|
|
Menerusi filem berkenaan, Mark melakonkan watak Jack Salmon, seorang bapa yang kehilangan anak gadisnya yang berumur 14 tahun. Kematian anak yang dibunuh dengan kejam membuatkan hidup Jack dalam kesengsaraan serta penuh dengan dendam mahu menuntut pembalasan.
"Saya masuk ke dalam jiwa Jackson dan itu meletakkan saya dalam tekanan emosi yang sangat hebat sepanjang penggambaran. The Lovely Bones sebuah filem tragis yang menghiris jiwa terutama kepada ibu bapa.
"Kematian anak akibat dibunuh satu perkara yang paling ditakuti semua ibu bapa. Saya membaca semua kisah tragik yang pernah dilalui para ibu bapa yang kehilangan anak akibat pembunuhan kejam. Rasanya saya sendiri mahu membunuh sesiapa sahaja yang berniat jahat terhadap anak saya," kata Mark, 38, kepada Contactmusic.
Akui Mark lagi, selama ini dia tidak pernah berasa bimbang dengan keperluan skrip tetapi keadaan itu berbeza dengan The Lovely Bones.
"Setiap kali membaca skrip dan tahu apa yang cuba diselami filem berkenaan, saya terus terfikir, apakah saya juga akan akan berdepan kegelapan setiap hari sepanjang penggambaran filem itu," katanya.
The Lovely Bones merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel terkenal tulisan Alice Sebold. Ia turut dibarisi pelakon Rachel Weisz dan Susan Sarandon yang dijadualkan ke pawagam tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: