|
|
INGINKAN makanan berasaskan ayam yang disediakan secara sihat, mungkin Kenny Rogers menjadi pilihan anda.
Kini anda boleh menikmati hidangan ayam lazat yang berkhasiat dan menyihatkan terbaru daripada restoran ini, iaitu Kenny's Flamin Chicken yang tidak akan menambahkan kalori atau menggemukkan anda.
Ayam panggang yang diperap dengan rempah-rempah eksotik ini boleh dinikmati bersama-sama Spicy Flamin' Sauce yang dibuat daripada cili merah, cuka dan kunyit. Ia amat menepati selera mereka yang sukakan makanan pedas.
Disediakan bersama tiga jenis makanan sampingan yang boleh anda pilih sendiri seperti salad ceaser, spaggheti tangy, sup cendawan, beef bolognaise, jacket potatoes dan sebiji muffin sama ada perisa vanila, coklat atau pisang, hidangan lengkap ini sudah pasti membuatkan anda meninggalkan restoran dengan kenyang perut dengan hanya membayar RM17.90 sahaja.
Kata Pengurus Kanan Jenama Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Esther Woo, Kenny Rogers yang kini telah mempunyai sebanyak 63 buah rangkaian restoran di seluruh negara sebenarnya berbeza sama sekali dengan restoran makanan segera lain yang terdapat di Malaysia.
''Kami amat mementingkan pemakanan yang sihat untuk pelanggan kami. Hidangan pedas terbaru ini dicipta untuk rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas dan pelbagai pilihan makanan sampingan yang lazat.
''Rangkaian restoran kami turut menyediakan khidmat penghantaran bermula pukul 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Malah kami juga menerima pesanan untuk perkhidmatan katering di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Johor dengan syarat pesanan minimum bernilai RM1,000,'' ujar Esther.
Kenny Rogers Roasters telah diasaskan oleh penyanyi, Kenny Rogers dan bekas gabenor Kentucky, John Y Brown Jr pada tahun 1991.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: