NEW YORK - Seorang pengacara di rangkaian televisyen US Weather Channel, Kim Perez yang sedang bertugas menyampaikan ramalan kaji cuaca tiba-tiba dilamar oleh kekasihnya, Marty Cunningham, lapor sebuah akhbar semalam.
Cunningham yang bertugas sebagai seorang sarjan polis mendekati kekasihnya dan berkata: "Kita telah lama berbincang mengenainya (perkahwinan).
"Saya menyintai awak dan saya mahu menghabiskan baki kehidupan saya bersama awak.
"Justeru, saya mahu bertanya kepada awak."
Cunningham kemudian melutut di depan kekasihnya itu dan berkata: "Sudikah awak berkahwin dengan saya?"
Perez kemudian berkata: "Saya sudi." Cunningham menyarungkan sebentuk cincin di jari Perez.
Ratusan penonton yang menyaksikan adegan itu di studio kemudian bertepuk tangan.
Perez seterusnya memeluk bakal suaminya itu dan berkata sambil menangis: "Awak memperoleh saya. Awak membuatkan saya berasa gembira." Lamaran itu kini menjadi popular di kalangan penggunakan laman web YouTube.
Perez bekerja dengan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) sebelum menyertai rangkaian US Weather Channel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: