Wednesday, July 25, 2012

Ekspresi jiwa remaja

REMAJA.... berbangga dengan hasil seni kreatif mereka.

KOTOR, menyusahkan, vandalisme dan budak nakal sering dilabel pada mereka yang suka ‘bom’ tembok-tembok, dinding kedai, pintu pagar mahupun sekolah.

Sabar dulu, mereka bukannya buat bom yang jenis pengebom berani mati tetapi mereka ‘mengebom’ seni lukisan tin yang popular di kalangan seniman jalanan.

Itu semua dahulu, tapi seni yang dikenali dengan grafiti kini kian mendapat tempat bukan sahaja di kalangan anak-anak muda bahkan juga turut dijadikan kesenian yang mempunyai nilai tinggi.

Pelbagai unsur diterapkan pada lukisan-lukisan ini antaranya seperti luahan jiwa pelukis, tema filem, abstrak mahupun keindahan alam semula jadi yang disampaikan melalui cara yang begitu kreatif.

Bukan itu sahaja, walaupun elemen utama yang mereka gunakan adalah cat semburan dalam tin, namun muncung atau cap yang digunakan terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.

Ada yang memberi kesan tebal, nipis, tajam dan juga lebar membuatkan lukisan grafiti dapat dihasilkan dengan begitu unik dan indah.

Lihat sahaja di sekitar tembok Sungai Klang dan bawah jejambat sistem transit aliran ringan (LRT) Jelatek yang memperlihatkan keunikan dan kreativiti generasi muda menghasilkan seni grafiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: