HELSINKI - Polis di Finland mengesahkan bahawa seorang lelaki yang membunuh lima orang di bandar Espoo telah membunuh diri.
Seorang pegawai polis, Jukka kaski berkata, lelaki yang berumur 43 tahun itu, Ibrahim Shkupolli menembak diri sendiri di rumahnya di Espoo.
Menurutnya, Ibrahim membunuh diri selepas mengamuk membunuh seorang bekas kekasihnya dan empat orang lagi di sebuah pusat beli-belah.
Polis enggan mendedahkan kerakyatan Ibrahim.
Namun, beberapa laporan berita menyatakan dia merupakan seorang etnik Albania dari Kosovo.
|
|
Polis Finland masih belum mengetahui motif lelaki itu mengamuk.
Bagaimanapun, polis menyatakan Ibrahim diarahkan oleh mahkamah supaya tidak menghubungi bekas kekasihnya.
Menurut polis, kejadian tembakan itu mungkin mempunyai kaitan dengan hubungan mereka. Media tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut sebelum ini pernah disabitkan kesalahan senjata api.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: