Friday, September 3, 2010

Berbuka di atas cruise


Daging masak kicap.


INGINKAN kelainan ketika berbuka puasa bersama keluarga serta teman-teman atau si dia tersayang?

Pastinya berbuka puasa tahun ini menjadi kenangan abadi buat anda sekiranya anda menikmati juadah berbuka puasa sambil belayar dalam sebuah cruise menyusuri tasik Putrajaya.

Menurut Pengurus Pemasaran Cruise Tasik Putrajaya , Mohd. Shukri Hassan, pihaknya menyediakan dua jenis bufet Ramadan iaitu Bufet Ramadan Tepian Tasik dan Ramadan Cruise.

''Tahun ini, kami telah bekerjasama dengan Kafe Strudels dalam menyediakan variasi menu berbuka yang lazat.

''Untuk itu, para pengunjung boleh memilih sama ada hendak berbuka di pesisiran Tasik Putrajaya ataupun berbuka di dalam cruise.

''Bagaimanapun untuk Bufet Ramadan Cruise, pengunjung perlu membuat tempahan seminggu awal agar mudah untuk kami membuat persiapan,'' katanya.

Antara sajian yang disediakan oleh Cruise Tasik Putrajaya ialah sambal sotong basak, pajeri nenas, masak lemak pucuk ubi, kangkong belacan, gulai ikan masak tempoyak, ikan bakar dan rendang ayam.

Sementara itu, menurut Perunding Chef, Abdul Kader Razak, setiap hari Cruise Tasik Putrajaya akan menyediakan tujuh jenis menu yang berbeza.

Ini adalah untuk memberikan pelbagai pilihan dan citarasa kepada para pengunjung.

Harga untuk setiap pakej berbuka puasa yang ditawarkan ialah RM69 untuk pakej berbuka di pesisiran tasik manakala untuk berbuka di dalam cruise ialah RM89.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: