikat itu ingat ikan sardin ke!

Kali ini Cik Normah dapat tahu, satu lagi produksi yang kurang peka dengan kebajikan pelakon dan krew. Yang buat air mata Cik Normah hampir menitis apabila diberitahu mengenai makanan yang dihidangkan kepada mereka yang bertungkus lumus untuk produk terbitannya.

Sudahlah letih seharian bekerja, hidangan yang disajikan pula hanya ubi kayu rebus. Apa dia ingat mereka ni hidup di zaman Jepun ke?

Sangkakan hari lain, hidangan yang disediakan bertambah baik tapi rupanya tidak. Kalau pun ada kelainan yang disajikan hanyalah masakan daripada air tangan pembantu rumahnya sendiri. Bukan ditempah khas daripada katering.

Dek kasihan mengenang nasib krew ini, pengarah yang tak sampai hati ini pun keluarkan wang poketnya sendiri. Tak sanggup dia melihat mereka dilayan begitu. Iyalah, sudah penat bekerja pastilah mahukan makanan yang sempurna tetapi penerbit pula endah tak endah saja.

Mungkin kerana berasakan dia punya kuasa, pengarah ini ingat dia boleh buat apa saja. Jangan salahkan krew produksi kalau nanti produk tidak mencapai standard yang diingini. Kalau nanti ditolak stesen televisyen, siapa nak jawab?

Apa Sudah Jadi! Dangdut parang di Titiwangsa


BEBERAPA warga Indonesia yang terlibat dalam serangan bersenjata pada Konsert Silaturahim di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut semalam.


KUALA LUMPUR - Konsert Silaturahim di Taman Tasik Titiwangsa di sini semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki warga Indonesia muncul dengan bersenjatakan parang, besi dan kayu.

Tanpa diketahui puncanya, mereka menyerang sekumpulan penonton yang sedang minum di kawasan hujung padang tempat konsert tersebut berlangsung.

Akibatnya, tiga orang mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ramai lagi yang berada di kawasan tersebut bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana takut menjadi mangsa serangan.

Konsert yang dianjurkan oleh Kedutaan Indonesia dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi itu merupakan konsert tahunan khusus bagi warga Indonesia yang tinggal di negara ini.

Tujuan penganjuran konsert tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Antara penyanyi popular Malaysia yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah penyanyi dangdut Iwan dan beberapa penyanyi dari beberapa daerah kecil di Indonesia.

Menurut seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, para penonton pada mulanya tidak menyedari ada pergaduhan berlaku kerana asyik menyaksikan persembahan konsert.

Tak sabar sertai PLKN


JURULATIH PLKN, Mohd. Azizi memeriksa senarai peserta PLKN sebelum mereka dibawa ke Kem Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan kelmarin.


PUTRAJAYA - Jika pada awal penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ramai pelatih yang terpilih menyertai program itu merungut dan tidak kurang juga bersedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga masing-masing.

Namun, senario itu sudah berubah apabila rata-rata mereka yang terpilih bagaikan tidak sabar untuk menyertai aktiviti di bawah program tersebut dan begitulah juga yang dirasai oleh pelatih PLKN Kumpulan 1 siri 6 Tahun 2009 yang ditemui kelmarin.

Rata-rata pelatih itu memberitahu, apa yang bermain dalam fikiran bukan lagi soal kesedihan meninggalkan keluarga sebaliknya begitu teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik yang mungkin tidak diperoleh di tempat lain.




Bagi seorang pelatih, Sam Tsu Xuan, 17, sebaik menerima surat tawaran untuk menyertai PLKN, hatinya begitu gembira dan tidak sabar untuk menyertai pelbagai aktiviti lasak yang disediakan.

"Impian saya ialah mahu memegang senapang jenis M16 selain aktiviti-aktiviti ekstrem yang lain termasuk flying fox.

"Selain itu, melalui program ini tentunya saya akan dapat lebih banyak kawan daripada pelbagai bangsa. Saya benar-benar teruja dan tak sabar untuk menyertai kem ini," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN Kumpulan 1 siri 6 Tahun 2009 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Xuan adalah salah seorang daripada 37,000 peserta Kumpulan 1 siri 6 Tahun 2009 yang terpilih untuk menyertai program tersebut.

Seramai 140,000 peserta terpilih menyertai PLKN bagi siri 6/2009 melalui kemasukan secara berperingkat.

Bagi seorang lagi pelatih, Nurul Afiqah Mohd. Othman, 17, debaran memikirkan cabaran yang bakal dilalui sepanjang menyertai program tersebut tetap ada namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya.

Saya tidak elak sertai PLKN - Aliff


ALIFF



SUKI


KUALA LUMPUR - "Bukannya untuk mengelak, tapi cuma minta diberi penangguhan. Cepat atau lambat, pasti saya akan tunaikan juga tanggungjawab itu."

Begitulah tegas finalis program realiti TV One In A Million (OIAM), Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Mohd. Satar yang sebelum ini diberi penangguhan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun lepas kerana terikat dengan beberapa kontrak rakaman.

Menurut Aliff, sebenarnya tidak ada layanan istimewa dalam PLKN termasuk kepada golongan artis tetapi tarikh latihan yang diberi mungkin tidak sesuai dan ia perlu diubah kepada satu tarikh lain.

"Saya cuma minta untuk diberi penangguhan dan bukan pengecualian,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Aliff, 18, berkata, tindakannya bukan mahu mengelakkan diri daripada menyertai PLKN tetapi beliau terikat dengan komitmen awal dan terpaksa mendahulukannya.

Beliau bimbang kariernya sebagai penghibur akan terjejas sekiranya melanggar kontrak dengan beberapa syarikat rakaman yang dibuat sebelum ini.

"Kontrak yang ada juga ditandatangani sebelum mendapat surat daripada pihak kerajaan untuk menyertai PLKN.

"Jadi, untuk mengelak lebih banyak masalah timbul, saya terpaksa buat rayuan di pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) supaya meluluskan penangguhan saya,'' jelas beliau.

Aliff menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan golongan artis diberi layanan istimewa oleh JLKN sambil menegaskan golongan itu juga terpaksa mengharungi proses yang sama seperti remaja lain.

Sementara itu, seorang lagi artis remaja yang merupakan juara OIAM, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee pula memberitahu, PLKN merupakan satu program yang baik dan perlu disertai oleh semua remaja.

David Beckham & Posh Malaysia?




SEORANG popular di dunia seni dan seorang lagi cukup ternama di dunia sukan. Apakah pasangan ini bakal digelar David Beckham dan Victoria Beckham (Posh) Malaysia?

Ada kebarangkaliannya. Kisah cinta, pernikahan dan kontroversi yang membabitkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak hampir menyamai episod kehidupan bintang bola sepak kelab AC Milan dan anggota kumpulan Spice Girls itu.

Aidil yang menjadi 'ayam tambatan' skuad bola sepak kebangsaan juga merupakan antara ahli sukan yang digilai ramai gadis manis di luar sana, sama seperti Beckham.

Justeru, banyak yang kata 'bertuahnya' Rita dilamar Aidil, jejaka baru berusia 21 tahun, ternama dan menjadi pujaan ramai pula, sama sebagaimana orang berkata bertuahnya Posh dipuja David.

Pun itu tuah Rita. Tuah Aidil pula tak kurang hebatnya apabila aktres sejelita Rita secara rasmi sudah berada dalam genggamannya. Tuah yang sama dikecapi Beckham apabila Posh sudi menerima lamarannya suatu ketika dulu.

Rita sebagaimana yang sedia diketahui adalah antara pelakon drama yang berada di kelas A dalam dunia penerbitan drama tempatan.

Malah, Rita bukan sahaja diminati dek gaya lakonan yang hebat dan bersahaja, tetapi dia merupakan seorang artis yang cukup dikenali dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan pandai bermanja.

Meskipun sesekali ada kontroversi hangat menghimpit dirinya, Rita lebih dikenali sebagai pelakon berbakat dibandingkan dengan cerita-cerita panas.

Pada 25 Februari 2008 pasangan ini mengakhiri cinta penuh ranjau dan duri mereka dengan ikatan mulia pernikahan.

Walaupun majlis pernikahan berlangsung di negara jiran, Thailand, apa yang penting kepada pasangan ini ialah mereka melayari kehidupan atas landasan sebagai suami isteri yang 'halal'.

Tidak kira bagaimana 'hanyir' susuh perjalanannya, mereka dalam destinasi mencari reda Illahi menyahut seruan Nabi bagi mengkayakan lagi umat Islam sejati.

"Selepas berkahwin, hidup saya mula berubah. Saya dapat merasakan perkahwinan telah memberikan semangat baru dalam hidup saya sebagai seorang lelaki.

"Cinta kami bertambah kuat selepas isteri saya disahkan mengandung bulan lepas," kata Aidil menceritakan perasaan bahagianya bergelar suami kepada Rita.


PASANGAN David dan Victoria Beckham.


Mengakui kehidupannya kini semakin bererti dengan status terkini mereka sebagai suami isteri, menurut Aidil dia yakin mampu mengemudi bahtera cintanya dengan sebaik mungkin meskipun banyak yang 'curiga' akan tahap kematangannya jika dilihat kepada usia mudanya.

Kepadanya, membuat keputusan berkahwin padai usia muda bukan sesuatu yang perlu dihairankan terutama apabila seorang lelaki itu sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab.

"Tuhan permudahkan jalan kami untuk berkahwin. Jadi, kami perlu bersyukur dan jaga ikatan ini dengan sebaik mungkin.

"Soal kenapa kami memilih berkahwin di Siam itu adalah kerana saya sudah betul-betul sedia ambil Rita jadi isteri," kata Aidil pada sidang akhbar di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur, kelmarin.

Ia merupakan sidang akhbar pertama jaguh bola sepak itu kepada media setelah perkahwinan 'rahsianya' terdedah di dada media. Pendedahan itu dibuat oleh ahli keluarganya sendiri

Kagum keberanian suami

Melihat kesungguhan Aidil yang sanggup memperisterikannya, Rita pula tidak dapat menyembunyikan rasa kagum.

Kata Rita, dia cukup terharu dengan keberanian Aidil yang sanggup mempertahankan cinta mereka sehingga ke jinjang pelamin.


PEGANGAN erat tangan Rita dan Aidil membuktikan cinta mereka tidak dapat dipisahkan lagi


Kepada wanita berusia 32 tahun ini, awalnya dia kurang yakin apabila Aidil meluahkan hasrat untuk melamar kira-kira dua minggu sebelum tarikh pernikahan mereka.

"Bagaimanapun, selepas tengok Aidil begitu bersungguh-sungguh, saya bersedia bersama dengannya. Keluarga saya pun awalnya tidak memberi restu sebab tak mahu orang salah anggap.

"Setelah Aidil datang dan berbincang dengan elok, akhirnya mereka reda dan sedia memberikan restu untuk kami bernikah," kata pelakon jelita ini.

Menurut Rita, selepas berkahwin dia tidak mahu memandang ke belakang lagi. Apa yang penting, dia mahu menjaga hubungan bersama suami dengan baik, selain menjaga kesihatan demi anak dalam kandungan.

"Lain-lain hal Rita tak mahu fikir dulu. Apa yang penting kandungan Rita sihat, fikiran tidak terganggu dan kami bahagia bersama. Doa Rita semoga kasih sayang kami tidak berubah sampai bila-bila pun," katanya.

Nafi keluarga tak restu

Dalam sidang media yang sama, Aidil turut menafikan pendapat yang mengatakan bahawa keluarganya membantah keras hubungannya dengan Rita.

Dalam erti kata lain, keluarga Aidil dikatakan menghalang cinta antara mereka ekoran status 'janda' dan perbezaan usia antara kedua-duanya yang bersilang 11 tahun.

Menurut Aidil, soal tiada restu yang diberikan oleh keluarganya tidak pernah timbul sama sekali.

"Dalam sidang akhbar baru-baru ini pun keluarga saya bagi tahu mereka terkilan sebab kami kahwin tak bagi tahu. Mereka tak cakap pula tak beri restu kepada hubungan kami. Jadi, soal tak beri restu itu langsung tak timbul," kata Aidil lagi yang sudah membawa Rita bertemu dengan keluarganya di Seremban bulan lalu.

Tiada majlis resepsi

Pasangan ini memberitahu, buat masa sekarang mereka tidak merancang untuk menganjurkan sebarang majlis bagi meraikan sahabat handai sempena pernikahan mereka.

Sebaliknya mereka memilih untuk menyelesaikan beberapa perkara penting terlebih dahulu, antaranya proses mendaftarkan semula perkahwinan dalam negara.

"Biarlah kami selesaikan satu persatu dulu. Sekarang kami sedang dalam proses mendaftar pernikahan.

"Kami sudah buat sidang akhbar dan selepas ini kami mahu jalani kehidupan sama macam orang lain dan bahagia berdua," kata Aidil.

Rita pernah minta cinta diputuskan

APAKAH yang buat kalian saling jatuh hati?

AIDIL: Memang semua orang akan pertikaikan umur saya. Kepada saya, saya tak pentingkan umur. Apa yang penting, apa yang saya suka ada pada diri. Dia tak kongkong hidup saya. Susah senang saya dia sentiasa ada di sebelah saya, sokong saya. Semua apa yang saya hendak ada pada diri dia. Susah saya hendak cari pengganti dia. She’s the best.

RITA: Aidil bukan macam kawan-kawan yang sebaya dengannya. Dia suka duduk rumah, sangat bertanggungjawab dengan keluarga dan bukan jenis berpoya-poya. Memanglah dia cemburu, tetapi bukan cemburu buta.


RITA cukup terharu dengan keberanian Aidil mempertahankan cinta mereka.


Sekarang okeylah, Aidil 20, Rita 30 tahun. Nanti bila Aidil 30, Rita sudah 40 tahun, bersedia ke?

AIDIL: Hal ini bergantung kepada keikhlasan kita juga. Apa yang ada dalam hati kita, itu yang utama. Umur sama pun, kalau tak ikhlas jadi kucar kacir.

RITA: Dulu memang saya ingat dia masih budak-budak. Tetapi sebenarnya dia ni cukup matang. Lama-kelamaan dia jadi makin serius dan tahu apa dia nak.

Dari mana dapat kekuatan untuk umumkan kisah nikah?

AIDIL: Lepas tahu isteri saya mengandung. Masa tu rasanya tak nak rahsiakan lagi. Bila isteri sudah mengandung, saya rasa kena bagi tahu dan tak kisah lagi apa hendak jadi. Walaupun keluarga terkejut ke, apa ke, saya sanggup terima kesannya. Kami bincang dulu dengan Kak Long (kakak sulung Aidil) dan kemudian baru jumpa abah dan emak.

RITA: Rita sudah lama sedia. Cuma tunggu Aidil benar-benar bersedia. Kalau boleh lepas kahwin kita nak bagi tahu semua orang. Tetapi keadaan membuatkan kami terpaksa merahsiakannya dulu.


SELESAI kontroversi, pasangan ini meniti kebahagiaan dalam menanti kelahiran sulung buah cinta mereka.


Bagaimana dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengaitkan Aidil seolah-olah ‘anak durhaka’, kahwin tanpa restu keluarga?

AIDIL: Apa pun kenyataannya hanya saya dan keluarga yang tahu. Sebenarnya hubungan saya dan keluarga macam biasa, tak bermusuh atau bergaduh. Cuma biasalah, ini soal hati dan perasaan. Mungkin mereka kena ambil masa untuk terima semua benda ini. Tetapi saya percaya keadaan akan jadi okey.

RITA: Keluarga Rita pun tak suka sangat awalnya. Mereka suruh kami fikir betul-betul. Tapi bila sudah tengok Aidil serius, mereka tak boleh halang. Keluarga pun risau juga kalau-kalau jadi benda yang tak elok, lagi susah. Lebih baik kahwin saja.

Perasaan selepas kahwin?

AIDIL: Saya lega sangat. Masalah saya selama tiga tahun sudah selesai bila kami kahwin. Akhirnya ini jawapan kepada segala masalah dalam hubungan kami. Saya jadi semakin bersemangat di padang. Yalah, tiga tahun bercinta macam-macam masalah iaitu kami. Alhamdulillah rasa serabut, masalah dalaman semua sudah hilang.

RITA: Dulu masa macam-macam masalah datang, Rita pernah minta ‘putus’. Paksa diri supaya buang saja, jangan berkawan lagi. Yalah, nampak macam saya ni beri banyak sangat masalah pada dia, baik putus. Tapi kami memang tak boleh berpisah. Itu yang buat kami nekad, teruskan juga. Sanggup buat apa saja sebab kami saling menyayangi. Kalau pasal kami berdua, lepas berkahwin tentulah gembira sangat. Perkahwinan ini buat kami rasa istimewa.

Saturday, December 27, 2008

Hetty sarlene buat projek di bangkok ??

 

Pelbagai persoalan bermain difikiran peminat apabila gambar-gambar 'bulan madu' pelakon yang pernah membintangi filem & drama Gerak Khas Hetty Sarlene, di Bangkok, Thailand tersebar. Kata mereka, bilakah Hetty berkahwin dan jika benar mengapa perihal perkahwinannya tidak pernah tersebar di media?

Lebih teruk, dakwa mereka jika Hetty masih belum berkahwin... mengapa dia sanggup mengikut lelaki yang kemungkinan kekasihnya itu hingga ke 'bilik tidur' hotel? Malah aksi 'teramat mesra' bersama lelaki tersebut juga kata mereka boleh mengundang pelbagai fitnah jika Hetty tidak mengetengahkan status dirinya yang sebenar. wallahualam!

6-10

2-27






5-12

laa...kenapa....Kecoh Diana tangguh PLKN


DIANA sepatutnya melaporkan diri di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang hari ini.


KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul.

Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

“Kami terpaksa berbuat demikian kerana segala perancangan telah diatur sejak awal. Bagaimanapun, Diana tetap akan menjalani PLKN,” kata Baldev ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Rabu lalu, Kosmo! menyiarkan kesediaan Diana untuk menyertai PLKN bagi Kumpulan 1 siri 6 Tahun 2009 pada 27 Disember ini. Dia sepatutnya ditempatkan di Kem PLKN

Princess Haliza, Sepang.

Sementara itu, ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, berkata, anaknya itu tidak mempunyai pilihan selain akur dengan perjanjian yang ditandatangani lebih awal.

“Sebagai ibu, saya tahu Diana terkilan kerana belum berpeluang menikmati peluang keemasan seperti mana yang dilakukan oleh rakan-rakan sebayanya.

“Diana sendiri sudah membuat persiapan, beli barang keperluan harian dan bekas mengisi makanan untuk dibawa ke kem,” kata Norsiah mewakili Diana yang enggan memberikan sebarang kenyataan peribadi berhubung perkara itu.

Sementara itu, JLKN telah meluluskan permohonan penangguhan Diana itu.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya sudah meluluskan permohonan berkenaan.

Friday, December 26, 2008

Diana Danielle Sempat Berlakon Sebelum Pergi PLKN

Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, yang berjanji tidak akan mengingkari tanggungjawabnya mengikuti PLKN seperti yang diarahkan kerajaan.

Pelakon filem Evolusi KL Drift itu diletakkan di bawah kumpulan 1 dan diwajibkan melaporkan diri pada 27 Disember ini di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor.

Menurut ibunya, Norsiah Ramli, 45, Diana sudah lama ternanti-nantikan peluang untuk menyertai PLKN kerana sering mendengar cerita positif mengenai latihan berkenaan daripada teman-teman rapat.

“Kalau sudah dapat arahan kata dia kena pergi, dia akan pergi dengan rela hati,” kata Norsiah mewakili anak tunggalnya itu.

Diana bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang penjelasan kerana sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Kecoh Betul yang baru memulakan penggambaran 22 Disember lalu.

Watie Teringin Berumahtangga Lagi

Siapa kata wanita cantik dan seksi tidak pernah merasa sunyi? Inilah yang sangat dirasai Watie (ex-Elite)ketika ini. Kesunyian hidup tanpa kehadiran suami sangat dirasai lebih-lebih lagi ketika merai sesuatu kejayaan atau bila kepenatan pulang dari lokasi.

“Adakalanya saya menangis mengenangkannya. Apa boleh buat, inilah yang dikatakan ujian. Saya bersyukur dikurniakan anak serta keluarga yang mengambil berat. Namun jauh disudut hati saya teringin berkahwin lagi dan mengharapkan sinar bahagia alam rumahtangga,” akuinya.

Bergelar ibu tunggal pada usia 32 tahun, Watie memastikan kehidupan mereka anak-beranak sempurna. Anak tunggal kesayangannya, Afif Danial kini berusia lima tahun bakal memulakan pra-persekolahannya tahun depan.

“Segala masalah hilang apabila bersama Afif. Sekiranya tidak ke lokasi penggambaran, saya lebih senang berada di rumah. Atau meluangkan masa menonton wayang bersama Afif serta beberapa anak saudara,” kata Watie lagi.

Sebagai wanita, dia tidak menafikan sering berhati-hati dengan lelaki yang menghampirinya. Apatah lagi kehidupan rumahtangganya sebelum ini hancur ditengah jalan, dia hanya berserah kepada yang Esa. Namun yang pastinya, dia tidak mahu menjalin hubungan bersama rakan artis atau lelaki yang terlibat industri seni.

Lagi ‘Pontianak’ Gambar Seksi

Ingat lagi tak anak Pontianak ni yang telah melakonkan siri drama di TV3 dahulu? ingatkan lah ajer ye. Namanya, Zarina An-Julie. Dahulu dia pernah buat kontroversi juga dengan mendedahkan gambar separuh bogelnya dengan teman lelakinya tapi dinafikan keras oleh beliau dalam satu wawancara khas. Dan pada dasarnya, gambar itu adalah milik beliau sendiri. Sebelum itu ada juga skandal dia memakai pakaian separuh bogel di dalam pesta di sebuah nightclub. Tapi buat masa ni dia tak melakonkan apa-apa siri drama mahupun filem, maybe diboikot oleh media juga kot.

Anak Fauziah Latif Pegang Anjing?





Penulis ada melakukan sedikit ujian terhadap gambar tu dan menurut pendapat penulis ianya original. Apa pun diharapkan Fauziah Latif tidak lupa mengajar anak anaknya (Jefrey dan Jeremy) cara cara menyamak.


Mungkin dalam keadaan kering dibolehkan [kalau pun tidak digalakkan] tetapi sekarangkan selalu hujan turun. Lagi pun binantang ni kan jenis suka menjilat dan mengeluarkan air liur yang banyak. Lagi pula banyak lagi binatang lain yang boleh dijadikan binatang peliharaan untuk menjadi teman mesra anak anak tu.

-->

Adik Ekin, Shira Bercumbu Dengan Kekasih





Baru sahaja Ekin dan Mawi melangsungkan pernikahan yang lepas. Dah ada kontrrversi baru, kali ni datangnya dari adik ekin, Shira. Gambar-gambar diambil melalui friendster Shira sendiri oleh seorang mamat ni. Boleh tahan juga lakonan dan possing adik ekin ni, mengalahkan Ekin sendiri dengan gaya ala-ala ‘peace’.


-->

Tradisi Bajau Jadi Pilihan Persandingan Ako dan Tina





sudah mengetahui aktor kacak Ako Mustapha, 37 dan tunangnya Kartina Abdullah, 28 bakal menamatkan zaman bujang masing-masing dalam masa terdekat ini.
Menceritakan lebih lanjut mengenai perkahwinannya Ako menyerahkan kepada bakal isterinya menentukan persiapan serta pemilihan tema yang sesuai pada majlis perkahwinan mereka kelak.
Menurut Kartina yang lebih mesra dipanggil Tina, majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Daerah Sandakan.
“Sebenarnya kami berdua mahukan perkahwinan yang ’simple’ yang penting perkara yang wajib didahulukan.Tema perkahwinan kami adalah ’Malay-English style’.
“Upacara akad nikah akan diadakan di Masjid Daerah Sandakan. Pada upacara tersebut Ako akan memberi tujuh dulang hantaran termasuklah duit mas kahwin dan pihak perempuan akan membalas sembilan dulang hantaran.
“Satu kelainan pada majlis kami nanti, Ako tidak akan memberikan duit hantaran pada majlis tersebut,” katanya.
Mengamalkan sifat sederhana bagi Tina, apa yang lebih penting perkara yang wajib didahulukan dan perkara tersebut akan diadakan mengikut adat orang Bajau.
“Bagi majlis akad nikah saya akan pakai baju kurung moden warna putih gading rekaan Calvin Thoo. Calvin juga dilantik sebagai perancang perkahwinan kami.
“Calvin ini kawan baik Ako, mereka satu sekolah rendah masa kecil dulu. Calvin akan mereka baju untuk saya dan Ako bagi majlis kami itu nanti,” katanya ceria.
Istimewanya perkahwinan pasangan Ako dan Tina adalah pada majlis persandingan apabila kedua mempelai ini akan menyarungkan busana adat orang Bajau.
“Kami berdua akan pakai baju Bajau bagi majlis persandingan yang akan diadakan di rumah. Sementara itu untuk satu lagi majlis persandingan yang akan diadakan di Hotel Sanbay, kami akan memakai ‘evening dress’ warna ‘baby blue’.
“Paling istimewa masa perkahwinan kami adalah menunya kerana kami sediakan masakan orang Bajau iaitu daging sup hitam,” ujar gadis dari Borneo ini.
Menurut Tina, majlis resepsi yang akan diadakan di hotel tersebut akan dihadiri oleh saudara-mara tedekat dan teman-teman rapat sahaja.
“Jemputan saya pun tak ramai untuk majlis resepsi di hotel, hanya sekitar 300 tetamu sahaja,” katanya.

50 Strange Buildings of the World

1. The Crooked House (Sopot, Poland)

Construction of the building started in in January 2003 and in December 2003 it was finished. House architecture is based on Jan Marcin Szancer (famous Polish drawer and child books illustrator) and Per Dahlberg (Swedish painter living in Sopot) pictures and paintings.

The Crooked HouseImage via: brocha

2. Forest Spiral - Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)

The Hundertwasser house "Waldspirale" ("Forest Spiral") was built in Darmstadt between 1998 and 2000. Friedensreich Hundertwasser, the famous Austrian architect and painter, is widely renowned for his revolutionary, colourful architectural designs which incorporate irregular, organic forms, e.g. onion-shaped domes.

The structure with 105 apartments wraps around a landscaped courtyard with a running stream. Up in the turret at the southeast corner, there is a restaurant, including a cocktail bar.

Forest Spiral - Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)Image via: Kikos Dad

3. The Torre Galatea Figueras (Spain)

The Torre Galatea Figueras (Spain)Image via: manuelfloresv

4. Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)

Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)Image via: Mélisande*

5. The Basket Building (Ohio, United States)

The Longaberger Basket Company building in Newark, Ohio might just be a strangest office building in the world. The 180,000-square-foot building, a replica of the company's famous market basket, cost $30 million and took two years to complete. Many experts tried to persuade Dave Longaberger to alter his plans, but he wanted an exact replica of the real thing.

The Basket Building (Ohio, United States)Image via: addicted Eyes

6. Kansas City Public Library (Missouri, United States)

This project, located in the heart of Kansas City, represents one of the pioneer projects behind the revitalization of downtown.

The people of Kansas City were asked to help pick highly influential books that represent Kansas City. Those titles were included as 'bookbindings' in the innovative design of the parking garage exterior, to inspire people to utilize the downtown Central Library.

Kansas City Public Library (Missouri, United States)Image via: jonathan_moreau

7. Wonderworks (Pigeon Forge, TN, United States)

Wonderworks (Florida, United States)

8. Habitat 67 (Montreal, Canada)

Expo 67, one of the world's largest universal expositions was held in Montreal. Housing was one of the main themes of Expo 67.

The cube is the base, the mean and the finality of Habitat 67. In its material sense, the cube is a symbol of stability. As for its mystic meaning, the cube is symbol of wisdom, truth, moral perfection, at the origin itself of our civilization.

354 cubes of a magnificent grey-beige build up one on the other to form 146 residences nestled between sky and earth, between city and river, between greenery and light.

Habitat 67 (Montreal, Canada)Image via: ken ratcliff

9. Cubic Houses (Rotterdam, Netherlands)

The original idea of these cubic houses came about in the 1970s. Piet Blom has developed a couple of these cubic houses that were built in Helmond.

The city of Rotterdam asked him to design housing on top of a pedestrian bridge and he decided to use the cubic houses idea. The concept behind these houses is that he tries to create a forest by each cube representing an abstract tree; therefore the whole village becomes a forest.

Cubic Houses (Rotterdam, Netherlands)Image via: vpzone

10. Hang Nga Guesthouse a.k.a Crazy House (Vietnam)

The house is owned by the daughter of the ex-president of Vietnam, who studied architecture in Moscow.

It does not comply with any convention about house building, has unexpected twists and turns, roofs and rooms. It looks like a fairy tale castle, it has enormous "animals" like a giraffe and a spider, no window is rectangular or round, and it can be visited like a museum.

Hang Nga Guesthouse a.k.a Crazy House (Vietnam)Image via: JonasPhoto

11. Chapel in the Rock (Arizona, United States)

Chapel in the Rock (Arizona, United States)Image via: santanartist

12. Dancing Building (Prague, Czech Republic)

Dancing Building (Prague, Czech Republic)Image via: jemil75

13. Calakmul building a.k.a La Lavadora a.k.a The Washing Mashine (Mexico, Mexico)

Calakmul building a.k.a La Lavadora a.k.a The Washing Mashine (Mexico, Mexico)Image via: marj k

14.. Kettle House (Texas, United States)

Kettle House (Texas, United States)Image via: y luckyfukr

15. Manchester Civil Justice Centre (Manchester, UK)

Manchester Civil Justice Centre (Manchester, UK)Image via: tj.blackwell

16. Nakagin Capsule Tower (Tokyo, Japan)

Nakagin Capsule Tower (Tokyo, Japan)Image via: pict_u_re

17. Mind House (Barcelona, Spain)

Mind House (Barcelona, Spain)Image via: angelocesare

18. Stone House (Guimarães, Portugal)

Stone House (Guimarães, Portugal)image via: Jsome1

19. Shoe House (Pennsylvania, United States)

Shoe House (Pennsylvania, United States)Image via: James Gordon

20. Weird House in Alps

Weird House in AlpsImage via: nicolasnova

21. The Ufo House (Sanjhih, Taiwan)

The Ufo House (Sanjhih, Taiwan)Image via: cypherone @ Taiwan

22. The Hole House (Texas, United States)

The Hole House (Texas, United States)Image via: melinnis

23. Ryugyong Hotel (Pyongyang, North Korea)

Ryugyong Hotel (Pyongyang, North Korea)Image via: Pricey

24. The National Library (Minsk, Belarus)

The National Library (Minsk, Belarus)Image via: ledsmagazine.com

25. Grand Lisboa (Macao)

Grand Lisboa (Macao)Image via: Michael McDonough

26. Wall House (Groningen, Netherlands)

Wall House (Groningen, Netherlands)Image via: Liao Yusheng

27. Guggenheim Museum (Bilbao, Spain)

Guggenheim Museum (Bilbao, Spain)Image via: disgustipado

28. Bahá'í House of Worship a.k.a Lotus Temple (Delhi, India)

Bahá'í House of Worship a.k.a Lotus Temple (Delhi, India)Image via: MACSURAK

29. Container City (London, UK)

Container City (London, UK)Image via: y Fin Fahey

30. Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)

Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)Image via: Dom Dada

31. Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia)

Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia)Image via: deputy-dog.com

32. Air Force Academy Chapel (Colorado, United States)

Air Force Academy Chapel (Colorado, United States)Image via: dbking

33. Solar Furnace (Odeillo, France)

Solar Furnace (Odeillo, France)Image via: f2g2

34. Dome House (Florida, United States)

Dome House (Florida, United States)Image via: easement

35.. Beijing National Stadium (Beijing, China)

Beijing National Stadium (Beijing, China)Image via: littlemalt

36. Fashion Show Mall (Las Vegas, United States)

Fashion Show Mall (Las Vegas, United States)Image via: b2tse

37. Luxor Hotel & Casino (Las Vegas, United States)

Luxor Hotel & Casino (Las Vegas, United States)Image via: wallyg

38. Zenith Europe (Strasbourg, France)

Zenith Europe (Strasbourg, France)Image via: Edouard55

39. Civic Center (Santa Monica)

Civic Center (Santa Monica)Image via: karenchu121

40. Mammy's Cupboard (Natchez, MS, United States)

Mammy's Cupboard (Natchez, MS, United States)Image via: Live Simply

41. Pickle Barrel House (Grand Marais, Michigan, United States)

Pickle Barrel House (Grand Marais, Michigan, United States)Image via: the naked fauxtographer

42. The Egg (Empire State Plaza, Albany, New York, United States)

The Egg (Empire State Plaza, Albany, New York, United States)Image via: iessi

43. Gherkin Building (London, UK)

Gherkin Building (London, UK)Image via: Lawrie Cate

44. Nord LB building (Hannover, Germany)

Nord LB building (Hannover, Germany)Image via: iterby

45. Lloyd's building (London, UK)

Lloyd's building (London, UK)Image via: ryanfb

46. "Druzhba Holiday Center Hall (Yalta, Ukraine)

Image via: Argenberg

47. Fuji television building (Tokyo, Japan)

Fuji television building (Tokyo, Japan)Image via: kamoda

48. UCSD Geisel Library (San Diego, California, United States)

UCSD Geisel Library (San Diego, California, United States)Image via: ewen and donabel

49. Ripley's Building (Ontario, Canada)

Ripley's Building (Ontario, Canada)Image via: Bekah267

50. The Bank of Asia a.k.a Robot Building (Bangkok, Thailand)

The Bank of Asia a.k.a Robot Building (Bangkok, Thailand)