Wednesday, March 24, 2010

Justin inginkan Beyonce


Justin Bieber


BINTANG berusia 16 tahun, Justin Bieber yang kini berada di London untuk mempromosikan single keduanya berjudul Baby daripada album sulungnya, My World mengaku dia akan keluar bersama peminat perempuannya dengan syarat mereka harus membuatkan dia ketawa terlebih dahulu.

Dalam laman sosial My Space, Justin berkata: "Apa jua keadaan, jika sesuatu perkara itu hendak berlaku, ia akan berlaku jua. Saya rasa saya tidak akan meletakkan had dalam diri saya.

"Saya mencari perempuan yang boleh membuatkan saya tertawa. Saya juga sukakan perempuan yang mempunyai senyuman manis dan mata yang cantik."

Penyanyi yang berasal dari Kanada itu telah bercinta sebanyak tiga kali dalam hidupnya, tetapi mengaku gadis-gadis yang pernah menjadi kekasihnya masih belum mempunyai ciri wanita idamannya.

"Saya tidak pernah merasai pengalaman mabuk cinta. Belum lagi," katanya.

Bintang remaja yang digilai ramai remaja perempuan itu tanpa berselindung memberitahu, penyanyi Beyonce Knowles yang berusia 28 tahun merupakan wanita impiannya kerana Beyonce sungguh seksi dan menawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: