Sunday, October 4, 2009

Selebriti & kempen alam sekitar


sEBAHAGIAN artis yang akan menyertai kempen anjuran khiel's dan yawa ini.


DALAM kesibukan bergelar selebriti, penglibatan dalam kerja kebajikan tidak pernah diabai. Bertemakan Selamatkan Nadir Bumi Kita (Save Our Rare Earth), seramai 20 selebriti terlibat dalam kempen kesedaran alam sekitar.

Projek anjuran Khiel's dan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) ini membuktikan golongan popular juga sanggup mengorbankan masa dan tenaga melakukan amal kebajikan.

Sokongan yang diberi pastinya menjadi tarikan kepada generasi muda untuk sama-sama memulihara alam.

Antara artis yang terlibat ialah Zainal Abidin, Ferhad, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Dina, Jaclyn Victor, Aishah Sinclair, Daphnie Iking, Chelsia Ng, Soo Wincee dan ramai lagi.

Mereka akan menyertai Kem Biodervisiti pada 13 hingga 15 November depan di Guang Nuang, Ulu Langat, Selangor.

Sementara itu, kempen ini telah dilancarkan pada 29 September lalu di Bangsar Shopping Complex (BSC), Bangsar, Kuala Lumpur. Selain memberi sokongan, para selebriti dijemput menyertai pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak yang hadir.

Kem kesedaran alam ini bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai alam sekitar.

Di sinilah peluang para selebriti mendekati orang ramai di samping menghibur dan memberi pendidikan.

Kem ini dibuka kepada mereka yang berusia di antara 10 hingga 17 tahun, para peserta akan melihat dengan sendiri pelbagai flora dan fauna yang ada di Gunung Nuang dan belajar betapa pentingnya untuk mereka memelihara dan memulihara habitat kehidupan ini.

Lebih menariknya, Kiehl's memberi peluang kepada 30 anak-anak istimewa untuk turut serta dalam kem tiga hari ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelamatkan bumi kita.

Tentu sahaja kem ini meriah dengan kehadiran selebiriti yang turun padang memberi sokongan kesedaran alam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: