Friday, September 3, 2010

Imuda Menanti Kehadiran Orang Baru

Meraikan sambutan Aidilfitri bersama isteri tercinta jelas merupakan satu pengalaman yang cukup berharga baginya setelah sekian lama bersendirian. Memikul tanggungjawab yang lebih berat setelah mengahwini Zabariah bt Haja Mushadi Ali, rezeki Imuda nampaknya semakin bertambah setelah dikhabarkan bakal menerima kehadiran orang baru dalam perkahwinan mereka.

"Saya sangat bahagia dengan perkahwinan ini. Anak-anak dan diri saya lebih terjaga bila ada orang yang tolong tengokkan makan pakai kami.

"Dan lebih menggembirakan apabila saya diberitahu isteri sedang hamil satu bulan. Kalau ikutkan saya nak anak perempuan sebab family wife saya banyak lelaki, nak meriahkan dengan kehadiran bayi perempuan pula. Walau bagaimanapun, semuanya adalah anugerah tuhan, kami tak merancang nak berapa anak.

Mengehadkan aktiviti seninya selepas berkahwin, Imuda menafikan status sebagai suami mengekang kerjaya seninya. Tidak sampai hati untuk meninggalkan isterinya seorang diri di rumah sekiranya tuntutan kerja memaksa beliau untuk berjauhan.

"Kalau dulu bolehlah saya ke sana sini tanpa halangan. Sekarang susah sikit sebab kita ada orang yang perlu dijaga. Walaupun isteri tak pernah menghalang, namun saya perlu sedar tanggungjawab sebagai suami.

"Kalau ada tawaran lakonan luar dari Kuala Lumpur, saya akan menolak. Berkahwin tak pernah mengekang aktiviti seni saya," ujar pemilik RAE Gallery ini.

Dia Seorang Yang Simple - Zabarina

Cantik manis orangnya. Cukup bertuah Imuda memiliki seorang wanita yang sempurna sifatnya. Walau terpaksa berjauhan selama tiga tahun sewaktu menyulam cinta, jodoh yang kuat akhirnya mengikat mereka sebagai pasangan suami isteri.

"Mula-mula kenal abang saya rasa agak janggal sebab bila berjalan semua orang kenal dia. Tapi bila dah menyelami isi hatinya, dia seorang yang sangat simple. Kalau tengok di tv, nampak macam banyak cakap, tapi sebenarnya dia seorang yang pendiam. Karakter di dalam tv sangat lain dengan dirinya yang sebenar," kata penolong pengurus kepada sebuah bank di Kuala Lumpur ini.

Pasangan ini juga akan menyambut Aidilfitri di kampung kelahiran Zabarina di Batu Uban, Penang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: