| Penyanyi utama kumpulan Hijjaz, Munif mengorak langkah menceburi bidang perniagaan peribadi dengan mengusahakan pengedaran minyak wangi tanpa alkohol jenama Munif Hijjaz. Ia sebagai permulaan empayar perniagaan yang tidak berteras muzik kerana mahu dijadikan warisan kepada keluarga apabila dia tiada nanti. Munif sedar dia tidak boleh meninggalkan bidang muzik kepada anak-anaknya kelak. "Selepas Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia, saya terfikir untuk memulakan perniagaan yang lari dari bidang muzik. Ustaz sendiri meninggalkan kedai jahit kepada keluarganya, bukannya bakat nyanyian. Kita tidak boleh warisi kebolehan menyanyi kepada anak-anak kerana ia memerlukan bakat. "Tapi perniagaan ini boleh diwarisai apabila saya tiada nanti. Sebenarnya anggota Hijjaz yang lain ada perniagaan keluarga selain aktif bersama Hijjaz, saya seorang sahaja yang tidak ada perniagaan kerana tiada asas. Usahawan minyak wangi "Ada juga orang pesan, semasa nama saya masih dikenali inilah sebaik-baiknya saya membuat sesuatu yang boleh memanfaatkan perniagaan. Lagipun dunia muzik ini tidak berkembang, ia semakin hari semakin menurun," kata Munif yang sudah lapan bulan bergelar usahawan. Minyak wangi laris Munif juga bersyukur kerana minyak wangi yang dipasarkan oleh syarikatnya, Munif Hijjaz Sdn. Bhd. berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan. "Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Lebih-lebih lagi menjelang hari raya ini permintaan meningkat," kata Munif lagi. Sebagai permulaan mereka memasarkan 18 jenis wangian yang diinspirasikan daripada jenama minyak wangi terkemuka. Minyak wangi jenama Munif Hijjaz dijual dengan harga RM22 (8ml). Untuk keterangan boleh hubungi talian 03-91055888. "Sekarang kita jual satu satu, selepas ini kita akan membuat pakej tiga wangian dalam satu kotak pula," kata Munif lagi. Munij juga tidak melihat perniagaan setakat minyak wangi sahaja, sebaliknya akan mengembangkan jenama Munif Hijjaz dalam pengeluaran produk lain juga selepas minyak wanginya mendapat tempat sewajarnya. "Sekarang kita tahu kalau sebut minyak wangi tanpa alkohol, orang akan ingatkan jenama popular itu, saya harap kalau jenama Munif Hijjaz berada di tempat kedua pada masa sekarang, sudah memadai sebab kita masih baru," jelasnya lagi. |
Friday, September 3, 2010
Minyak wangi Muniff laris
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: