Wednesday, September 1, 2010

Bola sepak sungai pikat penonton


BEBERAPA pemain pasukan Bourton Rovers Second Eleven meraikan jaringan gol semasa menentang skuad Bourton Rovers First Eleven di bandar Bourton, Britain kelmarin.


BOURTON, Britain - Permainan bola sepak pada kebiasaannya terpaksa dihentikan semasa padang becak tetapi di bandar ini sebanyak dua pasukan telah bertanding pada satu perlawanan bola sepak sungai, lapor sebuah akhbar semalam.

Perlawanan bola sepak enam sebelah itu berlangsung di dalam air pada paras buku lali di Sungai Windrush di sini, England kelmarin.

Pasukan yang bertanding itu ialah Bourton Rovers Second Eleven dan Bourton Rovers First Eleven. Tempoh perlawanan itu ialah 30 minit dan ia disaksikan oleh ratusan penonton yang berkumpul di tebing sungai berkenaan.

Perlawanan tersebut merupakan acara tradisi sejak kira-kira 100 tahun lalu dan ia diadakan bagi mengisi dana untuk Kelab Bola Sepak Bourton Rovers.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: