Friday, July 27, 2012

Rezeki kini datang berganda



BERHENTI kerja sebagai pengatur cara komputer semata-mata mahu menjual minyak wangi.

Bagi mereka yang mendengarnya pasti menganggap gadis manis yang berusia 27 tahun ini membuat satu kerja yang gila!

Orang mungkin beranggapan seolah-olah hal yang tidak masuk akal bagi seseorang yang sudah belajar tinggi dan mempunyai karier bagus tetapi kemudian mahu berhenti untuk menjual minyak wangi.

Bazlina Ridzuan punya alasan tersendiri yang membuatkannya sanggup mengambil risiko. Dia juga menyedari rasional di sebalik keputusannya.

"Melihatkan keuntungan yang diperoleh daripada jualan One Drop Perfumes yang dilakukan secara sambilan lebih lumayan berbanding gaji bulanan yang diterima, saya tekad berhenti kerja untuk menjualnya sepenuh masa.

"Dulu, balik kerja malam dalam pukul 10, kemudian jual One Drop Perfumes secara sambilan. Jika ada pelanggan nak barang, saya perlu hantarkan kepada mereka," katanya.

Pada mulanya Bazlina tidak berminat langsung untuk menjualnya kerana bungkusannya tidak menarik. Selepas pembungkusannya bertukar wajah dan tampak lebih eksklusif, dia mula menjualnya pada tahun 2008.

Asalnya, Bazlina hanya mengambil 10 kotak One Drop Perfumes melalui rakannya dan menjualnya di pejabat.

Berikutan permintaan yang memberangsangkan, jumlah kotak yang dijual semakin hari semakin bertambah.

Mula bertatih dalam perniagaan secara dalam talian sambil menjadikan rumahnya sebagai pejabat selama dua tahun, dia kemudian menyertai abangnya yang mempunyai premis perniagaan iaitu Rizi Biz Shop.

"Modal permulaan yang saya laburkan untuk perniagaan One Drop Perfumes ini ialah sebanyak RM5,000 dan hasil keuntungan jualan tersebut mampu memperluaskan lagi perniagaan sedia ada dengan menjual pelbagai barangan kosmetik lain.


BAZLINA akan terus menjual One Drop Perfumes selagi ada banyak permintaan daripada pelanggan.


"Walaupun turut menjual produk kosmetik lain, One Drop Perfumes mencatatkan hasil jualan yang tinggi. Kini, jualannya mencecah RM70,000 sebulan," ujar pengurus di Rizi Biz Shop itu ketika ditemui di pejabatnya di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menurut Bazlina, jualan yang paling tinggi yang pernah diperolehnya ialah sebanyak RM1 juta sebulan. Rekod jualan yang diperoleh pada tahun 2009 itu adalah ketika dia menjadi satu-satunya stokis One Drop di Bangi.

Pengguna setia

Tidak dinafikan, sudah lumrah perniagaan pasti ada pasang surutnya. Namun, apabila tiba musim puasa dan raya, jualan One Drop Perfumes semakin meningkat dengan adanya Kempen Badan Wangi, Poket Berisi.

"Walaupun ada saingan dengan minyak wangi yang lain, One Drop Perfumes ada pengguna setianya sendiri. Kebanyakan pelanggan akan membuat pembelian minimum sebanyak 30 kotak yang berharga RM40 dan RM45 setiap satu.

"Penjualan dalam talian tetap diteruskan walaupun sudah ada premis perniagaan sendiri kerana majoriti pelanggan dalam talian daripada Sabah dan Sarawak," katanya sambil memberitahu pembelian paling sedikit yang dibeli pelanggan dalam talian ialah sebanyak 10 kotak.

Jika dahulu, bekas penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak ini terpaksa menahan segala keinginannya membeli sesuatu untuk dirinya, kini, apa yang dihajati dapat ditunaikan.

Daripada memandu kereta Viva kemudian beralih ke Alza, gadis yang masih bujang ini bakal memiliki jentera idamannya, Honda.

Bazlina memberitahu, orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang membeli set One Drop Perfumes yang bernilai RM40 sepanjang tempoh kempen Kempen Badan Wangi, Poket Berisi yang akan berakhir September ini kerana mereka bakal mendapat habuan duit raya.

"Dalam kempen duit raya tahun 2010 lalu, saya sangat teruja apabila mendapat baucar tunai RM200 dalam kotak One Drop Perfumes.

"Memang banyak untungnya apabila menjual One Drop Perfumes ini, tetapi apabila bercerita tentangnya, ramai yang tidak akan percaya," ujarnya yang mampu menjual lebih 300 kotak sehari kepada pelanggan dalam talian.

MENURUT Siti Veeda, One Drop Perfumes mendapat sambutan ramai kerana tidak mengandungi alkohol selain baunya yang tahan lama.


Ketika ditanya, sampai bila dia mahu menjual One Drop Perfumes, Bazlina dengan yakin menjawab: "Selagi ada banyak permintaan, selagi itulah saya akan menjualnya."

Dalam pada itu, Siti Veeda Mak Su, 29, yang mula menjual produk One Drop Perfumes sejak tahun 2009 di kios, Carrefour Wangsa Maju mengakui bahawa ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Pada mulanya, rakan Siti mengesyorkan agar meletakkan produk One Drop Perfumes di kiosnya. Sebanyak 10 kotak yang diberikannya habis dijual dalam masa yang singkat.

Laris dijual

"Melihat ia laris dijual, kemudian saya mengambil sendiri stok lebih kurang 20 kotak dan semuanya terjual dalam masa tiga hari," katanya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan kini menetap di Kajang.

Berbekalkan modal permulaan serendah RM175, ibu kepada seorang anak ini memperolehi keuntungan yang sangat berbaloi.

Siti Veeda memberitahu, ramai pelanggannya dalam kalangan pelajar yang suka membeli One Drop Perfumes secara berasingan kerana ia dijual pada harga RM7 sebotol berbanding RM40 hingga RM45 sekotak.

"Jualan semakin meningkat dan pelanggan ramai membelinya ketika tiba hari gaji dan waktu menjelang puasa dan raya.

"Jika dulu untung berniaga sekadar cukup-cukup makan sahaja, namun sejak jual One Drop Perfumes keuntungan jadi berganda," ujarnya yang mendapat sokongan penuh suami, Shahril Asraf Abdullah, 34, untuk berniaga.

Katanya, sepanjang Kempen Badan Wangi, Poket Berisi tahun lalu, lebih 300 kotak One Drop Perfumes dijual.

Dia dan suami bukan sahaja menjual produk One Drop Perfumes, malah menggunakan haruman tanpa alkohol tersebut kerana gemarkan wangi-wangian.

"Istimewanya One Drop Perfumes ini, baunya tahan lama, murah, baunya persis minyak wangi mahal dan boleh digunakan untuk bersolat.

"Jarang orang tua pakai minyak wangi, tetapi ramai yang datang membelinya kerana ia tidak mengandungi alkohol," katanya yang pernah mencatatkan jualan mencecah RM10,000 sebulan dan RM1,000 sehari menjelang raya.

Jika ada dalam kalangan pelajar mahupun penuntut universiti yang berminat untuk menjual One Drop Perfumes, Siti Veeda sangat mengalu-alukannya.

"Sekurang-kurangnya mereka boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga di samping mencari duit poket sendiri," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: