Wednesday, September 1, 2010

Rambut diinsurans RM3.14 juta


GAMBAR fail menunjukkan Troy Polamalu (kiri) selepas satu perlawanan bola sepak Amerika di Tampa, Florida pada 1 Februari tahun lalu.


LOS ANGELES - Bintang sukan bola sepak Amerika, Troy Polamalu telah diberi polisi insurans bernilai AS$1 juta (RM3.14 juta) untuk rambutnya oleh jenama syampu anti kelemumur, Head & Shoulders.

Pihak pengurusan Syapu Head & Shoulders memberitahu, pihaknya telah mengambil polisi insurans itu daripada Lloyd di London demi 'keselamatan' rambut pemain pasukan Pittsburgh Steelers tersebut.

Permainan bola sepak Amerika adalah seperti ragbi.

Polamalu yang berusia 29 tahun, berketurunan Samoa dan dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan dia tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 2000.

Dia kini menjadi jurucakap untuk jenama Procter & Gamble Co. selama dua tahun.

"Jenama itu telah menghasilkan polisi insurans yang pertama seumpamanya untuk melindungi rambut panjang Polamalu," kata Procter & Gamble dalam satu kenyataan.

Pada satu perlawanan pada tahun 2006, rambutnya pernah ditarik oleh seorang pemain, Larry Johnson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: