Wednesday, July 6, 2011

'Stuntman'bukan kerja gila

Mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik kehebatan hero-hero pujaan Malaya, wujudnya, 'stuntman' sebagai tulang belakang bagi melengkapkan karakter dan jalan cerita sesebuah drama dan filem.

Bagi Mohd Azlan Kamiran atau lebih dikenali sebagai Lan Komeng, kerjaya sebagai pelagak aksi ngeri sudah sebati dengan dirinya.

Memiliki susuk badan yang sasa serta kepakaran dalam seni persilatan, memberi laluan yang mudah untuknya beraksi.

Siswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), ini mula menceburkan diri dalam industri seni sejak 1994 setelah berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Seni Halus.

Walaupun pada mulanya, lakonan bukanlah bidang yang diminati, dan hanya untuk mencari pendapatan sampingan, namun ia memberi tanda yang baik terhadap percubaannya.

“Selepas belajar, saya ditawarkan untuk menjadi 'stuntman' dalam drama pendekar melalui syarikat HVD Entertainment.

“Kemahiran silat yang saya pelajari digunakan sepenuhnya dalam drama Seri Siantan, Perantau, Keris Hitam Si Ular Lidi dan macam-macam drama lagi.

"Bila dah dapat banyak tawaran, saya mula rasa seronok dan yakin dengan kerjaya ini," katanya yang pernah beraksi sebagai 'stuntman' untuk filem Leftenan Adnan pada tahun 1999.

Bertanya mengenai pemilihan nama komersialnya, Lan memberitahu gelaran 'Komeng' itu sudah digunakan sejak zaman pengajian di UiTM lagi.

“Di sebabkan saya pandai bersilat, maka kawan-kawan saya panggil 'Komeng'. Secara tak langsung, Komeng juga disamakan dengan penjahat pada zaman dulu. Tetapi saya bukanlah sampai macam tu," katanya sambil ketawa kecil.


Dibayar RM50 untuk 12 jam aksi

Berkongsi pengalamannya bergelar 'stuntman', Lan berkata, dia pernah menerima RM50 untuk aksi pergaduhan yang memerlukannya berada di lokasi penggambaran selama 12 jam lamanya.

“Badan saya dah lebam-lebam masa itu sebab itu adalah adegan tumbuk-menumbuk. Tetapi, apa yang saya terima tidak berbaloi dengan apa yang saya buat.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pengurusan dan mereka hanya menjawab, itu sahaja yang boleh diberi,” katanya yang juga kecewa dengan pihak pengurusan yang selalu memandang enteng mengenai pembayaran artis.

Tambah Lan, dia juga pernah tidak menerima bayaran walaupun sudah melunaskan tanggungjawab. Malah pernah menunggu lebih empat bulan semata-mata untuk mendapatkan bayaran yang bukanlah lumayan.

“Saya tidak kisah mengenai bayaran asalkan ianya setimpal dengan apa yang saya buat untuk drama atau filem itu. Saya masih bertahan kerana saya memang minat dengan kerjaya ini. Tapi janganlah sampai ada yang sanggup mengambil kesempatan," katanya.

Menurut Lan, dia juga pernah dikritik kerana sanggup melalukan 'kerja gila' dengan pelbagai aksi, namun bagi Lan ianya tetap satu kerjaya dan buktinya, dia mampu tersenyum dengan pencapaiannya hari ini.


Perluas karier

Tidak mahu berada di takuk lama, Lan, meluaskan profilnya sebagai pelakon, koreografer dan juga koordinator.

Dia kini mampu tersenyum apabila peranannya lebih menonjol untuk beberapa drama dan filem. Selain pernah terlibat untuk drama ialah 24 Hari, Beret Hijau dan Puteri Santubung, Lan juga turut membintangi filem Hantu Bonceng dan 8 Jam.

"Penglibatan sebagai pelakon bermula pada tahun 2006 setelah pengarah, Ahmad Idham, memberi keyakinan kepada saya untuk beraksi dalam filem Rempit.

“Dalam filem itu, saya memegang watak menggunakan nama sendiri, Komeng. Pada mulanya watak itu tiada dalam skrip tetapi Ahmad Idham telah menciptanya semata-mata untuk memberi ruang kepada saya berlakon.

“Walaupun hanya satu aksi pergaduhan sahaja, namun ini adalah peluang untuk saya menonjolkan diri dan melangkah setapak lagi dalam industri ini ,” katanya

Sejak itu, kariernya berubah dari 'stuntman biasa', kepada pelakon sepenuh masa danmula mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit.

"Saya pernah ditawarkan Rosyam Nor untuk membintangi dua dramanya iaitu, Dinasti Bilut dan Rahsia Hati pada tahun 2009.

“Selepas itu, saya kembali bersama Ahmad Idham untuk membintangi filem Impak Maksima,” katanya yang turut terlibat dalam Gerak Khas The Movie 3, Senjakala, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi, Puteri Gunung Ledang dan Senario Asam Garam sebagai koreografer.

9 comments:

  1. ape drama or movie terbaru lan komeng skrg??

    ReplyDelete
  2. too dia hero kita mai daa...

    ReplyDelete
  3. trima kasih kepada penulis yg sudi menulis cerita saya.Azlan Komeng

    ReplyDelete
  4. Komeng belanja paint ball...

    ReplyDelete
  5. tunggu Balik Batu Pahat...hehe..

    ReplyDelete
  6. Mari bermain paint ball dgn komeng di batu pahat.

    ReplyDelete
  7. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: