Wednesday, September 1, 2010

Kapal tentera pintas kapal layar


KAPAL HMS Gloucester milik Tentera Laut Diraja Britain memintas kapal layar Tortuga di Lautan Atlantik pada Jumaat lalu.


PRAIA, Cape Verde - Sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Diraja Britain berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis kokain berharga £4 juta (RM19.3 juta ) apabila ia memintas sebuah kapal layar di tengah Lautan Atlantik, lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal pemusnah HMS Gloucester yang dalam pelayaran ke kepulauan Falklands diminta untuk membantu operasi pasukan keselamatan dari Cape Verde, 570 kilometer ke pantai Afrika Barat, pada Jumaat lepas.

Menurut Tentera Laut Diraja Britain, kapal layar itu yang dikenali sebagai Tortuga dan didaftarkan di Florida, Amerika Syarikat, dihantar ke Cape Verde.

Anggota-anggota pihak berkuasa kemudian menemui dadah tersebut disembunyikan pada kemudinya.

Operasi gempur tersebut diterajui oleh Pusat Analisis Dan Operasi Maritim yang berpangkalan di Lisbon, Portugal dengan bantuan pasukan perisikan Perancis.

Pegawai pemerintah kapal berkenaan, Komander David George berkata: " HMS Gloucester menyediakan markas yang ideal untuk pihak berkuasa Cape Verde memintas penyeludup dadah ini".

"Ia dilengkapi radar pengesanan jarak jauh dan salah sebuah helikopter paling laju di dunia, Lynx Mk 8. Musuh langsung tidak mempunyai peluang untuk melarikan diri atau melawan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: