SEBANYAK 46 peserta Miss Tourism International 2009 ke-13 dari serata dunia berkumpul di pusat beli-belah Sunway Pyramid bagi merebut gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009. Pertandingan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Pelancongan.
Menurut kenyataan e-mel Pixarus Communications Sdn. Bhd. kepada Kosmo!, gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009 telah dinobatkan kepada Gabriela Korinkova, 24, seorang pelajar dari Republik Czech. Beliau membawa pulang hadiah mutiara South Sea dan Tahiti dengan rantai leher berlian bernilai RM10,000 daripada Poh Kong Jewellers.
Pada pertandingan itu, para pengunjung begitu kagum menyaksikan barang kemas rekaan dan koleksi terkini yang diperagakan oleh peserta antarabangsa yang jelita. Barang kemas tersebut termasuklah emas daripada koleksi Tranz dan mutiara, batu berharga pelbagai warna dan berlian daripada jenama antarabangsa seperti Schoeffel, Luca Carati, Angel Diamond, SunDay, Rodney Rayner dan Alessandro Fanfani.
|
|
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong, Datuk Eddie Choon berkata, pihaknya berasa bangga dapat menaja acara itu bagi kali keenam.
"Ia merupakan sumbangan syarikat bagi memeriahkan perayaan akhir tahun untuk pengunjung dan pada waktu yang sama membantu mempromosikan industri pelancongan negara.
"Acara ini tepat pada masanya kerana diadakan pada waktu jualan akhir tahun yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan," katanya.
Katanya, Poh Kong sentiasa menawarkan produk menarik untuk semua orang daripada yang ringkas kepada glamor.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: