|
|
BAKAL menerima kehadiran cahaya mata pertama bersama tunangannya Darren Le Gallo, aktres Amy Adams seboleh-bolehnya bertekad tidak mahu menanam sebarang azam baru untuk tahun 2010.
Dia juga tidak mahu membuat sebarang janji untuk diri sendiri apatah lagi janji perlu dikongsikan bersama semua orang.
"Hakikatnya, saya tidak menetapkan sebarang matlamat. Saya fikir saya harus melalui apa sahaja yang mendatang dalam kehidupan saya tanpa rasa bersalah. Sebelum ini saya selalu memasang azam atau cita-cita, tetapi selalu saya tidak berusaha ke arah itu. Akhirnya saya selalu diburu rasa menyesal.
"Jadi, tahun ini tiada azam baru. Mungkin itu azam saya kali ini. Tahun ini, saya akan mengikut putaran yang datang," katanya kepada Contactmusic.
Akui Amy, dia sedikit gemuruh dengan status baru yang bakal disandangnya tidak lama lagi untuk bergelar ibu.
"Saya rasa seronok. Saya perasan bahawa saya sedang berasa bahagia. Saya teruja dan berdebar-debar. Sebenarnya, sedang tertunggu-tunggu dan semakin hilang sabar kerana masih belum tahu sama ada bakal dapat anak lelaki atau perempuan," katanya yang sengaja menyimpan status jantina anak sebagai satu kejutan yang bakal diraikan pada saat kelahiran nanti.
Perkara itu disifatkan Amy sebagai sesuatu yang tersangat peribadi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: