Friday, September 3, 2010

Raya KL pun happening...Lisa

Bila nak tiba hari raya masing-masing berebut pulang ke kampung masing-masing. Adakah beraya di ibu negara tidak menyeronokkan? Pelakon cantik Lisa Surihani menyangkal dakwaan itu.

Baginya keutamaan pada hari raya ialah keberadaan bersama keluarga tersayang tak kira di mana sahaja berada. Bila bersama keluarga, sambutan tetap akan meriah sama ada menyambutnya di kota atau di desa.

"Saya memang beraya di Kuala Lumpur kerana keluarga saya ada di sini. Sebagaimana orang lain yang balik kampung saya juga bertandang ke rumah nenek saya dan disusuli dengan kunjungan ke rumah saudara mara lain yang ada sekitar Kuala Lumpur.

"Saya tetap merasa kemeriahan berhari raya walaupun menyambutnya di Kuala Lumpur. Yang penting kita berada bersama keluarga kita," kata Lisa.

Lisa juga tidak bercuti panjang kerana ada kerja yang bakal menunggunya selepas hari raya nanti. Sekiranya tiada aral Lisa akan ke lokasi penggambaran filem baru selepas raya ini.

"Saya tak boleh cakap dulu pasal filem ini kerana ia belum diumumkan, tapi saya sedang menunggu panggilan ke lokasi yang mereka jadualkan selepas cuti hari raya nanti," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: